Sepotong kehidupan


tangan tangan kehidupan

Bila aku menyusuri jalan diJakarta disuatu malam. Aku melihat ramai pengemis yang mendambakan simpati kemanusiaan. Menghulur tangan seolah olah menyerahkan jiwanya. Mereka bagai pungguk mendambakan sinar purnama. Mereka tidak pernah berhenti berharap. Jiwa kecil mereka sentiasa membangun harapan dimalam hening itu dan malam seterusnya. Itulah maknanya hidup mereka. Makna yang sekadarnya. Mungkin cita cita mereka telah lama pupus. Dan aku sedar bahawa lama kelamaan mereka akan dapat menerima akan hakikat sepotong kehidupan itu.

Bedanya …. hidup mereka tidak seperti hidup dan nasib kita.

Mengharap memang selalu tidak menguntungkan jiwa dan maruah kita …

Aku sepatutnya telah lama berhenti untuk berharap. Berhenti dari kegelisahan. Aku sepatutnya telah lama untuk sedar bahawa sebuah jiwa yang ku harap untuk dicantumkan dalam jiwaku adalah jiwa yang keras. Dan aku memang menghormati jiwa yang keras itu kerana disitulah seni berbedanya manusia. Disitulah Allah menciptakan kekufuan. Agar manusia itu bisa menerima hakikat sepotong kehidupan. Harus memadamkan bayang bayang cita cita yang amat didambakan.

Sebenarnya bila kufikir kembali, aku tidak perlu menyesali. Tidak perlu mengemis. Kerana pengemis biasanya tidak dipedulikan. Begitulah dengan sebuah jiwa yang amat memerlukan sebuah jiwa yang lain akan tidak dipedulikan oleh jiwa itu sekalipun airmata dicurahkan. Bagai menyapa ranting berduri

Memang kita harus belajar untuk memahami bahawa sepotong kehidupan itu didalamnya ada pengorbanan, menjadikan aku mengerti harus ada jiwa jiwa yang terkorban demi kehidupan yang lain.

Tika disuatu saat. Tika dunia berputar. Dan dunia membuktikan bahawa semua jiwa akan merasa akan penderitaan itu silih berganti. Yang gelisah akan meninggalkan kegelisahannya. Pemilik hati yang keras juga akan kesendirian. Akan menghempaskannya dibawah titik sepi.

Sepotong hidup manusia amat menarik bagiku. Sentiasa mengajak ku untuk merenungi lama. Menyedarkan kembali, bagaimana menghayati hakikat perjalanan hidup ini.

Kenapa kita selalu menyusahkan sesuatu kebaikan yang ingin kita cari? Kenapa kita suka gagalkan sesuatu yang sepatutnya kita boleh mencari jalan keluar?  Kenapa! Kenapa itu sering mencetuskan persoalan dalam sepotong kehidupan ini. Lantas kita temui bahawa hati kita memang sentiasa dikeraskan oleh keegoan kita. Kita sepatutnya memudahkan kehidupan ini dengan sumber hidup itu sendiri.

Batas antara kematian dan kehidupan yang amat tipis akhirnya akan membuat kita berfikir bahawa hidup adalah sekendak sederhana sahaja. Menjalani dengan sepenuh hati dan tidak mengambil dunia lebih dari keperluan diri menjadikannya satu mutiara yang harus sentiasa ditancapkan didalam hati.

Bagiku langkah terbaik menjalani hidup adalah menikmati waktu dalam setiap detiknya tanpa banyak berharap kepada cinta manusia. Panjang angan dan menyedari bahawa kehadiran Allah adalah segala galanya bagi keterecahan hidup.

Dan kita harus sedar bahawa tangan kita teramat kecil berhadapan dengan kekuatanNya.

Muharrikdaie

12.30am  Kuala Lumpur

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: