Sudah sampai saatnya …


samapi saatnya

Aku akan tulis sebanyak mungkin disini. Takut sampai saatnya aku tak bisa menulis lagi. Takut aku berhenti menulis tiba tiba! Rindunya aku. Walau pun tidak banyak yang membaca tulisan ku, namun aku rasa bahgia dengan tulisan tulisan ini kerana ianya sentiasa mengigatkan diri ku.

Raqib dan Atid sentiasa menemani ku. Lajunya tulisan mereka keatas kitab ku lebih dari aku menulis di blog ini. Catatan mereka juga tidak ramai yang membacanya kecuali mereka sendiri. Aku selalu terasa mereka berada disisiku. Memang pun mereka wujud dikiri dan kananku. Amat setia dengan ku. Mereka sahabat ku. Aku sukakan mereka. Apa lagi ditengah sunyi ini dan mereka telah mengembalikan semangat ketuaan ini supaya menjadi remaja kembali agar aku dapat terus bergerak tanpa letih dan jemu.

Lagi kuat aku bergerak dan berdakwah, lagi laju mereka menulis akan kebaikan kebaikan aku. Aku tidak perlu motivator. Cukuplah mereka memotivasikan aku. Raqib dan Atid sentiasa menjadi inspirasiku untuk beramal. Setiap titik dan coma tulisan ini dicatitkannya. Aku semakin ainul yakin dengan keghaiban. Merasakan mereka bersama ku dan memutabaahkan amalku. inilah yang guru ku kata sebahagian dari perjalanan ruhani.

Aku ingin bebaskan diriku kembali dari terikat kepada sesuatu yang menghalang perjalanan ruhani ini. Aku takut kerja dakwah yang tidak seimbang dengan ruhani akan mendatangkan puluhan mazmumah yang membatalkan amal.

Aku tidak mahu. Ikhlas bukan sesuatu yang boleh kita nampak. Terkadang bila mula lakukan amal kita ikhlas tetapi selepas beramal kita akan rasa takjub pada diri. Apa lagi mendapat pujian dan sanjungan dari mutarabbi kita dan mad’u yang telah kita dakwahkan.

Da’i kena hati hati dengan hati! Hati merupakan penyumbang pahala dan penyumbang syirik khafi. Pertolongan Allah sebaiknya kita pohonkan. Agar sentiasa terlindung dari perkara ini.

Da’i bukan saja kena jaga lidah tetapi harus menjaga hati supaya kerja dakwahnya tidak sia sia.

Ulama’ salaf pernah berkata ” sekecil mana pun perbuatan akan dipaparkan dua catatan 1. Untuk apa amal tersebut 2. Bagaimana perlaksanaannya. Maksudnya; Untuk apa yang kamu lakukannya dan bagaimana perlaksnaannya?

Jika kedua ini betul barulah keikhlasan itu akan terbit. Susahkan nak dapat ikhlas?

Memang jiwa manusia suka dipuji. Mengharap populariti. Terutama bagi kita yang mengelarkan diri seorang da’i. Amat terbentang luas ruang ruang wujub dan riya’. Kita mudah terlena.

Kita juga terkadang seperti monyet diatas pokok yang tinggi. Apabila ujian ribut melanda monyet tidak akan jatuh kerana berpegang teguh dengan dahan dahannya tetapi jika angin sepoi sepoi bahasa pasti monyet itu terjatuh kerana terlena. Itulah ibrah yang Allah beri pada kita.

Kerana itu ikhlas menjadi satu bebanan kepada kita dan paling berat pada jiwa kita sekalipun kita cintakan Allah. Sebab itu Nabi Allah Ayub berkata ” Mengikhlaskan niat bagi orang yang beramal lebih berat dari amal perbuatan itu sendiri.

Ingin ikhlas?  Bekerjalah sungguh sungguh dengan deen ini dan ikhlaslah! Sepertimana perumpamaan mengatakan ” Sebagaimana orang yang makan minum atau buang hajat ( pergi tandas ) Semua itu dilakukan dengan tulus ikhlas. Betul kan?

Dan jadikanlah amal2 dakwah kamu itu seperti itu maka itulah ikhlas.

Dah belajar quantum tarbiyah? Dah lalui trilogi tarbiyah? Ingat perkara kedua dari trilogi tarbiyah itu ” TAZKIYAH”  Ibnu alJauzi berpesan agar selalu istighfar. Bersihkan dulu dengan sabun Istighfar barulah kita mengenakan wangian amal …

Semuga bermenfaat untuk kita ambil iktibar agar ilmu yang kita pelajari tidak menjadi hujah kepada kita diakhirat nanti. Jangan menunggu untuk berubah …takut bila sampai saatnya … tak mampu kita  mengucapkannya! Subhanallah.

Muharrikdaie

3.10 pagi Kuala Lumpur

One response to “Sudah sampai saatnya …

  1. Pingback: masih ada waktu « kembara cinta ku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: