Menjejak Tarbiyah ddlm Sirah


menjejak sirah

Dulu waktu mula mula memimpin halakah aku amat suka membaca buku buku motivasi kerana aku tiada panduan dan hanya bergantung kepada pengalaman menjadi mutarabbi. Namun masa terus berlalu dan segala teori yang pernah aku lalui dengan buku tidak sama dengan apa yang kulalui apabila memimpin. Ruh pengalaman amat berbeza dari apa yang ada dibuku buku motivasi.

Term term yang ada di buku motivasi yang banyak digunakan oleh Steven covey banyak diceduk dan digunakan oleh penulis penulisnya untuk disesuaikan dengan pembinaan halaqah. Begitu juga training yang dilalui oleh penjual penjual direct selling menggunakan perkara yang sama, untuk membina down line mereka. Bezanya upline direct selling mendapat bonus dan overiding dan downlinenya hanya dapat semangat dan keuntungan yang sedikit dan bagi yang didalam halaqah, murabbinya hanya dapat menyampainya dengan execellent dari segi teori namun ruh penyampaian kepada mutarabbi tidak terkesan kedalam jiwa. Sebab itu didalam marhalah taasis pun terkadang mengambil masa yang lama untuk melahirkan para amilin dan terkadang ramai juga yang gugur tanpa sebab …

Bukan mereka tidak faham setelah mereka didedahkan dengan pemikiran global thinking dll, tentang spirit, tentang breaking the limit tentang seven step, tentang the new paradigm in tarbiyah, motivation, trilogi tarbiyah dan berbagai istilah yang kalau diamal dan dipraktiskan pasti menjadi insan cemerlang atau kader hebat sebagai jundullah.

Baru ku tahu bahawa keberkatan ilmu dalam pembelajaran amat penting. Salsilah berguru dan bermurabbi juga penting dan pengalaman dalam mendidik juga penting dalam melengkapkan diri sebagai murabbi yang qawi.

Bila aku mengkaji sirah, sedikit sebanyak baru ku tahu bahawa disitu terlalu banyak motivasi dan cara pendidikan yang dibuat oleh Rasul dan para sahabat dan juga khalifahtul Rasyidin yang diceduk oleh pakar pakar motivasi untuk mengujudkan fast learning lalu disebarkan kepada murabbi instant yang malas mengkaji sirah dan perjalanan para sahabat lalu keberkatan dalam memimpin dan natijah kepimpinan tidak mendatangkan kesan yang baik pada halaqah.

Oleh itu sebagai murabbi kita kena kembali kepada pokok dan asal ilmu itu sendiri serta keberkatannya. Adalah lebih ‘aula kita membuat sesuatu program  ” Pembedahan sirah ”  digging tarbiyah from sirah, from khilaffah ArRasyidin supaya sumber asal tarbiyah tidak kita lupakan disamping kita mengali teknik teknik baru untuk disesuaikan dalam melaksanakan pentarbiayahan disamping dapat mendekatkan lagi mutarabbi dengan sirah dan memasukan sirah dalam diri mereka supaya lahir kecintaan kepada Rasullulah dan para sahabat dari kita mengkaji dan membedah buku2 motivasi yang terkadang kita lebih mengenali penulis buku itu sendiri dari sahabat sahabat Rasullulah dalam melaksanakan tarbiyah yang barakah.

Hanya pada mu sahaja ya Rasullulah keindahan tarbiyah itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: