Waktu tidur telah berlalu


Renungan

Sebagai generasi penghujung zaman dan diberi kelebihan oleh Allah dengan menyintai Rasullulah dikala tidak melihat wajah dan hidup bersamanya, menjadikan kita umat yang dikasihi seperti yang pernah disebut oleh Rasullulah!

Bertuah kita memang bertuah, diberi islam tatkala jahiliyah melebarkan sayapnya. Bertuah kerana kitalah umat yang diharapkan untuk menyelamatkan manusia dan ianya merupakan tanggungjawab yang besar yang harus kita pikul dan kita kena marketkan fikrah ini ditengah masyarakat agar dapat kita bangunkan semangat baru kepada massa untuk bersama mengemban misi yang penuh ujian getir ini.

Kita jangan biarkan masyarakat terus jahil dengan kefahaman islam yang mereka anuti kesekian lamanya selepas penaklukan melaka yang hanya tertumpu kepada juzuiyah semata, ibadah ibadah rutin dan spiritual, apalagi dewasa ini dipengaruhi oleh Islam liberal yang kian menjalar dikalangan masyarakat. Musuh tidak pernah lekang dengan agenda mereka dan kita yang telah melalui proses takwin ini tidak sepatutnya berdiam lagi.

Kita tidak memiliki jalan lain untuk mereformasikan mereka kecuali dengan jalan tarbiyah. Jalan sunnah yang telah dipelopori generasi pertama dan tanggungjawab yang berada dipundak kita ini amat besar.

Oleh itu semangat halilintar kita diatas tanggungjawab ini harus menjadi pemangkin kepada kita untuk sedia mengikhlaskan amal dan meningkatkan qualiti jundiyah dan hamasah yang a’la untuk melakukan dakwah ini dan tidak mengabaikannya tetapi memikulnya dengan kekuatan!

Peganglah teguh teguh apa yang Kami berikan kepadamu dan ingatlah selalu apa yang ada didalamnya, agar kamu bertakwa

QS Baqarah ~63

Generasi muda, intelektual muda tidak harus memandang ini hanya sebagai pandangan biasa tapi harus memandangnya secara serius. Bukan serius sekadar berkata atau serius dalam berteori dan berhalaqah tapi harus bergerak dan mempersiapkan diri untuk meninggalkan kehidupan yang tenang, senang dan mewah kerana bara api yang digenggam ini bukanlah bara yang untuk dilepaskan bila terasa panas tapi harus digenggam selamanya selagi daulah tidak dimahligaikan.

Teringat hadith  Rasullulah berkata kepada khatijah setelah ditaklifkan Allah

Waktu untuk tidur telah berlalu wahai Khadijah isteriku

Memang waktu tidur kita telah berlalu dan kita harus memiliki masuliyah untuk berbuat demi deen ini dan bersiap siap dengan persiapan yang sempurna untuk memenuhi yang diperlukan iaitu jiwa dan tenaga. Kita kena munculkan dalam diri sifat independent dan tidak menunggu arahan dan perintah untuk menunaikan masuliyah dan tugas. Kita juga kena mempunyai soul dan perasaan ketuhanan diatas tugas ini agar ianya muncul secara fitrah didalam diri kita. Inilah soul atau perasaan dalaman yang perlu ada selain kekuatan jundiyah dan semangat yang berkobar.

Deen ini amat memerlukan kehangatan yang mendidih dari akh/ukht terhadap masuliyah dan pemikiran yang tidak pernah berhenti siang dan malam demi melaksanakan masuliyah ini.

Akh/Ukht yang dikasihi ..

Seorang Da’i harus dapat merasakan bahawa dakwahnya sentiasa hidup didalam sarafnya. Menyala didalam hatinya. bergejolak didalam sanubarinya sehingga mendorongnya dari sikap istirehat dan kesenangan kepada sikap bergerak dan bekerja serta menyibukkan dirinya dengan dakwah dari dirinya sendiri keluarganya dan hartanya.Inilah dia Da’i yang jujur, yang imannya merasakan bahawa dakwahnya berkobar didalam pandangannya, geraknya, isyaratnya dan perilaku yang bercampur dengan embun wajahnya.Dia selalu ingat dengan dakwahnya baik ketika tidur mau pun terjaga, ketika makan dan diantara keluarganya, ketika diam, dalam musafir dan dalam jamaahnya.Dakwahnya adalah masaalah utama yang selalu hadir dalam setiap waktu dalam hidupnya.Ia adalah ruh kehidupannya, intinya dan urusan hidupnya diujung kehidupannya

– Ustadz Al~Bahy Al~khouly

Akh/Ukht ..

Sekadar ini yang mampu ana catitkan dimalam ni buat tatapan sebagai pengisian ruhiyah kita agar menjadikan kita sentiasa dapat memperbaharui Iman dan takwa kepada RabbulJalil.

Muharrikdaie
Maghrib 7.30mlm
11 May 2009

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: