Halaqah baru


 

 

Sempat bertemu adik adik UIA yang baru masuk matrik minggu ni. Seolah olah aku kembali ke kampus kerana diamanahkan untuk membimbing mereka. Bertaaruf dgn mereka membangkitkan nostalgia lalu. Melihat wajah wajah muda yang bersih yang berusia 18 tahun itu. Aku bangga. Usia semuda ini telah dikenalkan dengan jamaah dan tarbiyah. Tidak seperti aku dulu. Semangat aku berkobar untuk membimbing mereka. Cuma dalam hati aku berdoa, agar dapat menjadikan mereka murabbi yang dapat meneruskan kesenambungan perjuangan ini kerana kita amat ketandusan pembimbing didalam harakah ini.

Penat. Itulah iman. Nak cium syurga tiada pilihan. Dua perkara harus aku pegang. Jiddiyah dan Iltizam. Dengan dua inilah aku pegang sekalipun dalam kelemahan. Masa ku semakin sempit. Pemikiran kena sentiasa diupgrade. Kalau tidak usrah akan jadi rutin dan tiada ruh. Memang terkadang aku rasa stress. Kerana untuk melevelkan fikrah aku dan nak deliver fikrah dengan berbagai genre usrah bukan satu yang mudah.

Untuk Usrah akhawat, pekerja kilang ….. aku memang tak boleh sampaikan  bahan dalam bentuk intelektual. Bahasa juga kena jaga. Kena bahasa selevel mereka. Kalau tidak pasti mereka tak faham. Mereka ini cepat merajuk. inferior dll. Yang terkadang aku pun terbawa bawa sifat itu diluar usrah.

Bila bawa usrah Ummi pula. Terpaksa melayan kerenah dan masaalah rumahtangga. Cara penyampaian bahan juga kena sesuai dengan kesibukan mereka. Mereka lebih banyak bertanya dari mendengar. Banyak mencurah perasaan dan problematika rumahtangga.

Usrah Ikhwah pulak kena adjust lagi dan kini Adik adik yang masih muda. memang aku tidak ada pengalaman dengan mereka. Inilah pertama kali.

Aku akan guna apa saja. Segala uslub dan pengalaman harus digarap. Disamping doa yang harus dialirkan. memang aku banyak gagal dari berjaya sebagai pembimbing. Keluar masuk anggota dalam usrah perkara biasa.

Generasi yang lahir mutakkhir ini banyak perempuan dari lelaki dan umat sekarang amat memerlukan murabbiyah untuk mengisi kekosongan itu. Memang kita amat ketandusan akhawat yang berkaliber untuk mengemban tugas itu tapi sayangnya ramai yang tidak memberi keseriusan terhadap perkara ini dan terpaksa dipkul oleh ikhwah juga sedangkan permasaalah akhawat banyak yang tidak dapat diselesaikan oleh kaum adam.

Aku tak tahu sampai bila perkara ini berlarutan. Akhawat yang hebat hebat masa student sebagai kepimpinan yang amat diharapkan pasti berhenti selepas ijab dan qabul. Inilah realiti. Bagilah apa pun alasan. Masuliyah tidak boleh kita kesampingkan. Masadepan generasi akhawat  terletak atas kesungguhan kita hari ini. Kitalah penentu. Pintu amal untuk akhawat sebenarnya telah dibuka seluas luasnya oleh Allah pada semua para akhawat  supaya memasukinya dengan penuh iltizam.

Jangan kita syok dengan tarbiyah tapi meninggalkan dakwah. tarbiyah itu bukan hanya untuk kita tapi untuk kita kongsikan dengan ummat yang menanti. Kita hidup bukan untuk kita tapi adalah untuk orang lain. tarbiyah dan dakwah ibarat irama dan lagu. Tanpa salah satunya  sumbanglah perjalanan.

Kesedaran inilah yang perlu ada.

Hanya sekadar ini perkongsian.

4 responses to “Halaqah baru

  1. Hussaini June 21, 2009 at 10:40 pm

    Usrah…

    Bukan sekadar 3-4 jam bersama.
    Sungguh sukar mendidik hati-hati ini.
    Namun indah dan nyaman tika belaian ini menjana robbaniyah ummah.
    Semoga kita terus berjuang.

  2. novelist29 June 20, 2009 at 6:41 am

    salams
    tanpa usrah, jiwa bagaikan kosong…
    dahagakan seteguk ilmu..
    sangat rindukan liqa’ itu..

    salam ukhuwwah..salam kenal~

  3. Fadhilatul Muharram June 8, 2009 at 7:17 am

    great posting (again)…

    kunjungan rutin kemari…😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: