Jakarta yang memenatkan


KOTA JAKARTA

Aku terpingga pingga didalam van pelancong. Apa tidak nya. Dah 4 jam jamn tak bergerak diKota Jakarta. Suasana kepanasan dah terasa kerana aircon dah mula tidak mengeluarkan hawa sejuk. Van separuh umur. Semua dah gelisah. Perut dah mula kelaparan. Sejak pagi hanya menjamah sekeping sandwich sardin di LCCT dengan harga RM5. Mahal yang mencekik darah. Itulah AirAsia. Penerbangan Tambang Murah yang pertama kali aku naik keOverseas. Nak jimat belanja namun amat tidak selesa. Sana sini kena berebut.

Ada yang nak ketandas. Namun terpaksa ditahan. ” Kalau beginilah keadaan Jakarta, lain kali sebelum naik harus dipakai pampers” Kata ku pada pemandu Van. Semua ketawa menyembunyikan tension. Sepatutnya perjalanan dari Airport ke Hotel hanya 1/2 jam namun inilah keadaannya. Jam menunjukan pukul 2 ptg kami harus sampai keBandung jam 5 kerana temujanji dengan Peniaga peniaga muslim disana. ” Saya rasa kita harus terus keBandung Pak, kerana rasanya enggak bisa sampai kalau kehotel dulu ” Kata pemandu Van. ” Jamn tak? ” Tanya aku. ” Apa Pak? ” Dia bertanya lagi. ” Macet tak ?( jamn bahasa Indon ) Kawan aku menyampuk. ” Oooo Ngak kerna kita ikut jalan tol” jawabnya. ” Jam berapa sampainya?” Tanya ku. ” Kurang lebih jam 4″ Jawabnya.

darul jannah

Tempat Penginapan selama 2 hari

Takdir Allah. Kami hanya dapat menjejakkan kaki ke hotel penginapan pukul 1.oopagi. Hampir 12 jam dari Jakarta keBandung yang perjalanan biasa lebih kurang 2 ke 3 jam. Suasana malam di Bandung dan tempat kami menginap amat menyamankan. Daiatas Bukit ini Perkampungan Islam didirikan oleh penduduk disini dan dinamakan Darut Tauhid. Aku seolah olah berada disebuah Darul Islam yang suasananya agak islamic. Penduduknya kebanyakannya berketurunan Sunda.

Masjid Darrut Tauhaid

Terkejut. Awal pagi dikejutkan oleh sahabatku. ” Kamal, Mal bangun bangun” Suara kasar sahabat ku. Seolah olah mengajakku pergi berjihad. ” Apa hal ni, kelam kabut jer” Jawab ku.  ” Dah pukul 4 pagi dah, tak nak solat subuh ke? Sini bukan macam malaysia. Masuk kul 4.30pagi. Kuliah subuh pagi ini ada Ustadz Aa Gym di Masjid. Cepatlah sikit nanti masjid penuh. Tak nak dengar Kuliah Ustadz Aa Gym ke? Best bangat”. Terpinga pingga aku, kerana aku tak pernah dengar pun ceramahnya sebelum ini atau pun kuliah nya. Mengikut sahabat ku Ustadz ni terkenal di Indon. Anak muridnya amat ramai terdiri dari kaum Ummahat ( Ibu ) golongan Elit dan business women dan akahawat IPT Bandung. Baru baru ni popularity nya turun agak mendadak kerana beliau berpoligami. Tak mau cerita panjang2 bab ni.

Ustadz Aa Gym

Memang kuliah nya hebat sekali menyentuh ruhi. Sejam bersamanya seakan akan 5 minit. Tidak terasa dan tidak puas. Insyaalah akan aku ceritakan inti kuliahnya kemudian.

Satu hari kami dibandung berjumpa usahawan usahawan muslim disana mencari peluang perniagaan kerana disini tenaga kerjanya murah dan tenaga pekerjanya amat kreatif dalam mengeluarkan produk2 bermutu. Dan alhamdulillah dalam masa terdekat ni kami akan mengeluarkan baju renang muslim dan muslimah yang berciri islam yang mana permintaannya bukan saja diMalaysia malah diEropah.

Apa yang membanggakan aku musafir disini adalah aku dapat bertemu dengan Bapak Helmi ( Ustadz Helmi ) Ketua Dewan Syura’ PKS.

Mulanya tidak dapat bertemu kerana beliau ada tamu dari luar negara dan kami hanya menyampaikan salam sebelum pulang dan memberitahu pembantu peribadi beliau bahwa kami dari HALUAN Malaysia.

Sebelum berangkat kami lihat tergesa gesa pembantu peribadinya mendapatkan kami mengatakan Bapak Helmi ingin berjumpa kami.

” Antum dari Malaysia? Dari Haluan? Anak murid Ustadz Dahalan?” Tanya Bapak Helmi. ” Ya Ustadz” Jawab ku mewakili rombongan. ” Ustadz Dahalan masih di MATRI Perlis?” Tanya nya. ” Ya Ustadz, Baru baru ni Ummi meninggal, dan Ustadz pun Uzur kerana sakit ghoutnya” Jawab ku. ” Innalillah …”. 3 bulan lepas ana ke Malaysia, tidur di MATRI 2 malam” Sambungnya. ” Ustadz helmi sama Ustadz Dahalan sama studynya di Mesir dulu ke?” Tanya sahabat ku. ” Enggak! Kami bertemu di Paris”. Jawab ustadz.

Pertemuan amat mesra sekali. memang sukar untuk bertemu Bapak Helmi walau pun ahli PKS sendiri kerana Bapak Helmi amat sibuk. Setiap hari tidur pukul 3 ke 4 pagi kerana urusan ummat. Semangat tengok ketawadhukan beliau dan usaha dakwah yang dijalankan.

Beliau sempat memberi tazkirah yang amat kami dambakan. Tazkirah yang membangunkan semangat untuk dakwah.

Acapkali dia mengulang ngulang mengatakan potensi dakwah dimalaysia amat cerah berbanding diIndonesia namun dia menasihati supaya pendakwah pendakwah harus mengunakan setiap kesempatan dan peluang yang ada demi dakwah. Tidak kira sama ada peluang dari dalam kerajaan mau pun dari luar sendiri dan menasihati kami supaya jaga Prinsip perjuangan. Jangan mengadai prinsip dalam apa pun keadaan.

Satu ayat yang tidak boleh aku lupakan apabla dia mengatakan kepada ku.

” Akhi KamaLdan semua, saya tahu kamu orangnya kuat dengan kerja kerja dakwah dan tarbiyah, tapi sampai bila? Apa selepas Tarbiyah? Apa selepas Dakwah? Cukupkah? Kamu harus tingkatkan performance. Guna setiap peluang yang ada dalam semua bidang, kreatif dalam mengelola halaqah supaya dapat mewarnakan islam ini, mewarnakan jamaah ini dengan kerja kerja. Tarbiyah dan dakwah bukan hiasan tapi untuk bekerja. Bukan untuk dibanggakan punya ramai pengikut yang menyayangi kamu, yang taksub dengan kamu. Kamu jangan seperti pokok ” Bongzai”. Tahu pokok bongzai? yang hanya indah tapi enggak boleh memberi menfaat!”

Bapak Helmi Ketua Majlis Syura PKS

Terkesan sangat sangat dihati ini kata kata ulama’ haraki ini dengan nash2 alquran dan hadith yang dibaca menngiringi tazkirahnya. Orangnya amat simple dan kalau sekali pandang, kita tidak menyangka bahawa dia seorang yang berpengaruh dibumi Islam Indonesia ini yang teramai penduduk islamnya.

Pertemuan diakhiri dengan saling berpelukan dan inilah kenangan terindah musafir aku kesini sehingga akhirnya kepenatan dengan jamn dengan macet yang betul betul giler terbayar dengan pertemuan yang ditakdirkan dengan ulama’ yang dapat aku ceduk sepatah kata mutiara untuk bekalan dijalan dakwah ini.

Panjang ingin ku ceritakan musafir ini tapi cukuplah setakat ini kita berkongsi.

Jumpa lagi

Muharrikdaie

2.00pagi

3 responses to “Jakarta yang memenatkan

  1. muharrikdaie June 3, 2011 at 1:34 pm

    Ina – saya suka dgn semangat awak dan dah baca entry lates awak. teruskan mentarbiyah diri dan banyak berdoa insyaalah.

  2. ina June 3, 2011 at 1:10 pm

    dari seorang mad’u nak menjadi seorang da’i.. jauh lagi perjalanan~

    masih lagi dalam proses mendidik diri~

    just starting by taking the first step~

  3. Fadhilatul Muharram July 16, 2009 at 10:11 pm

    ya… beginilah jakarta, akhie… selamat datang di ibu kota kami. selamat datang. selamat berpenat-penat.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: