Surat terbuka tentang Cinta ( True Luv )


Ukhty

Ketahuilah! memang aku mencintaimu.

Bukan cinta plastik atau cinta kosmetik. Bukan cinta remaja belasan tahun yang meletakan perasaan dan nafsunya sebagai maharnya tetapi cintaku adalah cinta yang matang.

Cinta yang telah aku istiqarahkan. Cinta yang telah aku doakan semenjak bertahun tahun dialam dakwah ini. Cinta yang di amin kan oleh para malaikat serta syuhada’ dakwah.

Cinta yang dititis oleh embun embun tarbiyah. Cinta yang ada izzah didalamnya.

Cinta yang tersusun indah  untuk didirikan Baitul Dakwah diatasnya dalam melengkapkan fitrah deen ini.

Aku tidak mahu mengatakan cinta ku pada mu adalah kerana Allah dan juga mengatakan mencintaimu kerana melabuh cintanya pada Allah seperti dalam lagu nasyid dan madah madah yang kita dengar dari Utube dan sebagainya!

Aku juga tidak mahu mengatakan cinta ku atas dasar agama untuk menghalalkan cinta kosmetik itu dan memperindahnya dimata manusia. Kerana bagi ku kalimat itu adalah kalimat palsu dan kalimah hipokrit semata, kerana seseorang yang mencintai seseorang itu  yang berasaskan Allah dan untuk Allah tidak akan menyebutnya secara murahan dan tidak akan menzahirkannya secara borong. Dan pengzahiran kalimat itu adalah tidak jujur dan bersifat taklid dan tidak suci disisi pencinta. Aku tidak mahu hipokrit dengan diri mu. lebih2 lagi dengan Allah!

Ukthy

Apa pun kalimat yang akan ku zahirkan, pasti akan dipertanggungjawabkan diakhirat nanti. Dan aku takut itu! Bagi aku, sekiranya kulafazkan kalimat cinta itu, biarlah Allah menjadi saksinya.

Jika benar cinta ku. Maka Allah akan membenarkannya. Jika tidak, juga Allah akan menyaksikannya! Selagi cinta itu tidak terbukti, selagi itulah cinta itu tidak boleh diyakini!

Seperti cerita seorang badwi yang diberi Rasul harta Ghanimah, dia tidak menerimanya lantas Rasul bertanya,

” Apa yang kamu mahukan? Dia menjawab ” Aku mahu anak panah itu singgah dileherku”. Sambil menunjukkan lehernya. Di satu peperangan dia Syahid terkena anak panah benar benar dileher yang ditunjukinya. Maka Rasul berkata memang dia ini ” Benar ” dengan katanya dan Allah membenarkannya sehingga ia memperolehi syahid

Benar kata , benarlah tindakannya.

Ukhty

Cinta yang benar bukanlah kalimat, Madah atau kata kata puisi yang sering dialunkan, dan terkesima. teruja, terpana sehingga longlai dan cairnya hati mendengarnya tanpa natijah dan ujungnya. Ibarat fatamorgana. Hanya harapan kosong dan membuang waktu bagi kita yang telah cukup dewasa dan melebihi usia bunga ini memikirkannya kerana banyak masaalah ummah yang perlu kita untukkan masa itu,  kerana kita adalah pendakwah yang didambakan oleh ummah!

Cinta yang benar memerlukan bukti!

Seperti Tarbiyah, memerlukan bukti. Bukti Tarbiyah adalah Dakwah. Tanpa berdakwah Tarbiyah adalah seperti air yang mustakmal, sia sia dan tidak menatijahkan amal. Malah akan melahirkan duat palsu yang riya’ dengan ilmu, suka berhujjah dan bermujadalah dan berperang dengan ilmu tanpa amal.

Bukti cinta yang benar itu adalah pernikahan.

Tanpa pernikahan, cinta itu dikerumuni syaitan, dijauhi malaikat rahmat dan dilaknat oleh hukum. Inilah cinta yang sepatutnya kita fahami.

Ukthy …

Cinta kita menjadi sepi kerana antara kita tidak berterus terang.

Kita tidak terbuka dalam berbincang.

Kita tutup pintu2 dan ruang2 perbincangan dan menjadikan hukum sebagai penghalang sedangkan apa yang kita nak perkatakan bukanlah sesuatu yang menyalahi hukum tuhan.

Kita tidak pernah mengenal secara terbuka, apalagi menuturkan sepatah dua kata apa lagi untuk bermain cinta yang tidak ada faedahnya malah mendatangkan dosa. Bicara yang aku inginkan adalah berbentuk bicara yang membina . Mengatasi masaalah2 yang perlu kita hadapi dalam membina baitul dakwah ini.

Namun kau terus menyepi. Macam radio tanpa bateri, tanpa tanya dan berkata dan aku pula terpaksa berdiam. Memendam masaalah yang perlu dikongsi lantas kita semakin jauh dan jauh sehingga kita tidak ketemu apa yang dicari dan terkhayal dialam fantasi sehingga lahirlah puisi puisi yang tak bererti.

Sesungguhnya Cinta ku terperangkap disini.

Bukan disebabkan aku tidak mahu meneruskannya tapi disebabkan sikapmu yang tidak memberi ruang kepadaku seperti yang telah aku katakan tadi.

Aku tidak berpengalaman dalam soal ini apa lagi persoalan ini untuk dicampuri oleh selain kita.

Kau sentiasa memberi alasan supaya berurusan dengan orang lain yang tiada kaitan dengan urusan peribadi ini yang terkadang urusan ini terlalu peribadi yang tidak sepatutnya orang ketiga tahu selain mu.

Aku tahu dan memahami hukum, kita perlu ada perantaraan untuk mengelakan syaitan mencampuri urusan ini tapi tak semua perkara kita boleh gunakan perantaraan, sedangkan perkara ini perlu kita perbincangkan bersama sebelum kita meneruskannya melalui pihak ketiga.

Ukhty

Ingatlah! Untuk membina mahligai dakwah diatas cinta ini, memerlukan perancangan.

Sekalipun cinta yang datang kepada kita ini tanpa di rancang dan berbentuk ” kun faya kun ” tapi membinanya memerlukan waktu kerana kita terikat oleh adab adab dan adat.

Kita kena hormati orang tua kita, mendahului orang luar  dari mereka adalah sesuatu yang ganjil pada mereka dan ia sebahagian dakwah kita untuk menghormati mereka.

Mereka juga ada hak keatas kita. Kita tidak boleh gopoh kerana kegopohan itu adalah dari syaitan. Kita kena ingat, kita adalah qudwah kepada dakwah ini. Apa pun yang kita lakukan menjadi perhatian masyarakat. Kiranya sedikit kesilapan yang kita lakukan, kita akan terfitnah dan dakwah serta islam menjadi mangsanya.

Ukhty

Persiapan ini juga menghalang aku untuk menjangkaunya dalam masa terdekat. Sebab dalam hidup ini , aku tidak pernah terfikir untuk cinta dan membina institusinya.

Segala kehidupan aku, aku wakafkan untuk dakwah tanpa aku terfikir tentang aku. Mungkin aku memerlukan setahun dua untuk mengemaskini kembali akaun akaun aku dan persiapan untuk kita.

Aku tak boleh melamarmu dengan sebuah quran.

Atau dengan qul huallah atau dengan fikrah dan dakwah aku kerana realiti hidup kita dengan zaman nabi dan para sahabat amat berbeza.

Kita hidup dalam realiti kita. Realiti kebendaan. Realiti manusia tidak tahu apa itu qanaah dan sunnah.

Kita boleh buat begitu tapi dakwah akan terfitnah. Diri kita pun ada izzah dan maruah yang perlu dipelihara.

Umar pernah berkata ” Kamu hidup dizaman kamu, hanya kamu yang tahu realitinya”. Oleh itu kita kena pelihara uslub ini kerana tubuh badan kita adalah dakwah. Syaksiyah kita adalah syaksiyah islam dan kita kena pertahankannya mengikut arus masa.

Ukthy,

Inilah perkara yang ingin aku bincangkan dengan mu tapi kamu sentiasa menyembunyikan diri dan berselindung dibalik tirai hukum ektrim yang kau taklidkan sehingga aku termanggu manggu menanti saat perbincangan itu.

Sehingga aku tidak tahu bila masanya dan waktunya kau izinkan aku untuk bertaaruf dan kau juga pernah berjanji ingin menceritakan tentang dirimu pada aku tapi aku seperti menunggu salji yang turun dibumi malaysia ini.

Itulah kita dan hingga saat ini aku tidak tahu nak meletakan akan keadaan kita! Apakah ada penerusan ini atau ingin kau biarkan aku terapung ditengah laut persoalan yang entah bila akan berakhir!

Atau ingin kau khatamkan cinta ini tanpa adab seperti beradabnya cinta itu datang kepada aku.

Ukhty

Aku bukan perayu cinta dan pengemis cinta.

Sesungguhnya cinta yang terbit diufuk jiwa ini pun tidak ku jemput kedatangannya.

Dan aku tidak tahu kenapa aku sambut cinta itu dengan penuh kejujuran, dengan jiwa keputihan dan haruman kerana sebelum ini aku tidak pernah memikirkannya dalam hidup ini.

Namun aku bersyukur, meskipun ia datang mengeruhkan hatiku dan mengecewakan sedikit ruh ku tapi sekurang kurangnya aku dapat ibrah pengalaman mengenali seorang wanita sepertimu.

Ukhty

Secara peribadi, aku menghormatimu.

Dengan syaksiyah dan cinta mu pada deen dan dakwah inilah yang membuatkan aku dapat merasai pesona cinta itu.

Pesona dengan maraknya perjuanganmu dan sifat semulajadi mu sebagai seorang pemimpin.

Memimpikan aku untuk memiliki jiwa mu untuk melahirkan dari rahimmu generasi pewaris yang akan menyambung perjuangan yang tidak ada noktah ini!

Aku bukanlah seorang pencinta romantis untuk memuji mu berlebihan sekadar untuk menarik perhatianmu.

Apalagi untuk mengundurkan keputusanmu, tapi aku ingin menyatakan kebenaran dan kelebihan yang ada pada mu yang perlu kau pertahankan dengan kemapanan tarbiyah yang harus kau wujudkan agar pesona sebagai bintang dakwah itu tidak akan pudar dengan mendung dunia yang semakin pekat ini.

Kau punya segala kelebihan yang Allah berikan dalam hidupmu. Dan aku yakin pastinya kau gunakan semuanya itu untuk deen ini. Juga aku yakin satu hari nanti pasti Allah akan ketemukan dengan orang yang selayakmu.

Seorang rijalludeen yang rabbani yang serba sempurna untuk menjadi peneman hidupmu dijalan dakwah ini.

Ukhty

Jika malam ini malam terakhir dan tertalaqnya cinta kita disini….

Aku serahkan padamu.

Bagiku biar pun kita terpisah diatas cinta peribadi ini, aku amat mengharapkan kita tidak terpisah ukuhuwah dijalan dakwah ini.

Agenda peribadi dan cinta kita hanyalah sekelumit dari dakwah ini.

Aku harap kita kan dapat terus berhubung diatas jalan dakwah. Berkongsi segala perkara tentang dakwah. Kerana Cinta kepada dakwah ini dan matlamat dakwah ini lebih besar dari kisah kisah kita.

Ukhty

Aku rasa, aku telah sampai kepenghujung bicara.

Aku mohon kemaafan kerana menjadikan surat cinta aku ini, surat terbuka untuk ditatap oleh semua yang mengziarahi blog aku.

Aku buat begini kerana aku tiada pilihan. Apa pilihan aku ukhtiy?

Sekurang kurangnya adik adik aku disini, kawan kawan aku disini dapat mengambil ibrah dari cerita cinta ini bahawa cinta amat memerlukan ketelusan dan kejujuran.

Dan sebenarnya kita salah dalam bercinta kerana menyembunyikannya diujung perasaan yang dicengkam oleh sifat  ego kita sehingga cinta yang kudus ini menemui ajalnya dipenghujung jalan ….

Ukhty

Seandainya masih ada lagi ruang ruang kosong dihati mu, marilah kita isi dan jernihkannya kembali dan sekiranya tiada lagi biarlah kita akhirinya dengan penuh kemuliaan.

Aku amat sedih ukhty! Namun apa yang boleh aku katakan!

Insyaalah. Doakan ketenangan aku.

Kepada Allah aku mohon keampunan dan mudah2an kita dikurniakan iman yang kuat dalam mengharungi kehidupan yang masih panjang ini.

Muharrikdaie

12.00mlm

8 responses to “Surat terbuka tentang Cinta ( True Luv )

  1. Cikgu August 6, 2011 at 10:18 am

    Sepahit jadam yang harus ditelan untuk melegakan kesakitan akibat sakit yang berkaitan, begitulah pahitnya realiti yang harus ditelan. Dua tahun telah berlalu, meninggalkan segala duka lara perit dan hiba yang menyentak jiwa…biarkan kesedihan itu pergi bersama redhanya diri pada ketetapan Ilahi… Dan izinkan pelangi berlabuh setelah gerimis…demi mengembalikan senyuman alam lantas merancakkan tasbih cinta alam pada penguasaNya…

  2. hanisaleeya March 10, 2010 at 3:02 pm

    SalaAm..

    Dahulu, sebelum mula mencintai dia..
    Sudah ana istikharahkan..
    Dan ternyata wajahnya yang menyapa mimpi..
    Jadi ana terus menunggu..
    Biarkan masa itu berlalu..
    Mungkin ana belum siap lagi untuk jadi isteri..
    Belum cukup ilmu untuk jadi guru..
    Belum cukup amal untuk jadi pembimbing..
    Belum cukup sabar untuk jadi ibu..
    Makanya dia dijauhkan dulu dari ana..
    Untuk ana menyiapkan diri
    serta sepenuh jiwa raga
    untuk diberikan dalam sebuah ikatan
    bernama munakahah..

    (Akh, ana masih menanti.. Kapan kita ketemu lagi?)

  3. qalamdandakwat October 23, 2009 at 6:19 am

    😦 tumpang sedih

  4. Fadhilatul Muharram July 16, 2009 at 6:40 am

    subhanallah.. sabar ya pak cik… jikalau memang jodoh ya pasti akan disandingkan berdua di pelaminan oleh Allah SWT.🙂

    btw, would you like to write something for me? actually i need 22 notes of friends for my birthday @ september. would mind including of them? the theme is “how worth life is?”. and it due on 30 july 2009 (two weeks from now). let me know if it’s done then send it to my email (thefirstdhila@yahoo.com)

    jadi, dikau mau ke jakarta pak? kapan? untuk urusan? salam semangat dari masyarakt indonesia.

    • muharrikdaie July 16, 2009 at 7:12 am

      I m going to Jakarta on 17/7/09 to 24/7/09 Conference. Hotel millineum sirih.

      Waduh 22 notes? Enggak ada waktu …. Insyaalah I will email you later …

      Thanks for ziarah.

      • Fadhilatul Muharram July 16, 2009 at 9:58 pm

        pak cik, tampaknya anda salah pahamm.. begini, saya butuh 22 tulisan yg ditulis oleh 22 teman. nah, pak cik hanya cukup menulis satu tulisan saja (21 teman yang lain pun hanya menulis satu juga). begitu… tulisannya dalam bahasa inggris. gimana pak?? bisa tak? tulisan berbahasa inggris dengan tema: How Worth is Life.

        makasiihhh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: