Syu’ur bir Ridha


DERU AIR

Mungkin kita tidak pernah merasai Syu’ur ini! Inilah Syu’ur yang Allah kurniakan. Syu’ur Bir Ridha ( Rasa keredhaan ).Tidak pada semua orang tapi pada sesiapa yang menjalankan Taklif Rabbani ini. Yakni Dakwah.

Tugas dakwah ini amat tinggi pada nialian Allah dan lebih besar dari nikmat dunia dan segala isinya. seseorang yang melaksanakannya akan merasakan kelazatan atau nikmat hidayah. Sabda rasullulah

Jika Allah berikan hidayah dengan usaha engkau kepada seseorang lelaki maka itu lebih baik dari nikmat dunia dan segala isinya

Dan dari sini lah rasa keredhaan itu Allah campakan kedalam hati bagi amilinnya.

Dalam suasana ghurbah (dagang)  yang mana Islam dagang, tiada daulah dan ditambah pula dengan masyarakat yang terbiar serta musuh yang sentiasa ingin memusnahkan deen ini, membangun ummah untuk memelihara deen ini adalah Fardhu ‘ain hukumnya dan sesiapa yang tidak ada kemahuan kearah itu bererti dia telah berdosa. Dosa ini tidak akan terhapus melainkan dia kembali mengambil masuliyah tersebut.

Inilah satu keyakinan yang perlu terdapat dalam syu’ur ( rasa hati) kita. Rasa berkewajipan untuk mengambil tanggungjawab menegakkan Daulah Islamiyah.

Untuk mengemban tugas dakwah ini kita tidak boleh melaksanakan sesuka hati dan bersendiri. Kita kena berintima’ dengan jamaah dan kena iltizam dan  intizam dengan tanzimnya. Tanpa jamaah, kerja dakwah akan jadi sia sia kerana kita memerlukan kemudi untuk mmenjalankannya. Rasullulah membentuk jamaah sejak hari pertama baginda menjadi rasul. Baginda memungut seorang demi seorang sehingga mentarbiyah mereka sehingga lahir tenaga tenaga kerja islam yang dapat melakukan proses Taghyir Islami Kulli. ( Perubahan Islam secara menyeluruh).

Kita tidak perlu membuang masa dengan polimik jamaah atau berebut mad’u kerana ini merupakan pemikiran yang kolot dan jahilliyah. Intima’lah dengan jamaah mana sekali pun asalkan jamaah itu mengikuti jalan dan cara hidup rasullulah serta mempunyai sifat sifat dan ciri ciri khusus Jamaah Islamiyah. mendabik dada mengatakan Jamaah yang dianuti kita itu jamaah yang betul  mendedahkan lagi sifat ketaksuban kita dan taksub ini adalah sesuatu yang dibenci Allah.

Semua jamaah yang wujud hari ini ada kekurangan dan kelebihannya. Bekerjasama itu lebih baik dari mendakwa dakwi yang tidak membuahkan amal.

Melaksanakan dakwah tanpa jihad dan tarbiyah adalah sesuatu yang pelik dikalangan pencinta Allah. Kerana jihad adalah sesuatu yang wajib bagi pendakwah. wajib kerana kita perlu membina kekuatan Iman, fikrah yang sohih, ilmu yang menfaat dan latihan kecekapan yang luar biasa dan untuk sampai kepada persiapan itu kita perlu melalui proses tarbiyah dan takwin secara bersunguh sungguh. Malah Tarbiyah itu ( Ilmu, tarbiyah dan jihad )  telah jadi satu rukun dalam dakwah islam dan tidak boleh ditinggalkan.

Tarbiyah merupakan sesuatu yang dharuri dan tidak boleh diabaikan untuk menghasilkan produk yang berqualiti. produk berkualiti itu adalah Rijal Mukminin yang benar benar berkualiti untuk melaksanakan tugas dakwah dengan ikhlas. Muhammad Ahmad Arrasyid mengukir kata kata Abu AlHasan Annadwi bahawa;

Jamaah mestilah melahirkan murabbi murabbi sebagai mujahid melaksanakan dakwah serta mentarbiyah rijal rijal lain serta memenuhi semua ruang kosong didalam harakah!

Amat pelik bin Ajaib kiranya kita lihat sesetengah jamaah, lebih lebih lagi jamaah politik yang meringan ringankan waqi’ tarbiyah ini lalu dalam jamaah itu lahirlah para amilin yang suka menghukum dan larut dengan isu semasa yang tiada kesudahannya sekali pun jamaah itu dipimpin para para tokoh tok guru, belum tentu dapat melaksanakan tarbiyah yang banyak simpang siur dan korner baring ini untuk melahirkan amilin yang benar benar memahami islam dan kerja tugas mereka.

Dalam semua harakah walaupun ramai rijal dan para amilin namun tidak semua dapat istiqamah dengan jamaah. Mungkin hebat pada mudanya dan futur bila kepenghujungnya. Mungkin bagi para akhawat, lazimnya hebat permulaannya. waktu menjadi student tapi larut dan futur bila terdedah kepada dunia dan kebendaan, suami dan anak anak. Memang kita sentiasa terdedah kepada bahaya dan mungkin jamaah akan kehilangan para amilinnya seorang demi seorang hingga dan akhirnya muflis dengan petugasnya. Kehilangan anggota jamaah pasti berlaku jika tidak berlaku proses yang betul.

Oleh yang demikian proses tarbiyah perlulah berterusan hingga akhir hayat sekali pun ianya seorang ulama’ atau tok guru. Memerlukan tarbiyah seperti Rasullulah ditarbiyah Allah sampai kepenghujungnya. Pimpinan kena sentiasa mengawasi amalan anggota anggotanya agar sentiasa istiqamah dan bertambah dan juga pimpinan kena memastikan setiap anggiota tidak melakukan perkara perkara yang bertentangan dengan syara’ dalam seluruh kehidupan anggotanya. Jangan memandang ringan terhadapa dosa sekalipun kecil. Juga jangan memandang ringan pada amalan yang kecil kerana kedua duanya ada efek yang melibatkan hati.

Seterusnya janganlah bairkan sifat at~ tasaahul dalam kehidupan bertanzim. Sifat ini akan menyebabkan seseorang kecundang dipertengahan jalan bila berhadapan dengan ujian yang mencengkam.

Hanya sekadar ini perkongsian.

Muharrikdaie

5 responses to “Syu’ur bir Ridha

  1. nuurhati June 11, 2009 at 6:59 am

    “Seterusnya janganlah bairkan sifat at~ tasaahul dalam kehidupan bertanzim”

    apa yang dimaksudkan dgn at-tasaahul ni ye?

    jazakallah atas perkongsian membina. sangat terkesan. suka karya2 pembakar semangat tarbiyah dan dakwah. teruskan berkarya.

  2. nuurhati June 11, 2009 at 6:52 am

    “Tidak dapat tidak, mesti dihasilkan rijal yang boleh melaksanakan dakwah, menguruskan kerjanya, mentarbiyyah rijal dan memenuhi segala vacuum. Mana-mana gerakan, dakwah atau institusi walaubagaimana hebat, kaya dan ramai manapun orangnya, ia sebenarnya terdedah kepada bahaya. Rijal-rijalnya akan pupus seorang demi seorang dan tiba suatu hari nanti ia akan kehilangan kesemua rijalnya.” [As-Syahid Hassan Al Banna]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: