Kenapa memusuhi Cinta


Aku benci manusia yang suka menghukum cinta. Aku telah bergelut dengan cinta sejak kecil dan aku banyak kehilangan cinta waktu baru menarik nafas yang membuatkan aku teramat amat menghargai cinta. Manusia yang tidak ada cinta dihatinya akan hilang nilai kemanusiaan sekalipun bergelar seorang yang beragama.

Kenapa perlu kita memusuhi cinta?

ibu-susu1Dengan cintalah kita lahir didunia ini melalui hubungan suci kedua ayah dan ibu kita. Diatas cintalah kita dapat menjenguk bulan dan bintang dan bermandikan cahaya. Diatas cintalah kita disusui. Diatas cintalah kita dididik hingga menjadi hamba hamba yang beriman. Diatas cintalah kita mengenal Allah dan meletakan dahi untuk sujud menyembahnya. Diatas cintalah kita berjuang dan berdakwah. Diatas cintalah kita kan mengintai syahid. Diatas cinta Allahlah kita dimasukkan ke jannah.

Kenapa menuduh cinta?

buang-bayiKenapa menuduh cinta yang melahirkan bayi bayi zina’. Kenapa menuduh cinta yang mendatangkan bala’ bala’ Allah. Kenapa tidak kita tuduh orang yang tidak cinta kepada hukum Allah yang bersalah. Yang tidak cinta syariat Allah yang bersalah. Yang tidak cinta  sunnah yang bersalah dan diatas asbab inilah mereka menuduh cinta punca segala masaalah untuk menutup kemunafikan mereka kepada deen ini.

Lihatlah implikasi tiada wujud cinta dihati?

bayi bayi dibuang, suami isteri berperang , emak ayah diterajang, anak yatim diabaikan sehingga agama diletak dilongkang.

Inilah manusia, perkara pokok dilindungkan yang cabang diwar war kan.

Aku tak nafikan penyelewangan cinta berlaku!buat-maksiat

Dan terwujudnya cinta cinta yang terlarang.

bayiTapi apakah dengan kes kes begini kita musuhi cinta seperti memusuhi yahudi dan nasrani tanpa kita menyelidiki akar akar dan tunjang yang menjadi penyebabnya? dimana ulama’2, kadhi kadhi, penceramah penceramah agama, pemimpin pemimpin kerajaan, ahli ahli politik? Apakah mereka tengah rakus melahap dunia. Mengira dan membilang harta untuk mewarisi qarun dan firaun.

Kenapa tidak duduk berfikir dan menggunakan segala kemudahan untuk memantau permasaalahan ini.

Apakah kamu semua penghukum penghukum remaja yang bercinta dengan hukuman denda RM500 ringgit untuk perzinaan. RM200 untuk sumbang mahram. Atau Rm100 ringgit untuk berkhalwat. Apakah ini tugas kamu sebagai mufti dan kadhi atau kamu hanya menjadi ayam daging kepada pemerintah.

Jika itulah kamu. Maka kamu adalah lebih hina dari penzina penzina kerana penzina hanya berdosa besar tapi kamu menyeleweng dengan tidak menjalankan hukum Allah yang sebenar yang membawa kepada riddah kekufuran!

Kamu wahai remaja dan adik adik ku yang bercinta!

Ingatlah! Kita hidup dizaman kerakera

dan janganlah kita seperti kera … melupai ikatan kita dengan Allah yang memilih kita untuk melihat dunia ini.

Aku tahu permasaalahan kamu. Aku tahu naluri kamu. Aku tahu persekitaran kamu. Aku tahu perkembangan teknologi kini. Aku tahu kamu tidak dapat mengelak dari terjebak dengan cinta dengan suasana perhubungan yang canggih diakhir zaman ini dengan pergaulan diuniversiti dan sekolah. Sebaik mana pun kamu. Sealim mana pun kamu. Bertutup aurat ke kamu atau telanjang nya kamu namun kamu tdak dapat lari dari bi’ah dan suasana ini. Lambat laun kamu akan terjebak jua …

Namun kamu kena pelihara kesucian diri kamu kerana itulah nilai diri seorang manusia dan sekiranya tercemar dan kamu bertaubat selepas itu pun tidak sama sepertimana kamu mula mula dilahirkan dalam keadaan yang original ….

Ingat pesan rasullulah :

Tidaklah masuk syurga seorang dayyus? lalu sahabta bertanya. Apa itu dayyus wahai Rasullulah? Ya itu orang yang tidak memiliki rasa cemburu terhadap harga dirinya

HR Nasa’i

Aku tidak banyak boleh menyelesaikan masaalah kamu kecuali kamu sendiri ingin menyelesaikannya. Cuma yang boleh aku ingatkan ialah sekiranya kamu seorang wanita, ingat pesan Alquran :

Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, lelaki yang jahat adalah untuk wanita yang jahat dan wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat”

Quran jelas menjelaskan. Dan lelaki yang berada di sebelah kamu sekarang yang bukan mahram kamu adalah penzina’ yang menanti peluang untuk melahap kamu serakusnya

Takutlah engkau akan zina’. Sesungguhnya didalm perbuatan zina’ ada empat kerugian Menghilangkan kewibawaan/kehormatan, memutuskan pintu rezeki, membuat Allah murka dan menjadikan pelakunya kekal selama lamanya didalam neraka

HR Thabrani

Duhai adik adik ku yang sedang lazat bercinta, kembalilah keduanya kejalan yang dihalalkan kerana islam tidak pernah mengharamkan cinta namun ada batas batas yang wajib kamu hindari. Berdoalah. dan munajatlah selalu dengan munajat cinta

Duhai Allah, kurniakanlah padaku cintaMu, dan cinta orang yang cintanya, bermenfaat bagiku dihadapanMu.

Duhai Allah, jadikanlah yang tyelah Engkau kurniakan kepadaku dari hal hal yang aku cintai, sebagai kekuatan bagiku dalam melaksanakan apa yang Engkau cintai

Duhai Allah, jadikanlah apa yang Engkau singkirkan dariku dari hal hal yang aku cintai, sebagai kekosongan bagiku dalam menjalankan apa yang Engkau cintai.

Duhai Allah, aku memohon kepadaMu kelazatan memandang wajahMu yang mulia dan aku memohon kepadaMu kurnia kerinduan untuk bertemu denganMu

HR ~ AtTirmidzi, Ibnu AlMubarak, An nasa’i dan Ahmad

walimahSelesaikanlah permasaalahan cinta kamu dengan menikah sesegeranya jika kamu mampu dan punya kesempatan. Dan mintalah bantuan orang tuamu kiranya tidak boleh menahan gejolak nafsu yang tidak terkawal. Tapi ingat! perkahwinan tidak menyelesaikan semua masaalah kecuali kamu bersedia untuk membina rumahtangga muslim yang diredhai Allah.

Wahai pemuda, barangsiapa diantara kamu mampu menikah, maka menikahlah! Sesungguhnya pernikahan itu boleh memejamkan mata ( dari pandangan maksiat ) dan lebih menjaga kemaluan ( dari perzinaan ). Dan barangsiap yang belum mampu menikah, maka berpuasalah, kerana puasa akan menjadi benteng baginya ( dari perbuatan maksiat )

HR ~ Jamaah

Itulah dia nasihat Rasul kepada kita. Siapakah lagi manusia yang sebaik baik memberi nasihat kepada kita, kalau tidak junjungan mulia itu yang maksum yang serba mengetahui maslahah kehidupan kita dizaman ini dengan perantaraan wahyu Allah supaya kita sentiasa dihormati didunia oleh manusia dan malaikat dialam malakut ini dan kita sebagai lelaki dan rijal yang melindungi wanita adalah lebih ‘aula lagi dari terlibat dengan perkara begini

Orang yang masih tetap suci hingga menikah, maka ia akan lebih boleh menghormati wanita sebagai pendamping hidupnya dan ibu bagi anak anaknya. Ia melihat cinta sebagai anugerah terindah dan abadi dari Allah. Dan wanita juga akan melihat kesucian itu sebagai salah satu dasar utama keikhlasannya hingga ia dapat memegang komitmen cintanya hingga akhir hayat

~ Kata kata dari :~ Syeikh Mahmud Mahdi Al Istambullli  dari kitab Tuhfatul ‘Arus

Tiada siapa  melarang kita bercinta dan jatuh cinta asal tidak melanggar hukum hakam agama.

Bolehkah?

Boleh …..asalkan cinta itu kita jadikan taaruf untuk kita saling mengenal dan memahami dalam merancang mendirikan rumah tangga, bukan bercinta yang tiada perancangan yang boleh menjatuhkan martabat kita sebagai seorang wanita dan lelaki yang rosak akhlaknya

Barangsiapa yang jatuh cinta, lalu tetap menjaga kesucian dirinya, menyembunyi rasa cintanya dan bersabar hingga mati maka dia mati sebagai syahid

Untuk mu dan untuk ku jua.

Jumpa lagi

One response to “Kenapa memusuhi Cinta

  1. alex May 13, 2010 at 4:40 am

    salam.

    huhu,xde pe pun…saje nk tnya pic first tu,baby tu tgh wtpe?
    kalo mngandungi aurat org lain rasanya tak perlu kot letak gambar tu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: