Epilog Pejuang Kerdil


Dimedan Dakwah dan Jihad. Aku hanya tumbuhan kerdil. Ingin menyumbang semampunya. Aku akan buat apa saja asalkan untuk Islam. Asalkan untuk keadilan. Asalkan untuk kemanusiaan. Asalkan berpahala. Aku pernah diintip kerana Usrah. Pernah disoal siasat kerana usrah. Pernah ditangkap kerana Reformasi. Pernah ditahan kerana demonstrasi. Aku ingin kebenaran. Aku mahu keadilan. Aku benci kemungkaran dan penindasan. Aku tak peduli. Aku ingin mati dijalan ini. Aku ingin mati penuh izzah. Aku ingin buktikan aku benar. Benar dengan syahadahku. benar dengan agamaku. Aku ingin rasa hidup didalam sirah. Sirah yang penuh kelukaan. Sirah yang penuh kesedihan. Sirah yang penuh airmata. Sirah yang penuh kepahitan. Sirah yang mengadaikan jiwa dan raga. Sirah yang meyatimkan manusia.

Jihad hakiki bukan hanya berusrah, berhalaqah dan berjamaah tanpa bergerak. Jihad itu Jiddiyah. Yang mengawal ruhani dari berbagai kepalsuan. Jihad itu berusaha keras. Bertekad bulat dan thabat. menembus perjalanan gelap. Jihad itu Iradah hakiki. Sifat suci dari Allah. Melawan nafsu. Jihad bukan hanya melawan makhluk illahi tetapi bertawaf didalm diri. Membersih mazmumah yang mengawali. hati kita yang  sentiasa basi.

Jihad perjalanan menuju Allah. Tidak kenal putus asa. Bersabar. Bertawakkal. mencapai jiwa mutmainnah. Jihad itu kemiskinan. tiada janji kelazatan.

Jihad sejati adalah …bila yakin bertemuNya. Yakin kembali kepadaNya. Dalam kesucian dan cahayaNya. Yang maha sempurna.

Jihad mengawal diriku. Dari mencintai. Dunia dan tarikan graviti. Ruh jihad ini semakin menjauh. Ingin meninggalkan bumi. Dan segala isi. Dan segala cinta. Dan segala dusta yang pernah memasuki hati. Sesungguhnya pejuang kerdil ini menuju kebenaran hakiki.

2 responses to “Epilog Pejuang Kerdil

  1. addin faqihah June 12, 2009 at 10:21 am

    salaam alayk…ni lagu bersempena ape benar??

    erm..ana dah update pasal accident yang berlaku kat cairo..saudara Ammar Zulkifli telah dijemput Ilahi..semoga nta dapat sedeqahkan Al-Fatihah buat arwah..

    Allah yubarik fik..
    ws

  2. nuruddin83 June 8, 2009 at 8:16 am

    (terpaku, dan tergamam membaca tulisan ini) Semoga Allah datangkan hidayah dan kekuatan buat diriku serta buat orang-orang yang ingin menyucikan dirinya dengan sifat mazmumah, serta meluruskan hati kita untuk tunduk patuh pada Allah dan kebenaran agamaNya, serta mencintai jalan Nya dengan sepenuh hati.. Tarbiyyah daripadanya itu sukar dan diiringi air mata, namun hasilnya melunakkan dan mendamaikan jiwa.. Sungguhlah nikmat usaha mujahadah itu, apabila Allah mendatangkan kejayaan buat kita di dunia, dan lebih manis apabila Allah tunjukkan balasanNya di syurga.. Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang sentiasa menyucikan jiwa, menjauhi dosa, dan mendapat rahmat ampunan Nya di akhirat kelak.. AMien…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: