Kenapa ” Quarantine ” diri?


kuarantin

Terkadang tersenyum melihat adik adik pelajar meng quarantine diri mereka bila berhadapan dengan exam. Memang kesian. Terkadang mereka lupa bahawa apa yang mereka alami sekarang adalah apa yang telah dialami oleh orang terdahulu. Mereka takut gagal dan takut menghantui hidup mereka saat ini hingga hilang kewibawaaan mereka sebagai da’i, sebagai muslim sehingga memishkan diri mereka dengan alam dan naluri diri mereka sendiri. Mereka rasa dengan cara itu akan menenangkan jiwa dan boleh menghadapi exam dengan jayanya. Bolehkah? Memang boleh tapi dalam keadaan tertekan hingga hilang harakat kemanusiaan dan mengabaikan perkara2 aulawiyat yang sepatutnya mereka laksanakan.

Dalam sudut doa dan amalan fardhi mereka merapatkan hubungan dengan Allah mendambakan pertolongan dan dalam sudut jamaah dan usrah mereka jauhkan hubungan mereka dengan Allah dan membiarkan tanggungjawab yang mereka pikul terabai begitu sahaja. Apakah begini ijtihad kita bila bertembung dua awlawiyat?

Aku lihat perkara ini dan semacam satu trend diuniversiti sekarang. Dimana mana. Setiap wajah pelajar tiada serinya lagi. Hilang kesan kesan wudhu dan kesan bersolah tahajjud sekalipun mereka lakukan ibadah itu kerana ” kegusaran” mereka mengatasi ” tawakkal ” mereka kepada Allah dan mencacamarbakan nawaitu dan ubudiyah mereka dari lil Allah kepada lil yang lain dari Allah. Dan jadilah sekularisma dalam ibadah. Muka mereka mencuka. tidak bercampur masyarakat dan berbagai lagi yang melanggar batas naluri seorang manusia.

Mereka menjadikan quran sebagai alat menghilangkan tension dan memang baik namun disebalik itu quran sudah tidak dihayati dengan betul hanya sekadar nak menghilangkan stress dan tension dalam meniti exam. Tetapi selepas exam perkara ini kita abaikan dan quran tertinggal lagi dibelakang. Fahaman ini sebenarnya tidak betul kerana quran harus dibaca dalam keadaan tenang dan tadabbur dan setiap masa. Doa mereka pada Allah pun tidak seikhlas sebelum exam kerana seolah olah mereka ” mengarahkan” Allah membantu mereka didalam exam seolah olah Allah ini orang suruhan kita! memakhlukkan Allah! Tanpa kita sedar, inilah yang berlaku. dan selepas exam Allah kita lupai dengan pengabaian2 hakNya. nauzubillahi min zalik.

Mereka juga meninggalkan tanggungjawab menghadiri  usrah usrah dan halakat2 yang penuh barakah itu yang tak sampai 4 jam itu semata mata untuk murajaah subject2 pepereksaan sedangkan halakah itu berkumpulnya rahmat Allah dan pertolongan Allah, jika kita bersolah bersama, berzikir bersama dan melakukan soalat hajat untuk exam alangkah indahnya!

Kita sepatutnya sekarang ini mengambil barakah jamaah  kerana ” pertolongan Allah bersama Jamaah” berbanding melaksanakan amal didalam quarantine. Maka makin banyaklah virus yang hinggap.

kenapa kesalah fahaman ini berlaku pada adik adik pelajar yang bergelar dai dan dah intima’ dgn islam ini masih berulang?

Nak cerita sikit satu kisah supaya jadi panduan adik adik …

Ada seorang ulama’ diajak berburu oleh seorang pemburu, lalu diberinya ulama’ ini kuda yang lambat oleh pemburu. Tak lama selepas itu hujan pun kelihatan nak turun dan sipemburu memecut kudanya meninggalkan ulama’ tersebut takut dibasahi hujan. Disebabkan kuda ulama’ ini lambat, beliau turun dan melipat pakaiannya dan disimpan takut dibasahi hujan. Setelah hujan berhenti, ulama’ ini memakai bajunya kembali. semua orang takjub melihatnya, bagaimana baju ulama’ ini tidak basah sedangkan baju mereka semuanya basah padahal kuda yang mereka pacu adalah kuda yang laju. ” itu berkat kuda ku” Kata ulama’ apabila ditanya oleh pemburu.

The next day pemburu ni  berburu lagi tapi kali ni ulama itu diberi kuda laju dan berlaku lagi hujan sebelumnya dan ulama ini melakukan benda yang sama tapi pemburu memecut kuda yang tak bermaya tu, lantas bertambah teruk basah dari semalam. dan ulama tu tidak mengalami kebasahan lantas dia marah akan keadaannya. kenapa aku basah  dan kamu kering sedangkan kita dah menggunakan dua kuda yang sama!

Ulama’ itu jawab simple sahaja ” kamu berorientasikan kuda, bukan baju.

Apakah orientasi kita? Hanya lulus exam atau redha Allah? Inilah perjalanan hidup kita. Terkadang kita ingin sesuatu  namun tidak memiliki orientasi terhadap sesuatu yang kita inginkan …

Kalau kita belajar kerana orientasinya dunia maka dengan itu banyak hak yang kita abaikan tetapi kalau orientasinya akhirat semua hak dapt kita penuhi dengan bijaksana ….

Semuga berjaya dalam cita cita …insyaalah

One response to “Kenapa ” Quarantine ” diri?

  1. irhafiz May 6, 2009 at 2:10 am

    Rasanya tidak semua yang sudah lepas title pelajar pernah quarantine (memenjarakan) diri sebelum ini.

    Pengalaman pemilik jari-jemari yang menaip ini, juga tidak secara keterlaluan memenjarakan diri untuk persediaan peperiksaan, sebabnya kaedah untuk mengatakan kita bersiap sedia menghadapi peperiksaan bukannya dengan memenjarakan diri daripada segala-galanya.

    Gementar lahir dari hati yang tidak yakin, dan tidak yakin puncanya banyak, antaranya kurang bersedia sepanjang tahun (last minute) dan rasa bersalah untuk memanjangkan doa kepada Allah akibat kurangnya usaha tadi dan penuhnya dosa.

    Apapun kita kena yakin, rahmat Allah melimpah-limpah hingga kepada non-muslim sekalipun, dan kita rayulah rahim Allah sebagai seorang muslim dengan penuh yakin.

    Usah gadaikan dakwah kita untuk dunia yang sementara.

    “Pohon tunjuk ajar atas segala kesilapan di atas… :)”

    Wallahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: