Cemburu si Aisyah


cemburu

Cemburu Si Ibu Islam memang ketara! Hati mana yang tidak gundah gulana. Acapkali datang wanita kepada Rasullulah, Aisyah mula tidak tenteram hati nya. ” Jangan jangan diFulan ini datang menyerah diri untuk diperisterikan”. Begitu kata hati Aisyah. Begitulah ungkapan kekhuatirannya. ” Tidakkah aku lebih menarik perhatian beliau?’ Ujar Aisyah.

Cemburu bukanlah sesuatu yang negatif tetapi sesuatu yang diwarisi dalam cinta yang furqoni.

Persoalan yang berlaku pada diri Rasullulah SAW ialah beliau menikahi banyak wanita demi dakwah, jihad dan kesenambungan islam.

Seorang suami yang keluar lama dan jauh berdakwah, tetap kekal dalam kasih sayang Islami. Isteri yang telah lama melalui proses tarbiyah pastinya akan mensiqohi amal suaminya. Pasti tidak ada rasa ragu ragu dengan kejujuran suami dan menghalang perjuangan suami. Isteri yang sudah ditarbiyah pasti tahu menjaga kesucian dirinya kala ditinggal suami. Dia tidak akan menerima tetamu yang bukan mahramnya selama suami tiada. Memelihara harta dan mendidik anak anak comelnya dengan didikan akhlak islam dan sentiasa yakin dengan takdir Allah dan berbaik  sangka terhadap Allah dalam setiap keputusannya.

Bagi seorang suami, lapang dada adalah sesuatu yang wajib bagi dirinya kerana terkadang, sebagai seorang manusia, isteri pastinya hanyut dalam arus kemarahan dan membuat sesuatu yang tak sepatutnya didalam rumahtangga dan berubah sikap dengan sikap yang negatif terhadap suaminya dan tika inilah sisuami harus bersabar dan bersikap mulia terhadap isteri. Kefahaman yang mendalam terhadap Baitul Dakwah inilah yang akan membantu suami untuk berakhlak dan bertolenransi terhadap isterinya. Inilah hakikat yang tidak boleh kita tolak dalam menjalani bahtera rumahtangga yang berliku!

Rasullulah pernah menunjukan sikap lembutnya terhadap Hafsah ketika Hafsah berpaling semalaman dari baginda sehingga Umar r.a. memarahi anaknya itu dengan keras kerana anaknya berlaku biadap terhadap baginda sehingga keluhan Umar itu sampai kepada Baginda.Namun Rasul hanya senyum sahaja. Dan sikap inilah yang patut dicontohi oleh seorang suami yang ingin menjadikan Rasul idola mereka dan ingin menjadi suami yang ada personaliti. Sikap ini bukanlah bermakna suami tunduk kepada isteri tetapi inilah sikap kematangan seorang suami dalam mengendalikan sebuah Baitul Dakwah yang diredhai. Suami tidak sepatutnya untuk tidak mahu kalah dalam semua hal kecuali hal hal yang melibatkan Prinsip. Untuk hal hal kecil yang tidak melibatkan prinsip, suami perlu menerima kelemahan dan keluhan isterinya dengan rasa kasih sayang dan sifat keterbukaan.

Dan bergaulah dengan mereka secara patut. Kemudian jika tidak kamu menyukai mereka ( maka bersabarlah ). Mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan kepadanya kebaikan yang banyak
~ QS 4:9

Berwasiatlah kamu dengan cara yang baik kepada wanita sebab mereka dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok. dan sesungguhnya bahagian yang paling bengkok didalam tulang rusuk itu adalah bahagian paling atas. Jika kamu hendak meluruskannya secara keras dan paksa nescaya engkau akan patahkan dia dan jika kamu membiarkan, dia yang demikian akan sentiasa bengkok. Dan tegurlah dengan baik kepada wanita.
~ HR Bukhari Muslim

Sebenarnya jika kita teliti, kejayaan sebuah Baitul Dakwah itu terletak kepada suami yang berlapang dada, sabar dan sanggup menerima beberapa kelemahan manusiawi seorang wanita dan ianya menjadi simbol yang agung terhadap sesebuah rumahtangga. Seorang rijal rumahtangga pastinya dapat menyesuaikan diri dengan permasaalahan kehidupan berkeluarga dan tahu mengatasi dan mengelolakan konflik dalaman dan pergeseran hubungan suami isteri. Dia tahu pula bagaimana cara membelai lubuk jiwa isterinya dengan bijak, lembut dan cerdik.

Sesungguhnya seorang rijal. Seorang mas’ul. Seorang murabbi. Seorang pemimpin dan seorang lelaki yang benar benar lelaki dan berjiwa lelaki dan berkarakter lelaki dan suami yang didambakan adalah kecerdikan menguruskan rumahtangga dan bersifat, boleh menerima kekurangan isteri dalam semua hal dan disamping itu dapat memperbaiki kekurangan isteri dengan penuh romantis.

Kepimpinan yang baik dalam keluarga adalah kecontohan dan perlaksanaan masuliyah ( tanggungjawab ) yang diberikan kepadanya,

Kamu semua adalah pemimpin dan semua pemimpin bertanggungjawab diatas semua kepimpinannya. Dan setiap penanggungjawab adalah pemimpin, dan lelaki adalah pemimpin atas keahliannya, maka semua kamu adalah pemimpin yang bertanggungjawab atas rakyatnya   ~ HR Bukhari Muslim

Hendaklah kita meneruskan tarbiyah ini kerana islam menuntut kaum lelaki agar bergaul secara ihsan dengan pasangannya dan islam juga mengajarkan kepada para isteri agar patuh dan taat setia kepada suaminya dalam batas batas yang halal dan diizinkan. Dengan demikian kisah kisah cinta suami isteri akan menjadikan kita sebagai contoh untuk melaksanakan dakwah diluar sana!

Seorang da’i hanya akan berjaya didalam dakwahnya kepada ummah kiranya rumahtangganya adalah rumahtangga yang penuh dengan kasih sayang dan tolak ansur kerana dirumahtangga beginilah akan lahir sifat sifat kepimpinan dan sifat kelakian seorang lelaki. Jika tidak, Lelaki itu hanya tinggal nama dan bin sahaja.

Wallahuaklam
Muharrikdaie
8 pagi malaysia

3 responses to “Cemburu si Aisyah

  1. muharrikdaie January 12, 2011 at 4:41 pm

    Tinta emas~ Bukan saja rosak rumahtangga tapi boleh membawa penyakit jiwa yg kronik pada diri. TQ kerana ziarah.

  2. tinta emas January 11, 2011 at 12:57 pm

    Cemburu itu bibit2 kasih sayang. Tapi jangan biarkan api cemburu menguasai diri kerana ia boleh merosakkan hubungan dalam rumah tangga.

  3. ammura_umar June 12, 2009 at 10:36 am

    Betul tu. Rumah tangga yang nak dibina perlukan kefahaman, kesabaran dll untuk menggerakkan dakwah. Jikalau tidak, rumah tangga boleh runtuh, dakwah entah ke mana…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: