Merisik Khabar


merisik khabar

Semalam aku bertanya …apa khabar diriku?

Seorang hamba tidak disebut bertakwa sebelum menghitung dirinya sendiri sebagaimana dia menghitung temannya; darimana pakaiannya dan dari mana makanannya?

~ Mahran bin Maimun Rahimahullah

Wahai sahabat
Apa khabar iman mu
Semalam aku bertanya tentang aku
Malam ini aku bertanya padamu
Bukan kerana aku menyibuk akan hal kehidupanmu
tapi …aku sahabatmu dan aku sayangkanmu
dan mengambil berat tentang dirimu sekalipun kau tidak mengetahuinya

Bagaimana kau pagi ini wahai Harith? Rasullulah bertanya harith bin Malik AlAnsari kerana mengambil berat akan diri sahabatnya. “Pagi ini saya menjadi mukmin sebenarnya”. Kata Harith.  “Perhatikan apa yang kau katakan itu wahai harith kerana ada tandanya”. Kata Rasullulah. ” Apa tandanya keimananmu?” Harith pun menjawab ” Aku lenyapkan diriku dari dunia. Aku berjaga dimalam hari. Aku berpuasa disiang hari. Aku seperti melihat Arasy Rabb begitu jelas. Seolah aku melihat ahli syurga saling berkunjung didalamnya.Seolah aku melihat ahli neraka saling mencaci didalmnya.” Kemudian Rasullulah Saw mengatakan ” Engkau telah tahu dan benarlah, maka istiqamahlah, konsistenlah …..rasul mengulangi sehingga tiga kali.

Perhatikanlah perkataan Harith wahai sahabatku. Ia seorang soleh yang menyedari bahawa dia akan bertemu Allah, kerana itu dia meletakan program untuk dirinya, tarbiyah dzatiyah buat dirinya kerana dia tahu dia takkan lepas dari pandangan Allah sahabatku. Allah berfirman

Dan dia bersama kalian dimana pun kalian berada. Dan Allah maha melihat apa yang kamu kerjakan

~AlHadid ;4

Lihatlah sahabat ku, harith telah menjadikan Allah selalu berada dipelupuk matanya dan sedar bahawa Allah sedang memantau kehidupannya. Bolehkah kita lakukan itu wahai sahabatku. Jika kita merasakan begitu wahai sahabat ku, pastinya kita tidak dapat bermaksiat padanya.

Apa khabar duniamu?

Mungkin kau telah beroleh segalanya. Berjaya dalam cita citamu setelah engkau merangkak bertahun tahun memburunya. Aku cemburu melihat kegigihanmmu dan bangga akan kejayaanmu sekalipun dapat kurenung dari jauh. Bersyukurlah! Kejayaan itu adalah amanah dan amanah itu adalah berupa masuliyah yang pastinya jika dilaksanakan, akan beroleh jannah. Cuma ingatan ku, jangan kau jadikan ia barang dagangan untuk kau jual dengan sifat riya’ dan ujub. Jangan kau jadikan ia sebagai tugas utamamu kerana tugas sebenarmu adalah dakwah dan kejayaan itu adalah alat untuk kamu mengarapnya dan sebagai wasilah menuju keredhaan Allah. namun aku yakin sekali bahawa kamu tidak seperti itu …kamu yang kukenal. Cuma berhati hati dalam merentasi hidup ini. Syaitan dan nafsu tidak pernah melupakanmu.

Apa khabar Ibadahmu?

Insyaalah dan aku yakin kamu memeliharanya semampu mungkin. jagalah ia.Tambahilah. Cuma ingatan ku padamu dan untuk aku juga, Jagalah kekusyukan Solat waktu, pertingkatkan qualitinya. Jaga solah rawatibmu. Programkan solah dhuhamu.Tahajjudmu.Witirmu.Kerana itulah kekuatan dan senjata kita dijalan dakwah dan jangan diabaikan dan tinggalkan tanpa sebab kerana solah solah sunnat itulah yang mengakrabkan lagi hubungan kita dengan Allah yang membolehkan Allah menolong kita dalam memimpin ummah. Pastikan selawat 100X sehari, zikir Allah Allah 1000x sehari Istighfar 100x dan zikir thoiyibbah 100X agar semua ini dapat menyucikan jiwa jiwa kita dan melembutkan hati. inilah amalan para duat sahabatku yang aku rasa engkau pun tahu cuma aku takut kita mengabaikannya dengan alasan kesibukan.

Apa khabar usrah dan dakwahmu?

Aku yakin kebolehanmu memimpin kerana kamu ada sifat sifat itu cuma banyakkan tanam sifat kasih sayang dari sifat pengarahan dalam memimpin halakat kerana sifat itulah yang akan mencairkan jiwa jiwa yang keras.Aku sentiasa berdoa agar kamu dapat melahirkan sebanyak banyak murabbi untuk berkhidmat dijalan dakwah ini dan pastikan semangat juangmu terus membara.

Hanya itu pertanyaanku dan aku mengharapkan doamu agar diriku juga dapat kekuatan sepertimu. Doakan kesihatan aku dan doakan juga agar Allah matikan aku dijalan dakwah ini kerana aku ingin mengecap kemanisannya seperti yang telah dilalui oleh pendakwah terdahulu.

Salam ukuhuwah dariku sahabatmu
Muharrikdaie
2.45pm Kuala Lumpur

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: