Maggi dan Da’i


DSC02744

Dalam aku menjamah maggi yang masih panas ni aku terbayang diri aku. 10 tahun dulu. Waktu aku mula berjinak dengan dakwah. Aku juga semacam maggi. Mee segera. Aku jadi pendakwah segera. pendakwah yang tak punya apa apa. Cuma berbekalkan ketayap putih dan sedikit semangat untuk bercakap.

“Sudah saat nya kita membangun”. Begitu kata kata naqibku 10 tahun dahulu. ” Kita tak boleh tunggu banyak ilmu baru nak berdakwah. Sumbang apa yang ada. Kalau tahu ambik wudhu’ ajar orang ambik wudhu’. Sampaikan walau satu ayat pun. Disamping itu kita kena belajar dan terus belajar dan insyaalah Allah akan bantu. ” Barangsiapa yang mujahadah dijalan kami akan kami tunjukkan jalan jalan kami”. Begitulah semangat yang diberi oleh naqib pada waktu itu. Terkebil kebil mata aku namun dalam hati aku bersemangat.

” Biarlah orang kata kita pendakwah instant. Mee maggi. mee segera. Pedulikan. Ingat kisah lukman bersama anaknya naik keldai pun salah, turun keldai pun salah, dua dua naik pun salah dan tak naik langsung pun salah. Itulah persepsi manusia. Kita jangan dengar cakap manusia. Kita kena dengar seruan Allah. Seruan Rasul.” Begitulah semangatnya Almarhum naqib ku mendidik dan mengasuh aku.

” Khatamkan Usul Isyrin ini dan fahamkan baru kamu akan nampak tasawur islam ni. Tak lah kamu seperti beberapa orang buta memegang gajah. Bila ditanya si A macam mana gajah, dia akan kata gajah itu belalai. Di tanya si B. Dia akan kata gajah itu gading. Di tanya si C. Dia akan jawab telinganya lebar. Ana tak mau antum faham islam macam orang buta. Islam bukan solat, bukan puasa, bukan haji dan bukan juzu’ juzu’ tapi adalah cara hidup. Dari bangun tidur sampai tidur bailk. Itulah islam. Kita hidup terikat dengan hukum. Setiap pergerakan kita adalah hukum. Sunat, mubah, wajib, makruh dan setiap yang kita lakukan adalah dosa dan pahala. Oleh itu hati hati. Saydina omar kata, orang mukmin hidup didunia ini macam jalan atas duri. Kena hati hati. kalau tersilap akan terluka. Akan berdosa”. Terngiang ngiang suara parau naqib ketelinga aku.

Itulah bermulanya da’i kerdil ini mengutip pengalaman. Aku masih ingat lagi bagaimana pengalaman pertama dimedan dakwah, malam tahun baru usrah kami ke Dataran merdeka memberi risalah kepada pengunjung2 yang nak menyambut tahun baru. Menyedarkan mereka agar tidak bermaksiat, Kami diludah dan dimaki, diejek dan disenda dan baru aku dapat rasa tika itu peritnya memegang islam ini. Sukarnya nak selamatkan orang yang lemas. Kiranya kita hidup dizaman Rasullulah, rasanya memang tak mampu menghadapinya. namun pengalaman itu memberikan aku sifat syajaah. Keberanian yang tinggi. Kiranya kita hanya duduk didalam usrah dan tarbiyah sahaja dan tidak terjun kepada masyarakat pastinya kita tidak akan dapat merasai pengalaman itu. Jadilah kita da’i yang sakit pinggang dan sakit tulang belakang kerana lama duduk. Da’i kena bergerak. Kena seimbang.

Memang manis dakwah ini. kemanisan inilah yang membuatkan aku masih disini. Menahan ombak jahilliyah. Memerangi nafsu yang yang sentiasa melemahkan. Aku semakin matang dalam dakwah. Bukan lagi mee maggi kosong. Tapi mee maggi yang telah ditumis dengan bawang putih dan bawang merah. Tumisan yang dah pecah minyak. Telah dimasukan sayur direbus hingga masak dipecahkan telur didalam nya. Di potongkan cili dan ditabur bawang goreng.

Itulah Aku. Maggi yang telah direncahkan untuk santapan umat.

Muharrikdaie

16/5/09 11.30pm

2 responses to “Maggi dan Da’i

  1. hamba May 21, 2009 at 10:22 pm

    salam ziarah… betul tu.. boikot Megi heheh…
    jangan makan megi banyak sangat.. banyak MSG… ;)…

  2. bintang May 18, 2009 at 4:41 pm

    p/s: maggi termasuk jenama yg diboikot… jom boikot! =)selamatkan palestin..duit kita bkn utk beli peluru…maaf,tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: