Muharrikdaie

Menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

Memburumu di Syurga


cerita cinta

Jika kamu tanya aku macammana bercinta, aku tak pandai. Kerana dalam hidup ini hanya sekali hati ku terusik. Bukan sebab hati ini terusik kerana perasaanku tapi kerana dakwah dan perjuangan seseorang itu yang amat menyentuh kalbuku. Dan aku tak tahu itu adalah cinta sehingga aku benar benar mengalaminya. Dengan tersentuhnya itu, aku rasakan dunia ini ada dua matahari. Satu untuk bumi dan satu untuk aku. Aku rasakan ada dua bulan purnama. Satu untuk pungguk dan satu untuk aku. Aku rasakan siang itu siang dan malam itu siang kerana terujanya aku. Begitu besar dan terangnya harapanku. Begitulah hati ku tika itu. Rupanya kata sahabat ku itulah nama nya Cinta. Aku bukan asing dengan perkataan itu. Malah saban hari aku dengar. Namun aku rasa ianya sesuatu yang tidak ada nilainya. Dan kali ini baru aku tahu akan nilainya implikasinya pada jiwa manusia. Dan jika itu. Aku mula percaya bahawa aku benar benar mencintai nya.

Tanpa aku berfikir. Aku beri hati ku. Seluruhnya. Aku doa sekusyuknya. Aku tanamkan harapan sebesar besarnya. Aku plankan hidupku sejauh jauhnya hingga aku mula terasa akan dekatnya hari untuk aku bersamanya. Membina sepertimana yang kami citakan. Waktu itu aku rasa memang dialah pilihan Allah untuk ku. Aku yakin. Aku sujud syukur. Aku mula teringat teringat ayat AlQuran ” Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik “.

Sejauh itu aku fikir dahulu. Memang aku tidak berpengalaman. Aku ingat semua duat itu sama. Benar dengan kata kata. Benar dengan janji. Ada belas kasihan. Ada tolak ansur. Telus dan terang. Faham memahami. Boleh tunjuk ajar. Saling mengerti dan punya kasih yang sejati.

Memang aku tak ada pengalaman tentang cinta, tentang kecewa, tentang rasa. Apa lagi soal jodoh. Soal pertemuan. Soal merisik. Soal berkenalan dan soal orang ketiga, macammana dan berbagai lagi dan dengan sebab tak ada pengalaman itulah aku menjadi mangsa.

Aku percayanya dengan setulus hati aku. Dan kepercayaan itu jugalah yang melukakan aku dalam permainan ini. Aku pun tak tahu apakah penghujung cerita ini. Skripnya terhenti ditengah jalan. Aku tak tahu apakah ada penyambung cerita ini atau cerita ini akan berakhir disini!

Cuma aku pernah berjanji padanya. Kiranya aku tak ada jodoh dengannya pasti aku memburunya disyurga. Benarkah itu akan berlaku atau hanya kata kata puitis untuk mencairkan jiwanya? Hanya Allah yang menentukan segalanya. Bagi ku, aku akan berusaha memperbaiki diriku. Menjadi hamba yang beriman sesungguhnya agar cita cita besar aku tercapai. Jika kata kata dan cinta aku benar dan dengan rahmat Allah aku diberi syurga. Apakah mustahil aku dapat memburunya? Insyaalah. Dalam syurga apa yang kita niatkan pasti terlaksana.

Bagi anda semua …ini hanya hiburan dan  hanya satu cerita untuk lepaskan lelah jiwa.

Muharrikdaie

10 responses to “Memburumu di Syurga

  1. insanhina November 19, 2011 at 11:31 pm

    “Bagi anda semua …ini hanya hiburan dan hanya satu cerita untuk lepaskan lelah jiwa”

    komen aku : best gileeeeeee kot hiburan ni. kalah hiburan di TV wehhhh
    xsangka masuk blog ni dapat berhibur!

    • qalbunsalimm November 20, 2011 at 11:05 am

      cinta itu terlalu besar maknanya …
      jika dihayati sebenar dan sedalam-dalamnya …
      kita bisa mencintai seseorang itu tanpa perlu memilikinya …

      cinta yang tulus bisa menggerakkan seseorang kearah iman!

      dan ia hanya difahami bagi mereka yang memahami cinta tanpa menunggani keinginan sepertimana yang difahami oleh kebanyakkan orang ….

  2. dira November 4, 2011 at 9:37 am

    Jika Tuhan tak menyatukan aku dan dia di dunia , insya Allah aku akan meminta untuk mempersatukan aku dengan dia di akhirat

    • muharrikdaie November 18, 2011 at 4:59 pm

      Dira – siapa dia? Insyaalah diakhirat pasti kita akan bertemu antara satu dgn yang lain. Cumanya pertemuan itu sama ada dalam kegembiraan atau dalam duka yang berpanjangan ……

  3. Hussaini June 21, 2009 at 10:36 pm

    Untuk Al-Akh… Untuk sesiapa sahaja,,, Untuk ana:::

    Bagi seorang mukmin, Hidup ini senang. (Yunus:62-63)
    Kadang-kadang, kita yang menyukarkannya.

    Ajal telah ditentukan, dan kita tetap usaha untuk hidup.
    Rezeki telah ditentukan, dan kita tetap usaha untuk bekerja.
    Jodoh? Jangan lepas tangan, usaha ke arah itu.

    Dengar lah motivasi dari kata-kata Allah:
    Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.

  4. mutiarabernilai June 19, 2009 at 5:12 am

    salam..
    ada gusar dalam bait untaian kata..
    ayuh,buang sgala gundah dan gusar..
    DIA pasti dan pasti membantu..

    Bukankah Allah akan berbuat seperti sangkaan hambaNYA?
    tidak salah untuk gusar,cuma jangan kerana gusar kita tersasar…

    kata2 di atas adalah untuk peringatan diri saya terutamanya,kerana saya menyakini saya pasti akan di uji dengan apa yang tulis ini. Doakan semoga semua insan di permudahkan urusannya.. insyaAllah,.

    Husnu- Thiqah Billah..

  5. nuruddin83 June 15, 2009 at 8:56 pm

    Salamu Alaikum.. Sekadar bagi pandangan.. Saya pun bukanlah ada ilmu sangat bab ni.. Dah kalau awak kata skrip terhenti di tengah jalan, dan jika awak niatkan nak bina baitul dakwah tu ikut cara Nabi, kerana tak gi merisik dia? Pelik la awak ni… Ajak la makcik, atau sape2 yang lebih tua.. Maaf la, sampai tahap ni, saya bagi idea.. Tapi, buat pengetahuan awak, ada jugak sesetengah perempuan yang suka style tu, tak suka bercinta, terus dirisik, baru la kenal2 masa bertunang.. Kan ke camtu yg Islam ajar? Takkan awak tak tahu kan.. Mmm,sori yer, kalau saya terlalu direct bagi idea.. Tapi, yer la, mungkin ada sebab awak tak berani ikut cara tu kan untuk peristerikan dia.. Papepun, byk kan la doa.. Mcm saya kata sebelum ni, kalau kita tak jumpa jodoh/calon yang kita suka tu, kat dunia ni, mungkin kita boleh jumpa dia semula di alam yang kekal abadi.. Wallahu ALam…

  6. addurrah_89 June 15, 2009 at 2:01 am

    Semoga Allah permudahkan jalan untukmu…

  7. nuurhati June 14, 2009 at 11:59 pm

    yakin pada janjiNya

    ” Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik “

    berusaha sehabis mungkin MENJADI yang terbaik dan Dia akan berikan yang terbaik …

    peliharalah diri dan Dia akan lakukan yang selebihnya buat dirimu..

    peringatan buat diri sendiri jua …

    wallahualam..

Leave a reply to nuurhati Cancel reply