Syahadah kita adalah dakwah


dakwahku

Duat yang dikasihi …..

tinta ku semakin membara hamasahnya.

Menyeru dan memanggil namamu agar terus bergerak mengikut manzilah dakwah yang tercabar dan semakin dipinggirkan. Tidak malukah syahadah yang kita ucapkan tapi berdiam kaku seperti robot yang tidak bernyawa. Lantas bermimpi dan hanyut dengan ayunan dunia. Berkhayal dengan khayalan yang memang takkan muncul sehingga syahadah itu dibuktikan dengan kerja dan perjuangan yang tiada noktah ini.

Dakwah dan perjuangan tidak memerlukan sijil yang berjela atau menunggu jawatan yang disandang sebagai seorang yang pro. Ianya memerlukan kesungguhan. Jiddiyah yang tinggi. Siapa pun kita, kita tidak boleh meminggirkan dakwah dan jihad didalam kehidupan ini. Manusia yang ada maiyatullah ( Penyertaan Allah ) pasti menjadikan jihad dan dakwah sebagai pakaiannya. maiyyah Allah menuntut kita memposisikan diri bukan hanya sebagai hamba dan makhluknya tetapi sebagai junudNya ( perajurit ) yang sentiasa bersiap siaga melaksanakan perintahnya.

Bagi yang telah lama melalui proses tarbiyah  tidak sepatutnya meletakkan diri dalam ranking taksis yang biasa dan menjalani kehidupan yang seadanya dari segi dakwah dan komitmentnya, sekirannya ia ingin untuk berada di manzilah al-ulya ( kedudukan tinggi). Memang kita sukar untuk menjadi duat seperti quran yang berjalan kerana kelemahan2 tertentu tetapi jangan kita lupa bahawa kita kena mengerakkan syahadah kita ketengah ummat dan bukan hanya antara dua bibir yang tanpa makna. Kita harus menerangi sesiapa saja dengan syahadah ini.

Seandai aku dipilih selain menjadi selain manusia, maka aku akan memilih untuk menjadi bulan purnama.  Untuk menerangi manusia.

Al-Banna

Tak lama lagi bahkan dimalaysia graduation akan bermula july ini. Seperti biasa beribu graduan akan keluar selepas melambung topi empat segi peninggalan penjajah beramai ramai tanda kesyukuran yang tidak mengikut sunnah sehingga yang didalam tarbiyah pun berakhlak begitu. Saban tahun, aku terus menanti jundi jundi baru untuk mengisi ruang dakwah yang kosong ini. Namun biasanya yang tersangkut dijaring dakwah hanya se siput sahaja sedangkan tuntutan ummat terhadap ikhwah dan akhawat amat teruja sekali. Dan itulah realiti saban tahun.

Dioverseas pun begitu juga. Kami duat yang letih ini menanti adik adik ibarat menunggu penyu bertelur. Terkadang ada dan terkadang hanya mampu menjenguk pasir.Pasir yang akan ditutup oleh buih  buih badai dan ombak yang dahagakan lautan cinta materi yang luas. Ada yang terus ghaib bersama lampu alladin dari persada dakwah ini walaupun sewaktu belajar dulu, duat ini paling aktif dan amat diharapkan menjunjung deen ini. Ada yang berkahwin dan hilang diufuk cinta berbulan madu diawan biru hingga tidak mahu diganggu. Ada yang ingin menyambung sijil kerana tidak cukup panjang untuk dijadikan shirat diakhirat nanti. Begitulah citra cinta sebuah epilog insan yang bersyahadah.

Apakah kamu adik adik ku hanya mengucap syahadah tapi tidak melaksanakan syahadah?

Kita disini bukan sahaja tidak dapat membina duat dan baitul dakwah malah kita banyak mengeluarkan dari rahim ibu ibu anak anak KFC dan Mc Donald diatas tindakan kita dan pengabaian dan ketidak sedaran kita bahawa kita semakin ghuraba’. Dulu yahudi meninggalkan kita 30 tahun kebelakang dari segi teknologi dan persiapan namun sekarang lebih jauh lagi malah kita pun jauh tertinggal dengan AlQuran.

Mari kita bertanya pada diri sebelum ku labuhkan tirai tazkirah ini. Berapa kuatkah hakikat kehidupan abadi diakhirat telah tertanam dalam hati sehingga kita berhak mendapat ri’ayah rabbaniyah yang membuat ruhul istijabah menjadi peribadi kita? Marilah kita mendekat, berlari dan terbang menuju ” fafirru ilallah ” dan meletakan dalam relung hati kita keyakinan kematian itu pasti dan hanya terjadi sekali sahaja maka marilah kita pilih ” The art of death” yang paling mulia disisi Allah. seperti kata Assyahid

Umat yang dapat memilih seni kematian dan memahami bagaimana mencapai kematian yang mulia, maka pasti Allah berikan kematian pada mereka kemuliaan hidup didunia dan kenikmatan abadi diakhirat

majmu’ah Rasail Al-Banna

Apa pun bebanan dunia yang berbagai bentuk yang kita harungi jangan sampai membuat kita hilang kepekaan dalam memenuhi seruan dakwah dan jihad. Jangan jemu dan semu. Thabat dan sabarlah atas jalan ini seperti sabarnya sahabat dan sohibah kita di palestin. Yakinlah Maiyah kita dengan  Rasullulah disyurga ditentukan oleh sejauhmana kita mencontohi beliau dalam melaksanankan dakwah dan jihad.

Ingatlah kita akan kecaman Allah terhadap orang2 yang tafannnun fi ‘udzr (mencari alasan) untuk menghindar dari dakwah dan jihad dalam firmannya

Katakanlah jika bapak2 anak2 saudara2 istri2  kaum keluargamu harta kekayaan yang kamu miliki perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah2 tempat tinggal yg kamu sukai lebih kamu cintai dari Allah dan rasulnya dari berjihad dijalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasiq

AtTaubah 24

Akhirnya jangan sampai kita mati hanya meninggalkan tiga baris ayat di batu nisan Nama sebenar, tarikh lahir dan tarikh mati seperti bertaaruf didunia, tanpa kita meninggalkan pejuangan sebagai pusaka warisan kita dimedan dakwah ini.

Sekian Wasallam

Muharrikdaie

1.30 am malaysia

2 responses to “Syahadah kita adalah dakwah

  1. addurrah_89 June 19, 2009 at 6:54 pm

    terima kasih atas peringatan untuk bergerak.
    kita sepatutnya mencontohi Sumaiyah, walaupun hanya tahu kalimah syahadah, tp dia betul2 memahami kalimah tersebut dan berusaha menyampaikannya kepada orang lain

    entry yg best dan lebih bersifat haraki
    tulislah lagi
    ana suka!

  2. Ikhwanul Mujahid May 16, 2009 at 12:06 am

    Salam alaik..
    Alhamdulillah, artikel yang baik dan maanfaat..
    banyak posting nta yg ana x sempat baca..x kesempatan..terusan menulis dan mendidik..
    ana sentiasa mengikuti blog nta walaupun ana jarang online…semoga Allah memberi ganjaran besar kpd daie yang ikhlas..

    Ikhwanul Mujahid
    @www.penahijau.wordpress.com
    01000 kangar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: