Jiwaku sehalus wanita


jiwa wanita

Rasanya tajuk ini mengundang kontroversi. Mungkin.

Aku ketawa bila rakan usrah ku mengatakan aku ni terlalu sensitif macam wanita. Mana tidaknya! Aku dipaksa untuk membawa halakat wanita walaupun aku tolak berkali kali dulu. Mas’ul ku kata hanya sementara. Menanti Naqibah baru! Namun dah 3  tahun, Naqibah baru tu tak muncul muncul. Bila soalan sama aku ajukan pada mas’ul ku, dia mengatakan aku sesuai dengan tanggungjawab itu.

” Teruskanlah akhi, ana lihat banyak benda dah anta buat pada usrah tu dan alhamdulillah, usrah pun dah berkembang dan tak lama lagi mutarabbiah anta tu boleh lah ambik alih tempat anta dan boleh lah anta tumpukan pada usrah ikhwah yang lain pulak. Ana lihat mereka pun positive dengan anta. Tak ada komen. Malah dalam pertemuan gabungan akhawat bersama ana yang lepas pun mereka banyak puji anta dan komitmen yang tinggi yang anta berikan pada mereka. Buat sementara ni anta on lah dulu. Mereka pun rasanya dan sinonim dengan anta. Ana takut kalau naqib bertukar nanti mereka lemah semangat!” Kata Masul ku. Itulah yang aku tak nak dengar kerana nampak gayanya  jadi tugas rasmilah jadinya.

Memang aku tidak diajar untuk membangkang Mas’ul ku kecuali pada perkara perkara yang kurasakan perlu. Ada kebenaran kata katanya. Memang halakah akhawat zon Lembah Klang ini berkembang semenjak dibawah kelolaan aku. Bukan disebabkan aku tapi kerana kerjasama yang diberkan oleh akhawat yang dibawah pimpinan aku. Mereka benar benar menghayati. Sehingga ini 2 halakat akhawat baru telah dapat diwujudkan. Mereka juga telah dapat mengujudkan Kelas Fardhu ain bulanan, program mabit bulanan yang diisi dengan qiamulail dan sebagainya untuk warga emas, membuka kelas fardhu ain kanak2 dan baru baru ni menubuhkan taman asuhan kanak2 islam oleh ibu2 yang tidak bekerja  untuk masyarakat setempat. Disinilah ruang dakwah untuk kami memilih kader kader baru dalam halakah akhawat dan sekurang kurang nya dapat mengujudkan peluang kerja bagi akhawat yang masih menganggur dan yang baru grad dari Universiti.

Sedikit sebanyak aku rasa puas dan bersyukur. Pengorbanan yang tak seberapa ni Allah ganjarkan dan bukakan ruang yang lebih luas  lagi untuk aku laksanakan dakwah dan berkhidmat untuk masyarakat. Inilah kemanisan iman yang amat aku dambakan selama ini. Dan aku teramat bersyukur!

Aku akui, Ibu ibu dan akhawat yang ku pimpin amat menyayangi aku Lebih dari keluarga mereka sendiri. Akulah guru mereka. Akulah naqib mereka. Akulah anak mereka  dan segala galanya bagi mereka hingga aku amat rapat dengan seluruh keluraga mutarabbiku. Setiap malam jumaat aku telah dibook oleh setiap keluarga untuk mengadakan bacaan yasin dan tazkirah untuk program keluarga mereka hingga kepada hal hal kekeluargaan mereka pun, mereka ingin aku uruskan bersama mereka. Itulah jiwa wanita, bila telah jatuh cinta mereka beri segala galanya dan mendambakan segalanya dari orang yang mereka cinta, memberi kepercayaan yang penuh tanpa berbelah bagi, mengasihi tanpa batas dan amat mengambil berat akan hal hal peribadiku. Memang aku boleh mengambil kesempatan diatas kasih sayang mereka untuk dunia untuk keewangan demi kepentingan peribadi kerana jiwa halus mereka telah ku tambat dengan kasih ku namun tarbiyah yang kulalui banyak mengajar aku akan matlamatku. Aku selalu mengatakan kepada mereka agar jangan taksub dengan ku. Taksublah kepada Islam. Kepada Iman. Kepada Allah supaya jiwa mereka yang halus itu tahu dimana untuk diletakkan kasih dan cinta yang mutlak!

Aku tak nafikan, aku dimanjakan oleh mereka. Sehingga duit minyak bulanan aku pun mereka kutip setiap bulan untuk keperluan aku. Itu tidaklah termasuk duit yang mereka beri secara personal dan keluarga mereka beri secara personal kepada aku yang mencecah ribuan ringgit. Namun tarbiyah tidak mengajar aku untuk menerima. Tarbiyah mengajar aku untuk memberi. Tarbiyah mengajar aku untuk berkorban dan berkorban. Dan pengorbanan itulah yang dapat mempertahankan syaksiyah aku hingga kehari ini dan dihormati oleh mutarabbiku dan kami dapat membuat pelbagai program dengan duit derma yang melimpah ruah itu dan dapat membantu sohibah sohibah yang kurang kemampuan untuk menghadiri program2 yang dijalankan. Adoi …manisnya bersama mereka.

Berbanding halaqah ikhwah, jauh bezanya dengan mereka. Mutabaah amal yang selalu aku check menunjukan komitmen amalan mereka amat tinggi sekalipun mereka sibuk dengan anak anak dan suami namun mampu mereka menguruskan masa dengan baik. Begitu juga tentang persediaan asiignment dan sebagainya. Mereka lah yang terkedepan. Disinilah jiwa ku banyak belajar. Jiwaku banyak berguru dengan jiwa mereka. Mereka rajin melakukan dakwah fardhiah dimana saja mereka berada. Mereka taat dan patuh segala arahan ku. Berterus terang dan telus kiranya mereka telah rapat dengan kita. Bagiku wanita yang telah ditarbiyah amat hebat potensinya dari ikhwah sendiri cuma airmata saja yang menghalang mereka dari mengatasi lelaki. Inilah wanita. Potensi besar untuk mengegarkan bumi ini dengan deenulllah. Dengan dakwah dan kesungguhan mereka. Perjuanganmu tak sehalus tanganmu.

Memang kamu kuat wahai wanita kiranya kamu berterusan dengan tarbiyah dan kesungguhan. Kamu akan lebih kuat kiranya kamu punya suami yang sefikrah dan sejalan dengan mu. Seperti Ali dan Fatimah. Sedih membaca kisah Fatimah. Putri kesayangan Rasul. Putri yang dicium tangan nya oleh Rasul.  Ramai sahabat yang pernah mencium tangan Rasul, tapi apakah pernah Rasul mencium tangan mereka? Tidak sekali kali. Kerana Hidung Rasul Hidung yang mulia! Hanya 2 tangan yang dicium oleh Rasul dibumi ini. Saad Al~ Anshari yang menafkahi keluarganya dengan memecah batu dan tangan Fatimah yang melepuh kulitnya kerana mengiling gandum dan keras tapak tangannya kerana memintal benang. Putri Rasul itu mengambil upah untuk dituikarkan dengan makanan. Membantu Ali yang berjuang dan menyabung nyawa tanpa berkesempatan untuk mencari rezeki. fatimah mengerjakan hampir keseluruhan kerja rumahtangga. Bukan senang kerja rumah tangga. mengangkut air, membasuh pakaian, mengiling tepung dan sebagainya yang dilakukan secara manual tanpa mesin seperti kita. Siapalah kita kaum wanita sekarang yang sentiasa merungut dan merungut berbanding Fatimah.

Sedihnya Fatimah apabila Rasul datang berkunjung menanyakan khabarnya. Dihulur tangannya pada ayahanda tercinta. Tangannya tak sehalus dulu. Tidak selembut dulu. Tidak semerah dulu. Tidak sehalus, selembut dan semerah puteri ayu. Rasul meraih tangannya dan menciumnya dengan penuh cinta. ” Inilah tangan yang dimuliakan Allah dan tangan inilah yang membawa kesyurga” Ujar rasul.

Selaku putri kesayangan Rasul Fatimah layak untuk mendapat seberapa banyak pun pembantu yang ia mahu kerana ayahnya pemimpin besar dan memiliki ramai tawanan perang untuk dikerahkan tapi Rasul amat memhami jiwa Fatimah, dia bukanlah muslimah yang manja dan lemah. Beliau tidak memberikan pebantu kepada anaknya tapi hanya mengajarkan kepada Fatimah agar perbanyakkan takbir tasbih dan tahmid kerana itulah sumber energi yang terlebih baik dari pembantu yang bersifat manusiawi. rasul membangunkan semangat  semangat jihad anaknya hanya dengan membesarkan Allah yang tak putus putus. Fatimah bangga menjadi muslimah yang begitu dan tetap terus dengan ketaatannya pada Ali dan mengabdi diri dengan tulus dan ikhlas dan penuh keceriaan. Boleh kah antum punya jiwa begitu wahai wanita. Punya semangat begitu wahai sohibah dan adik adik ku yang merasa diri telah cukup berkorban dengn deenullah ini? Muhasabahlah!

Itulah jiwa wanita yang ku sanjung. Yang kudambakan dalam hidup ini. Kerana jiwa wanita begini tidak dipunyai oleh lelaki. Mereka kuat, halus dan tulus dalam memberikan cinta pada deen ini dan kepada suami pabila cinta itu telah terpasak dalam jiwa mereka melalui tarbiyah yang berterusan.

Patutlah wanita ini menjadi pelengkap kehidupan seorang lelaki. Dan sukarkah mencari wanita yang begini? Kalau ku tanyakan soalan ini pada AsSyahid Syed Qutb kiranya beliau masih hidup, mungkin beliau akan mengatakan sukar …kerana syed Qutb membujang hingga akhir hayatnya tanpa wanita diribaannya. Beliau begitu berhati hati dengan wanita pendampingnya kerana cita citanya besar dalam perjuangan sehingga akhir hayatnya tidak ketemu wanita idaman itu kerana takut akan menjadi penghalang dalam perjuangannya ….. Berbahgialah kamu wahai akhi disyurga dan bidadari penganti …

Adapun wanita punya sejarah tersendiri yang telah mencipta sejarah bagi kemaslahatan ummat. Kualiti mereka yang telah melalui tarbiyah melukis warna harmonis dunia. Kalau pun lukisan perjuangan wanita tidak dicatat dengan tinta emas sejarah. Yakinlah uktiy , Allah tidak pernah alpa menganjarkan berupa pahala berlipat ganda. Balasannya adalah syurga terbaik.

Sesungguhnya nurani wanita tidak boleh disakiti sebab dihati mereka terdapat jendela dunia. Ruang yang membuka kelapangan fikiran untuk berkaca tentang kehidupan. Dan jiwaku mula halus dan sehalus jiwa mereka memandang kehidupan ini dengan penuh kelembutan dan kasih sayang dan aku mula menjejaki sejarah Rasul tentang dua kecintaan nya ” Wanita dan Wangian ” dan disitulah jiwaku terperangkap dengan cinta yang terbit terhadap mereka demi perjuangan mendatang. Masihkah ada ruang kah bagi ku untuk meletakkan cintaku diribaanmu?

Muharrikdaie

10.00mlm

One response to “Jiwaku sehalus wanita

  1. CReaTiVe SiFu August 14, 2009 at 5:13 pm

    teruskan mentarbiyah😀

    p/s: 20 aktiviti & Permainan Percuma Usrah/LDK di creativesifu.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: