Relevankah blog buat da’i


blog

Blog bukanlah medan terbaik untuk pendakwah. Kerana blog banyak membuang masa untuk menulis. Berfikir dan menyusun bahasa dan bagi ku kesannya tidak banyak untuk perjalanan dakwah. Terkadang banyak buruk dari baiknya bila komen pujian melempah ruah atau komen pujian yang tak sepatutnya diberikan kredit kepada penulis. Aku tahu tidak ramai yang membaca blog dakwah berbanding blog politik. Lihat blog CHEDET. Blog Raja Petra dan berbagai lagi. Launch saja,dah beribu ribu viewer. Sebab manusia suka isu. Benar ke tak benar ke mereka tetap suka. Apalagi isu kontroversi dan fitnah. Blog hiburan juga amat memberi kesan kepada masyarakat sebab mereka sukakan isu dan berita sensasi. Gossip dan sebagainya. Blog Cinta. Waduh. ramai remaja bersidai untuk ” menghindustankan ” perasaan. Dan banyak lagilah blog blog yang diciptakan atas dasar hawa nafsu.

Blog ISLAM? Blog DAKWAH?

Hanya segelintir masyarakat yang meng search nya. Itu pun ku perhatikan bila timbul masaalah agama dan masaalah peribadi yang tak boleh diselesaikan oleh hukum jahilliyah. Islam bukan sahaja jadi ghurbah. Blog Islam pun jadi ghurbah. Namun tak dinafikan ada juga blog Islam yang dah famous dan ramai peminatnya dan pengomentarnya. Dan terkadang entry yang hanya dua tiga patah perkataan yang tidak memberi apa apa  makna pun mendapat ratusan komentar yang luar biasa dan komentar itu terkadang menjadi lagho dan tersasar dari menfaat yang sebenarnya. Dan ini menunjukan aura sipenulis amat baik sekali dan kiranya sipenulis  dapat menfaatkan blog beliau untuk mengkaderkan peminat setia beliau alangkah bertambahnya duat di muka bumi ini namun ini tidak berlaku dan mungkin sipenulis tiada waktu untuk mengusahakannya.

Bagi aku sepatutnya Blog yang famous begini kena wujudkan KELAB PEMBACA SETIA bagi yang tinggal dipersekitaran. Buat program dan pertemuan dan tidak mustahil dalam pertemuan itu kita boleh mulakan dengan mengorganize usrah dan halakah supaya pembaca pembaca setia ini tidak hilang dari kita kerana merekalah mad’u yang perlu kita beri perhatian untuk disaffkan. Blog dakwah harus bercerita tentang Aqidah dan Daulah. Walau apa pun persoalan, kita kena menjuruskan kepada Noktah Bidayah ini. Agar remaja dan pembaca yang masih tercari cari hidayah ini diberi kefahaman sejelasnya. Kita tidak mahu penyelesaian setiap persoalan diselesaikan hanya bersifat sementara sahaja.

Aku tak tahu berapa ramai Ustadz yang terlibat dengan pembikinan Blog tetapi sekiranya ramai alhamdulillah cumanya haruslah dimenfaatkan populariti ini untuk mengorganize dakwah yang tersusun dan bertanzim. Walau apa pun bukan hanya Para Ustadz  yang harus diletakkan masuliyah ini tetapi setiap dari kita yang berfikrah islam dan dah melalui proses tarbiyah ini supaya apa yang kita lakukan akan menatijahkan amal yang Qawi dan dapat dibentuk dalam sudut praktikal. Jika tidak akan keraslah jari jari kita menekan keyboard tanpa natijah yang berpanjangan selain pahala menaip dan menyampaikan idea dan ilmu.

Insyaalah sekiranya aku mampu untuk terus menulis, aku akan terus berada dipersada ini sekalipun naqibku telah memberi isyarat supaya aku berhenti menulis diblog ini kerana ada assignment baru yang lebih aula’ untuk aku memberi tumpuan tetapi secara personal aku amat seronok berada disini kerana dapat meluahkan apa saja yang aku fikirkan untuk aku tulis, dan aku bebas untuk berkarya dan menggunakan kreativiti dan jiwa cinta dan jiwa puitis aku untuk meneroka jiwa jiwa manusia seperti aku yang setia menziarahi blog ini walau pun sering juga menerima komen komen pedas melalui email tentang penulisan aku tapi rasa kepuasan itu tetap terpecik dijiwa ini.

Sekiranya aku terpaksa berpisah juga dari dunia blog ini atas arahan jamaah dan mas’ul aku  sesungguhnya aku amat merindui kalian semua diatas segala sokongan dan simpati serta pandangan yang diberikan sedikit sebanyak menghiburkan jiwa yang sentiasa tandus ini.

Tapi aku harap ini tidak berlaku kerana aku ingin terus bersama antum semua sampai dah tak ada viewer yang sudi lagi singgah diblog ini! Aku juga tersenyum ada yang menghantar email supaya dapat aku meletakkan gambar dan biodata aku kerana ingin mengenali dengan dekat penulis picisan ini. Insyallah akan aku letakan kan wajah ku yang handsome ini setelah dibotoxkan diblog ini apabila tiba masanya serta biodata aku yang sebenarnya. Tapi orang pertama yang akan tahu adalah bidadari yang tengah berhias dilangit biru. Nak tunggu dia turun mungkin agak lambat lagi …

Ada juga yang teka teka , ” Eh ehe rasa kenal lah si mamat tu, kat mansooura dulu. Lepas tu kerja jap kat HKL hilang pergi Erasmus. Balik Kat KKM Putrajaya pulak. La ni kata kat TM. Dah berenti ngan gomen ke?  Pelik simamat ni. Dari dulu memang sipelik ni. Sahlah dia punya blog tuuu … hmmm …..patutlah mendayu dayu ….

Hentamlah kak …jangan tersilap orang dah lah!

Jumpa lagi.

Muharrikdaie

12am

5 responses to “Relevankah blog buat da’i

  1. qalamdandakwat October 23, 2009 at 6:50 am

    Selamat menulis, dan semoga terus rajin menulis

  2. shida July 16, 2009 at 12:30 am

    x kisah apa pun pandangan org pada blog dakwah dan islam ini..
    tapi saya suka sgt baca blog ni..

    sgt menyentuh hati..
    terima kasih sebab sudi berkongsi..

    • muharrikdaie July 16, 2009 at 1:33 am

      Shida …selamat datang ke blog saya yang tak punya peminat setia. Hanya pengunjung yang ” terklik ” saja.

      Blog ini hanya blog picisan untuk saya cari pahala. Mententeramkan jiwa dan menyatakan cinta. Boleh dikatakan blog saya blog jiwa jiwa …

      jiwa jiwa pencinta …alam manusia dan tuhan

      ambillah apa yg tertulis dan terdaya

      doakan saya sentiasa dimantapkan iman dan mampu untuk berkarya demi agama yang mulia ….

      wallahuaklam

  3. nuurhati June 17, 2009 at 6:46 am

    \”Blog bukanlah medan terbaik untuk pendakwah. Kerana blog banyak membuang masa untuk menulis. Berfikir dan menyusun bahasa dan bagi ku kesannya tidak banyak untuk perjalanan dakwah. Terkadang banyak buruk dari baiknya bila komen pujian melempah ruah atau komen pujian yang tak sepatutnya diberikan kredit kepada penulis. \”

    entry yang menarik …

    sekadar pendapat cuma insyaallah…

    tak dinafikan ia bukan satu method dakwah yang baik.. bukan satu cara yang paling terkesan mentarbiyah..

    tak dinafikan sememangnya ia terkadang seakan tiada makna ..sebaliknya melekakan sama ada penulis atau pembaca…

    nauzubillah

    ya… benar akh/ukht ammura_umar Betulkan NIAT

    kenapa kita tulis?
    untuk siapa kita tulis?
    niatnya apa?

    hadis pertama yang perlu jadi pertama juga saat tiap perkara yang kita lakukan perlu disemak…

    kerana pada ana ini adalah sumbangan dalam dakwah

    ada yang mampu menyumbangkan jiwa
    ada yang mampu menyumbangkan harta
    ada yang mampu menyumbangkan masa
    ada yang mampu menyumbangkan tenaga
    ….


    ..

    ada yang hanya mampu menyumbangkan kata-kata

    atas NIAT tadi yang tulus akan terkesan dari hati ke hati Insyaallah

    koreksi potensi dalam diri masing-masing ya Allah anugerahkan untuk disumbangkan untuk dakwah …

    NIAT dan JELAS MATLAMAT

    As-syahid syaid Qutb berpesan …

    \”Telunjuk yang bersyahadah setiap kali bersolat bahawa Tiada Ilah yang disembah dengan sesungguhnya melainkan Allah dan Muhamad Rasulullah, tidak akan aku menulis satu perkataan yang hina. Jika aku dipenjara kerana benar aku redha. Jika aku dipenjara secara batil, aku tidak akan menuntut rahmat daripada kebatilan\”

    antum yang pilih … atas sebab apa …

    manusia itu berbeda…

    ada yang halus jiwanya …
    tapi tidak pandai berkata-kata sehebat Al-Banna
    namun hebat sahaja menulis hingga menggerakkan semangat jihad dan juang para daie..

    ada yang halus jiwanya…
    tapi tidak hebat menutur ayat bermadah puitis
    namun kata-katanya bisa menggentar hati mujahid-mujahidah .. dan mereka \”kami dengar , kami taat\”

    gambaran yang jelas terhadap manhaj dakwah akan buatkan kita fikirkan yang mana lebih aula…

    kerana perlu ingat

    generasi pertama yang Rasulullah bina adalah mencetak peribadi-peribadi ..sebagaimana iktibar dari kisah Al-Banna dan seseorang akh …

    Pada suatu hari, seorang akh bertanya pada Al-Banna

    \”Kulihat akhi selalu sahaja sibuk mengembara ke seluruh Mesir, mengapa tidak diambil sedikit masa untuk akhi tuliskan pengalaman dan kongsikan ilmu-ilmu dakwah tarbiyah? Semoga bermanfaat\”

    Al- Banna

    \”Tugasku bukanlah mencetak buku-buku, tetapi mencetak peribadi-peribadi muslim\”

    bila mana Matlamat dan Niat yang jelas.. antum sendiri akan bisa buat pilihan… mengutamakan yang mana …

    wallahualam,

    secangkir pandangan…

  4. ammura_umar June 16, 2009 at 6:28 pm

    Harapnya, segala usaha menulis dan membuat blog ini dapat menambah saham kita di akhirat kelak. Betulkan niat…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: