Cinta juga aset dakwah


Apabila bergegarnya naluri dan bergetarnya hati seorang ikhwah.

Bergegar jugalah isi perjuangannya.

Kehidupannya.

Dakwahnya.

Ketidakseimbangan berlaku.

Kefuturan dan keghururan mula belayar dan berlabuh dalam amalnya….

Hebatnya cinta.

Menghadirkan wajah pada jiwa manusia.

Mencuri ruang dalam diri manusia.

Cinta nya pada Allah.

Cintanya pada Pejuangan dan dakwah akhirnya berkongsi dengan cinta” fitrah”.

‘Fitrah ‘ yang selalu dinegatifkan dan diburuksangkakan oleh sebilangan manusia!

Apalagi fikrah ikhwah dan akhawat yang selalu dimomok kan tentang keburukan dan dosa bercinta.

Mulalah mata dan lisan mereka mencemuh.

Yang mereka nampak hanyalah Ikhtilat, maksiat. Hanya Sex.

Hanya nafsu serakah dan konklusi penzinaan.

Benarlah ” Manusia akan memusuhi sesuatu yang ia jahil.”

Memang terlalu banyak manusia tersungkur kerana ‘cinta ‘ yang disalah mengertikan dalam kehidupan ini sedangkan cinta adalah sebuah kurnia dan kelembutan yang dimasukan dalam naluri manusia untuk disempurnakan penciptaannya.

Sebuah kurnia Allah yang memerlukan persepsi yang jelas dan terang tentang keperluannya , kerana cinta juga boleh membawa kepada synergy kekuatan.

Tidak dinafikan, cinta juga boleh membawa kepada jalan kefasikan dan kemaksiatan jika tidak terarah dengan sebaiknya.

Sebagai seorang aktivis dakwah, kita biasa menemui fenomena cinta dalam perjalanan  ini!Dalam kerangka tarbiyah ini. Malah terkadang kita juga terperangkap dalam ” kefitrahan ” ini.

Kita tidak perlu kalut dan pelik.

Cinta yang berlainan jantina ini adalah perasaan yang wujud dalam tuntutan fitrah. Terimalah hakikat ini seadanya. Perkara ini tak kan berakhir sampai hari kiamat.

Secara positifnya, akan lebih banyak yang boleh kita lakukan dalam hidup ini dengan cinta, dalam membina synergy dakwah seandainya  kita aturkan cinta ini menjadi cinta yang jelas matlamatnya.

Cinta adalah aset dakwah sebenarnya.

Cinta ini ibarat pedang Saydina Ali.

Memiliki dua mata.

Satunya adalah rahmat yang menyempurnakan deen ini dan satu lagi adalah merupakan tsunami fitnah yang boleh membawa kepada kehidupan yang paling sengsara!

Bukan saja sengsara pada diri malah akan mengakibatkan sengsara pada dakwah dan jalan dakwah.

Ingatlah!

Jika ingin bercinta dan jatuh cinta, kita harus mempunyai persiapan yang secukupnya!

Persiapan diri yang sempurna kerana akan melibatkan nilai diri, muruah dan dakwah!

Jika tersilap, kita akan kehilangan‘ izzah’ sebagai aktivis dakwah dan akan merosakan kerja kerja dakwah.

Terkadang aku terfikir kenapa tema cinta ini tidak mendapat tempat dalam nuansa dakwah dan jamaah, sedangkan fokus  jamaah terarah kepada ukuhuwah, taawun dan kekuatan, yang mana terkadang ahli jamaah sendiri berwalimahkan orang yang diluar jamaah.

Kenapa begini jadinya?

Natijahnya ramai akahawat yang didalam jamaah tidak menemui jodoh yang sempurna sehingga merencatkan kekuatan jamaah.

Begitu juga dengan akhawat, mereka lebih rela memilih jodoh yang diluar jamaah sehingga akhirnya mereka gugur dijalan dakwah ini disebabkan keghairahan mencari ‘cinta’ diluar.

Dan mungkin kerana sifat dan sikap jamaah yang antikan cinta inilah yang menjadi penyebabnya.

Barangkali!

Begitu juga dengan dakwah luaran (external ) , sepatutnya cinta ini kita marketkan ( menjelaskan  definasi cinta yang diredhai Allah ) untuk kita menarik remaja juteru kita tahu bahawa remaja ini jiwa mereka tidak dapat lari dari naluri dan thumuhat cinta didunia realiti ini.

Kenapa tidak kita garapkan ” cinta ” menjadi yang positif.

Kenapa tidak kita gembar gemburkan dan mendeklirasikan cinta ini dalam tasawwur yang bersih dan suci disisi Islam.

Kenapa kita suka menghukum?

Kita hukum sesuatu perkara yang berada dia alam waqii’ ini dan  tidak kita beri alternatif dan menunjukan jalan keluarnya.

Tema cinta itu tak akan pernah sepi dari kehidupan manusia.

‘ Tema cinta’  bukanlah untuk dihentikan, tapi untuk diarahkan.

Jangan kita asingkan topik cinta dari dakwah kerana ianya keperluan masyarakat apalagi generasi muda dan remaja yang amat mendambakannya

Sebagai aktivis dakwah kita perlu membasuh cinta itu sebersih bersihnya untuk kita terjemahkan kepada ummat ini betapa cinta itu amat penting dalam kehidupan supaya tidak dijabarkan kepada kemaksiatan.

Kita kena sedarkan masyarakat bahwa cinta bukanlah pacaran. Buka couple. Usung sana dan sini yang membawa kepada derhaka dan pengkhianatan terhadap nikmat Allah ini.

Kita perlu memahamkan generasi muda akan datang bahawa jika cinta yang mereka dambakan dan ingin berada didalamnya seharusnya diakhiri dengan pernikahan dan pembinaan keluarga dakwah.

Inilah yang kita perlu jabarkan ketengah masyarakat supaya mereka faham akan terarahnya cinta ini.

Bukan itu saja, tetapi kita perlu memahamkan mereka akan perasaan seorang ikhwah dan akhawat akan tujuan percintaan itu dan kemana cinta itu akan bermuara!

Bercinta selepas bernikah, sudah jauh ketinggalan dari realiti kini. Bukan untuk kita lagi. Kita tidak perlu reverse kezaman itu lagi. Zaman dinasour.

Kenapa dinasour pupus? Kerana tak mau berubah! Begitu juga kita. Kita harus membuat perubahan mengikut acuan Allah. Kitab dan sunnah Nya.

Masakan kita boleh bernikah dengan siapa saja tanpa kita kenal. Tanpa kita taaruf sedangkan yang kita nak bina adalah sebuah keluarga dakwah.

Sebuah sistem.

Sebuah sistem yang menentukan khilafah akan datang.

Kita bukan bernikah hanya untuk membina institusi keluarga dan menikmati hubungan biology semata  atau hanya ingin berseronok seperti manusia awam, bersantai diatas sofa dan menunggu mati!

Jauh.

Kita ingin pergi jauh menjangkau tuntutan Allah.

Bercinta dalam kontek ikhwah dan akhawat yang telah ditarbiyah didalam gerakan islam selalunya bukan bertujuan untuk bermaksiat dan bersuka suka melayan perasaan dan terikut ikut dengan arus perdana yang menyesatkan tapi hanya  semaya mata untuk bertaaruf dan berkenal kenal mengikut izin syara’ untuk mencari ” Serasa dan Serasi “ sebelum kegerbang pembinaan keluarga dakwah.

Begitulah Ummul mukmin Aisyah sangat susah hatinya apabila Amirul mukminin Khalifah Umar merisik adiknya Ummu Kalthum Binti Abu Bakar, kerana beliau percaya adiknya tidak dapat serasi dengan Saydina Umar kerana terdidik dengan kemanjaan dari sejak kecil dan berperawakan lembut berbeda dengan pembawaan Umar yang kuat dan kasar. Lantas dgn kebijaksanaan Aisyah yang tidak mahu mengecilkan hati Umar  meminta bantuan Amru’ bin Ash untuk mempengaruhi Umar untuk menikahi Ummu Kalthum yang lain yakni anak kepada Saydina Ali KW yang ketika itu berumur 11 tahun kerana Ummu Kalthum binti Saydina Ali ini mempunyai persamaan dengan sifat Umar dari segi jiwa, akal dan ruhnya.

Inilah dia yang ingin dicari dalam bercinta!

Kesesuaian.

Selalunya seorang aktivis dakwah yang tersadung cinta atau  jatuh cinta, sudah tentu keutamaannya adalah Allah, Rasullulah dan jihad fii sabilillah.

Andai ia berada dalam suasana itu, pasti barakahlah perasaannya, barakahlah cintanya dan barakahlah amal2 yang terwujud dalam cinta tersebut.

Andai jatuh cintanya tidak dalam kerangka tersebut, maka cinta itu pasti menjelma menjadi fitnah baginya, fitnah bagi ummat, dan fitnah bagi dakwah. Kerana jatuh cinta bagi aktivis dakwah bukan perkara main main.

Kita yang berada dijalan tarbiyah ini,  yang berjanji akan bersama dalam  kafilah dakwah ini, dan telah berikrar dengan ikrar bersemangat Allahu Ghoyatuna, harus berfikir bahawa  jatuh cinta adalah jalan jihad yang membolehkan kita mencapai syahid dijalan Allah.  Inilah perasaan yang istimewa. Perasaan yang kudus dan tulus.

Kita bercinta didalam jamaah dan sesama fikrah ini memang aku akui adalah cinta yang suci menjurus kepada cinta Allah.

Kerana apa?

Kerana kita telah ditarbiyah  untuk membina ombak. Cinta hanyalah sebuah matair. Mengalir dan bergerak tanpa henti.

Dan cinta beginilah yang ingin kita bina.

Bergerak dan terus bergerak menuju muara.

Muara yang amat besar.

Hingga menuju kekaki langit.

Hingga bumi kita dipenuhi air.

Dan cinta diciptakan Allah untuk membina kehidupan.

Kehidupan dakwah.

Kehidupan yang akan memakmurkan bumi ini dengan gelora dakwah.

Dengan ombak dakwah.

Dengan gemuruh dakwah.

Dan itulah matlamatnya.

Mengabungkan dua jiwa dalam satu pernikahan suci yang melahirkan banyak jiwa jiwa  dakwah lagi.

Tidak lain tidak bukan hanya untuk ” Allah”.

Dengan perasaan cinta ini, kita mengambil jaminan kemuliaan yang ditetapkan Rasullulah.

Dengan perasaan cinta ini lah kita memperluas ruang dakwah kita.

Dengan perasaan cinta ini kita menaik satu lagi tangga dalam maratib amal didalam dakwah dan tarbiyah.

Betapa Allah sangat memuliakan perasaan cinta orang-orang beriman ini.

Dengan cinta itu mereka bercahaya didalam dakwah.

Dengan cinta itu terwujudnya sifat taawun antara mereka.

Dengan cinta itu juga mereka mewarnai bumi ini dengan penghidupan yang ceria.

Akhirnya dengan cinta itu  Allah berkahi nikmat dengan lahirnya rijal2 soleh yang mencengkam bumi ini dengan tauhid, kalimat Laa Illaha Ilallah.

Inilah dia lukisan gambaran cinta yang sakinah, mawaddah, warahmah.

Begitulah cinta tersurat dilangit kebenaran.

Disitulah cinta yang ingin kita pandu dalam dakwah ini.

Betapa Rasullulah  mengagungkan (sangat kasih) pada Khatijah sekalipun beliau bernikah dengan Janda hingga  dikurniakan 6 anak tapi ” keserasian dan serasa” terhadap pejuangan ini mengikat kukuh tali cinta itu.

Seperempat abad lamanya Rasullulah bersama Khadijah.

Perempuan agung yang telah mendapat ” salam” ( rahmat) dari Allah ….

sehingga mengetarkan Muhammad Bin Abdullah dengan cintanya dan menerima uluran cintanya sehingga Rasullulah tidak pernah terfikir untuk memadukan beliau dengan wanita lain ketika hayatnya kerana kesempurnaan cinta khadijah terhadapnya serta pengorbanan beliau sehingga wafatnya dan hampir Rasullulah berjanji tidak mahu menikah lagi kerana cintanya yang mendalam ” Serasa dan serasi” dalam perjuangan Islam.

Malah setelah beberapa lama wafatnya khadijah dan Rasullulah menikahi beberapa ramai wanita namun bagi rasul , cinta pertama itu tetap menjadi kenangan paling abadi buat dirinya dan diingati  dalam jiwanya malah disebut dengan penuh yakin kepada sahabatnya bahawa Khadijah tetap tidak tergantikan!

” Allah tetap tidak mengantikan Khadijah dengan seseorang yang lebih baik darinya” Sabda nya.

Sebenarnya tema cinta itu tak akan pernah sepi dari kehidupan manusia.

Seperti yang telah aku kata,

tema cinta bukanlah untuk dihentikan, tapi untuk diarahkan….

Wallahuaklam

الفقير إلى الله

Muharrikdaie

One response to “Cinta juga aset dakwah

  1. mutiarabernilai July 29, 2009 at 12:44 pm

    salam..
    kupasan yang baik,,
    lenggok yg halus meresap dlm hati..
    syukran atas pkongsian..
    teruskn mnulis ~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: