Indahnya memiliki Jamaah


Alhamdulillah aku ditarik Allah dari jahilliyah seawal usia bunga ku. Tidak sempat aku mengecap nikmat remaja yang digilai oleh kawan kawan sebaya. Aku telah menjadi pengutip sajadah dan penyusun sejadah disurau dan membersihkan kolam tempat wudhuk dan selalu menanti masuk waktu untuk menyediakan speaker dan micropon untuk bilal melaungkan azan namun aku selalu berdoa agar bilal datang lambat atau tidak datang langsung supaya aku dapat mengalunkan azan dan memperdengarkan tarikan suara bass aku yang mendayu.

Jiwa ku memang jiwa seni dan sebelum mengenal Iman aku bermain musik dan menyanyi. Dan azan adalah tempat aku melepas kerinduan  dalam mengalunkan lagu2 cinta dialam jahiliyah untuk mendapat ” feel” dalam mengisi ruang jiwa seni ku. Satu kepuasan yang tidak terkira apabila dapat melaungkan azan, lebih2 lagi diwaktu subuh. Sekiranya aku tak dapat azan, aku rasa amat kecewa. Biasanya aku akan datang awal untuk berebut dengan bilal tua itu untuk azan tapi akhirnya dapat juga aku menjadi bilal selepas bilal tua yang suara serak serak itik itu pulang kerahmatullah tapi tak lama memikul tugas itu, kerana aku terpaksa menyambung pelajaran dan meninggalkan seribu warna didalam surau yang banyak mendidik aku menjadi imam dan bilal serta menguruskan jenazah.

Itulah Universiti pertama ku dalam falkulti Tarbiyah.

Dan itulah juga antara episod hidup yang tak dapat aku lupakan sehingga ianya menjadi titik tolak aku berada dalam jamaah Islam sekarang dan dapat melaksanakan tanggungjawab yang lebih besar dari azan disurau.

Jamaah segalanya bagi aku. Tiada yang lebih membahagiakan aku selain dapat bersama dengan jamaah.

Aku bermula dari kosong dan sekarang aku adalah da’i yang mengisi ruang ruang kosong yang ditinggalkan oleh intelektual islam, oleh professor professor islam yang hidup ditengah timbunan buku buku, journal journal yang tak bernyawa dan rak rak juga almari yang seperti to’kong  cina serta ditimbus dengan  timbunan sijil sijil dan PHD namun aku bangga dan berbahgia kerana aku juga hidup ditengah tengah.

Ya! hidup ditengah tengah masyarakat dan mustadafin yang mendambakan dan dahagakan hidayah serta dapat berbakti kepada mereka menyampaikan kalimah tauhid dan membina mereka menjadi pewaris risalah nabi sekalipun PHD ( Pakar Halaqah & Dakwah ) yang ada pada ku ini tidak laku dan tak diiktiraf oleh manusia namun inilah PHD yang diwariskan nabi pada aku demi untuk memberi sumbangan kepada manusia sedaya mungkin walaupun aku tidak mempunyai ilmu agama yang tinggi namun berkat didikan Jamaah aku mampu untuk turun dimana sahaja menyampaikan risalah deen ini dengan hamasah dan sifat syajaah yang tinggi.

Jamaah mengajar ku kemahuan yang tinggi yang tidak mampu digugat oleh kelemahan. Kesetiaan sejati yang tidak mengenal erti kompromi dan pembelotan terhadap deen ini. Mengajar aku Pengorbanan agung yang tidak mengenal erti tamak dan kedekut. Mengajar aku memahami prinsip. Menyakininya, menghormatinya, tidak melakukan kesilapan, tidak terseleweng, tidak bertolak ansur dan tidak terpengaruh dengan prinsip Jahilliyah.

Jemaah juga mengajar aku disiplin diri. Mengajar aku semangat untuk bekerja serta mengajar aku menjadi rahib dimalam hari singa disiang hari.

Jemaah juga mengajar aku hinanya sistem demokrasi, mulianya sistem Islam. Mengajar aku supaya jangan selesa berada didalam sistem ini kerana boleh mendatangkan kesyirikan kepada Allah. Aku bersyukur kerana dengan jamaah, tasawwur islam ku jelas sejelas mentari menerangi bumi.

Jamaah juga mengajar aku bahawa politik bukanlah matlamat tetapi adalah alat sementara yang kita tidak boleh bergantung dengannya. Jamaah mendidik aku supaya menjadikah dakwah tarbiyah sebagai jalan menuju khilafah dan Jihad fisabillilah sebagai puncaknya yang aku amat merinduinya sekalipun ruhiiyahku masih belum mencapai tahapnya tapi aku dapat merasakan kehangatan pelukan isteri isteri syuhada’ disyurga.

Jamaah selalu mengigatkan aku tentang landasan matlamat perjuangan dan aku memahaminya. Memahami bahawa matlamat adalah pokok dan usaha hanya cabang dan matlamat hanya meransang manusia untuk mengatur langkah. Dan dalam mengejar matlamat kita perlu bekorban bukan untuk mengaut keuntungan.

Inilah Jamaah aku. Jamaah Islam. Jamaah dakwah dan tarbiyah. Jamaah warisan nabi dari Rumah Arqam Ibn Arqam yang telah dapat menakluki sepertiga dunia. Jamaah yang telah diikuti oleh Imam asSyahid Hassan AlBanna yang menakutkan Yahudi. Bukan Jamaah politik yang memusuhi sesama Islam. Bukan Jamaah yang hanya pandai menghukum tapi tidak memberi jalan keluar.

Inilah Jamaah aku. Jamaah kasih sayang. Jamaah yang punyai hikmah. Lemah lembut seperti Nabinya. Jamaah yang menjadi jantung hati ku dan tidak akan kupisahkan ia dari diri ini kerana Jamaah ini adalah hak Allah yang dikurniakan pada yang dipilih sahaja dan akan ku pelihara jamaah ini dengan embun keringat ku dan kepanasan darah jihad ku demi Islam demi rasul nya dan demi khaliq yang mencipta seluruh alam ini. Allah SWT.

Memang jamaah itu indah dan marilah sama sama kita memilikinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: