Catatan pengalaman seorang Murabbi


PERJALANAN
Kita tidak boleh terpedaya dengan seniority dan berlama dalam memimpin usrah tanpa dapat menghasilkan murabbi da’i yang menambah pewaris dalam mengemban dakwah dan meminpin halakah halakah baru yang sewajarnya diujudkan. Kita tidak mahu kita ” syok sendiri” dengan tugas ini tanpa memerhatikan output dari kepimpinan kita, kerana kejayaan seorang murabbi itu adalah apabila dia boleh mencetak seberapa ramai murabbi baru untuk mengisi ruang ruang kosong didalam tarbiyah. Murabbi yang telah lama melalui proses membina anggota sepatutnya lebih banyak menghasilkan kerja dengan sistematik dalam pelbagai bidang dan keputusan, dalam pelbagai ilmu dan thaqafah serta dalam pelbagai kemahiran dan kepakaran untuk diterjemahkan kepada anggota bawahannya.

Murabbi sepatutnya ada masterplan untuk menyusun usrah2 dibawah jagaannya supaya usrah ini sentiasa hidup dan mendapat suntikan suntikan baru dengan banyak diberi kerja dan tanggungjawab. Murabbi kena sentiasa melatih anggotanya secara praktikal supaya dapat mengambil tugasnya dan mengagihkan tanggungjawab yang dipikulnya sekarang supaya anggota tidak jumud dan tidak lengoh pinggangnya bersantai didalam usrah dan sentiasa bersedia untuk mengemban tugas murabbi apabila diperlukan. Ini adalah sebahagian dari tarbiyah didalam usrah kerana usrah bukan dihidupkan untuk berukuhuwah dan mendengar bebelan murabbi dan motivasi murabbi sahaja tetapi harus di tarbiyah dengan tarbiyah praktikal yang serius supaya dapat menghasilkan syuuriyah dalam setiap peribadi.

Murabbi harus sedar dan harus mempunyai syajaah untuk melepaskan usrah usrah dibawah kepimpinannya kepada seseorang anggotanya yang telah lama ditarbiyah dan dipercayainya. Berapa lama kita boleh terkejar kejar beribu batu setiap hari dan minggu untuk menguasai kesemua usrah kita dan jangka panjang kerja ini adalah kerja yang kurang berkesan yang mana sepatutnya kita patut agihkan kepada anggota yang telah lama dan matang dengan konsep usrah yang telah kita didik mereka sebelumnya supaya mereka ada syu’ur menjadi pemimpin akan datang.

Jamaah bukanlah “one man show ” kerana kita harus bekerja secara kolektif untuk merealisasi perjuangan ini.

Kesedaran pertanggungjawaban inilah yang patutnya kita sentiasa ingatkan kepada setiap ahli usrah yang telah lama kita pimpin agar supaya mereka ini sedar yang mereka sepatutnya telah lama bersedia untuk memangku dan memikul tugas murabbi apabila tiba masanya. Dan sebagai murabbi kepada usrah yang telah lama kita pimpin, terapkan dalam diri  mereka erti sebuah kepimpinan  dan tidak boleh menjadi passenger  sepanjang hayat dan lengkapkan diri mereka dengan sifat sifat mas’ul yang sepatutnya.

Kita kena sedar bahawa Allah memberikan perintah kepada hamba hamabNya yang ikhlas bukan hanya menyuruh kita untuk taat melaksanakan sahaja tetapi harus mengambilnya dengan quwwah yang bermakna Jiddiyah. Amat bersungguh sungguh.

Kita harus sedar bahawa jamaah islam ini hanya diwarnai oleh yang hanya bersungguh sungguh dalam perjuangan, bukan untuk orang orang yang suka bersantai santai dan bersenang senang kerana dunia ini diisi dan dimenangkan oleh orang orang yang ada cita cita, harapan dan dengan jiddiyah dan dan kekuatan tekad.

Kita jangan lupa bahawa kebatilan yang berlaku sekarang adalah diatas sifat sungguh sungguh musuh islam dan semestinya kita tidak lupa akan pesanan Ali yanag mana AlHaq yang tidak diurus dengan baik akan dikalahkan oleh Albathil yang ditata dengan baik.

Sahabat yang dirahmati Allah

Kita tahu Allah akan memberikan ganjaran dan darjat yang setingginya bagi yang sabar dan lulus dalam ujian kehidupan dijalan dakwah ini. Sebab itu kita juga kena bersedia dengan berbagai ujian kerana Allah tidak akan memberi ujian yang mudah mudah pada kita.

Disinilah kita harus faham hikmah yang Allah buat ujian itu bukan untuk menyeksa kita tapi  mengajar kita supaya bekerja dengan penuh jiddiyah dan komited kerana perjuangan suci ini bukanlah perjuangan sembarangan kerana bersamanya kita dengan perjuangan ini adalah bersamanya kita dengan idola kita Muhammad SAW yang akan memastikan kehidupan bahgia kita di alam ukhrawi nanti.

Kita adalah da’i dan kader militant kerana dakwah akan berkembang ditangan orang orang  yang memiliki militansi, semangat juang yang tak pernah pudar. Ajaran mereka melebihi usia mereka. memang usia kita dijalan dakwah ini tidak panjang  tetapi cita cita semangat dan fikrah kita akan tetap hidup seklai pun kita telah pergi ke perkuburan.

Bukan kader yang hanya terperuk dengan sikap assabiyah didalam usrah kita sahaja. Dikawasan kita sahaja. Kita juga jangan mengglamourkan diri kita, sehingga sepanjang kita menjadi murabbi, tidak seorang pun yang dapat kita didik untuk mengantikan kita. Tugas kita bukanlah seorang artis yang ingin diletakkan diatas podium tetapi kita adalah duat yang tidak memerlukan dunia glamour dalam berdakwah.

Kita sepatutnya sentiasa berinteraksi dengan sesama kita tanpa mengambil kira jamaah mana yang kita anuti sepertimana yang dilakukan oleh musuh musuh islam untuk kita berbincang dan berdiskusi tentang teknik teknik terbaru untuk mengrekrut duat dan murabbi murabbi baru. Kita harus menggunakan segala kepakaran yang ada dan perhubungan yang canggih ini  demi dakwah tercinta ini. Kita tidak boleh merasakan apa yang kita ada sekarang ini adalah hebat dan berkesan kerana kiranya kita berada diluar dari kepompong kita, barulah kita tahu kita ini adalah sebahagian buih yang tidak dapat dimenfaatkan. Kita tidak mahu usaha kita dan wang ringgit yang kita korbankan selama ini yang kita rasa cukup besar ini tidak dapat menatijahkan sesuatu didalam dakwah ini sehingga akhirnya, rupa rupanya kita hanya berada dipinggir dakwah.

Usrah dan halakat tempat kita mencetak kader ini sepatutnya telah lama berkembang kira nya kita serius memainkan peranan masing masing dan punya cita cita besar tapi sayangnya usrah kita hanyalah seperti kenduri doa selamat yang tiada natijahnya walaupun kita namakannya sebagai medan tarbiyah kita.

Umur Usrah yang panjang tiada maknanya sekadar hanya rutin mingguan tanpa ruh dan tarbiyah yang mapan dan tidak dapat dijadikan mesin untuk mencetak diri dan anggota kita menjadi bahan yang berguna untuk ummah dan usia kita yang panjang juga tidak ada gunanya kiranya tidak ada cita cita besar untuk menjadi pemimpin bagi ummah ini sebab matlamat kita hadir dibumi ini bukan untuk menongkat dunia tetapi membenarkan muahadah kita dengan Rabbul Jalil …

Sekadar catatan pengalaman untuk renungan.

Muharrikdaie

11.55 mlm Kuala Lumpur

3 responses to “Catatan pengalaman seorang Murabbi

  1. muharrikdaie September 16, 2009 at 6:33 am

    Alamak, dia ambik jenama sayalah tu ….atau secara kebetulan. Tapi kalau seorang ukhti, dia tak boleh pakai nama muharrik sebab muharrik tu untuk lelaki ….tak sesuai untuk wanita tapi apa2 pun …yang penting messagenya.

    Teruskan ziarah blog ana dan kenal2kanlah dengan kengkawan kat sana dan jangan lupa komen komenlah mana yang tak betul supaya saya dapat perbaiki …

    Jazakallah kerana sudi singgah.

  2. khalisah September 16, 2009 at 1:07 am

    salam ziarah..hurm tengah baca2 status ym kawan2 tadi..terjumpalah seorang ukht ni promote blog dia.. http://muharrikdaie.blog.friendster.com/ ..hoho ingatkan pemiliknya sama dengan blog ni rupanya penulis blog tu adalah ukhti tu..kira ada 2 orang muharrikdaie.. ana dah survey2 blog dia, best jugak penulisannya..ok teruskan menulis n ikhlaskan niat..wassalam

  3. khalisah September 16, 2009 at 12:24 am

    salam ziarah..minta izin nak copy beberapa entri dalam blog ana hehe..jzkk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: