Darah manis dan darah pahit


darah manis

Minggu ni bermulanya cuti sekolah. Banyak kad jemputan kahwin dah diterima. Kira punya kira ada enam jemputan. Pastinya semua kena dihadiri kerana dihantar by hand menandakan seriusnya ajakan itu dan mengharapkan kedatangannya. Makin bertambahlah berat badan yang dah semakin berat ni menjamah nasi minyak dan nasi beriani yang dihidangkan … Makin berkumpullah kolestrol dan gula dek banyaknya minum sirap dan air oren yang dihidangkan.

Itulah dia budaya rakyat malaysia. Budaya yang baik dari segi ukuhuwah.

Seronok juga nanti jumpa sahabat sahabat yang dah lama tak jumpa. Lebih lebih lagi sahabat student yang kawin awal awal dulu. yang dah ada anak yang comel comel dan wajah yang bertambah matang dengan melalui perjalanan rumahtangga yang seribu satu masaalah. Cuma yang tak berapa nak tahan adalah usikan dan cubitan jiwa dari kawan kawan lama … Kena prepare senyum banyak banyak supaya senyum itu akan menjawab usikan usikan nakal sahabat2.

Memang perkahwinan begitu membahgiakan pasangan kerana telah melengkapi deen ini dan banyak perkara melibatkan naluri dapat dihilangkan dan ruh pun akan cerah. Apalagi bagi seorang rijal dan lelaki akan bertambah pahala dari segi ibadat ibadatnya berkat dari perkahwinan.

Akan terjagalah makan pakainya. Tidaklah makan mee segera dan nasi ayam lagi bila kesuntukan masa. Akan merasalah makan air tangan isteri yang tercinta yang menambahkan hubungan intim yang romantis yang menjanakan sakinah warahmah dalam keluarga. Tidaklah lagi makan makanan yang dimasak oleh minah minah indon dikedai makan yang tak diketahui bersih sucinya. akan merinduilah minah minah indon pada kita yang selalu menjegah kedai makannya …. begitulah rencah kehidupan!

Bagi yang dapat team hidup seorang pendakwah, maka bertambahlah tanggungjawab dan kerja. Kena ada action plan baru untuk menghadapi kehidupan baru ini supaya tidak menggangu perjalanan dakwah dan tanggungjawab dakwah. Kiranya action plan ini tidak dirancang, ditakuti isteri atau suami yang dianugerahi Allah ini akan menjadi musuh kepada perjalanan dakwah dan dakwah akan terhenti dipersada perkahwinan. Islam tidak rugi apa apa. Tanpa kita pun, islam akan terus berjalan dengan Allah gantikan rijal rijal baru yang istiqamah. Oleh itu pasangan dakwah kena hati hati.

Rumahtangga adalah ujian paling besar bagi para da’i. Disinilah pembuktian iman kita sama ada boleh bertahan atau sebaliknya. Samaada iman kita akan terus online atau offline, terserah pada kita untuk mengarapnya melalui kefahaman yang ada.

Bagi seorang suami, tanggungjawab kepada isteri pun kena diberi perhatian serius kerana dosa yang dilakukan isteri pun akan tertanggung atasnya, apalagi bila dan ada anak anak maka bertambah tambahlah.

Bagi semua pengantin baru yang ingin melangsungkan perkahwinan. Saya nak ucapkan selamat menghadapi hidup baru agar Allah rahmati kalian dan dapat membina satu keluarga yang dapat menyumbang kepada deen ini.

Saya tidak mahu untuk bercerita tentang Baitul dakwah kerana ianya hanyalah satu teori saja… kerana bila dilihat dari perlaksanaannya kebanyakan dari ikhwah/akhawat kita, ramai yang tersasar dari cita cita sebelumnya apabila tuntutan baitul dakwah itu bertembung dgn kemewahan dan pasangan yang tidak serius dengan perjuangan kecuali bagi yang benar yakin akan perjuangan ini dan kesan pembinaannya!

Dua tiga hari ni, darah pengantin semakin manis …jagalah kemanisan itu sampai ke ujung nya  ….

Ada juga ikhwah/akhawat kita yang berkahwin terpaksa menuruti ahli keluarga untuk melakukan acara persandingan. Malang sekali. Disaat kita inginkan satu kerberkatan majlis, timbul perkara jahiliyah yang begini dan ada yang mengadaikan prinsip sebagai seorang ikhwah/akhawat demi tuntutan Ibu Ayah yang masih berkarat jahiliyahnya. Disinilah terkadang prinsip kita kena pertahankan dengan cara yang paling hikmah …

Jun ini memang jadual program amat ketat dan insyaalah 25 jun hingga 30 jun akan ke Jakarta dan ke Bandung bersama rombongan sahabat atas jemputan Ikhwah Parti Keadilan Sejahtera (PKS). Mungkin akan dapat idea idea baru yang akan aku kongsikan disini nanti dan juga peluang peluang perniagaan yang boleh kita belajar dari sahabat disana yang telah berjaya dalam pembinaan empayar perniagaan demi dakwah ini. Aku bangga melihat mereka telah berjaya mengujudkan berpuluh puluh boutique busana muslim. percetakan buku buku, pertanian dan hospital dan inilah antara tujuan lawatan ini.

Alhamdulillah disini kami telah dapat membina satu hospital bersalin dan klinik outpatien dan tentunya masaalah terbesar adalah tenaga pengerak yang berkurangan terutama para doktor yang boleh berkhidmat dengan imbuhan yang tak setimpal kerana kekurangan dana tapi alhamdulillah, sambutan amat menggalakan dan pastinya setiap apa yang kita kerjakan akan dibantu oleh Allah kiranya kerja itu kita buat atas dasar kita nak  meninggikan syariatnya dibumi ini …doakan.

Sekadar ini perkongsian ditghari jumaat ini.

Semuga darah manis yang akan melangsungkan perkahwinan akan terus manis dan darah yang nak mula manis dan pahit kembali bersabar dalam menghadapi segala tribulasi ini …

Agar hujung minggu ini membahgiakan.

Muharrikdaie

12.00 Jumaat

Kuala Lumpur

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: