Pergi lagi sebutir mutiara


Fathi Yakan

Syeikh Fathi Yakan pulang keRahmatullah?

begitulah sms yang ku terima malam ini.
Benarkah? Sohihkah berita itu?

Dr. Fathi Yakan ialah ulama’ dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950. Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, kelihatan paling jelas semasa pilihanraya pada tahun 1996.

Siapa yang tidak kenal Dr. Fathi Yakan. Kitab karangannya yang tersohor Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih popular dengan panggilan ‘Maza Yakni’) menjadi rujukan kebanyakan grup-grup usrah pelbagai wadah. Penulisannya yang tersusun rapi menyemai kefahaman yang jitu tentang definisi seorang penganut Islam yang benar-benar berperibadi Muslim.

Tak terkata! Makin dekat kita kehari akhir. Begitu hadith mengambarkan tanda tanda qiyamat, diwafatkan ulama’ ulama’.
Banyak aku belajar dari buku buku beliau tentang Islam yang menjadi rujukan seluruh harakah Islam didunia ini

Berbahagialah Engkau wahai Ustadz yang terlalu banyak sumbangan terhadap deen ini ….Aku pernah menatap wajah mu yang lembut dan bersih dengan kesan ketakwaan mu dalam satu Muktamar PAS …Dan pastinya semua pencinta Islam akan merindui kepergian mu

Allah Lebih menyayangimu.

AlFatihah

Muharrikdaie

11mlm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: