Klinik Cinta


Salam untuk semua pengunjung Muharrikdaie.

terima kasih atas sokongan semua dan diatas kunjungan yang bersifat ukuhuwah dan sudi membaca dan menghirup tinta tinta yang telah ana abadikan diblog ini. Mudah2an ukuhuwah kita disini akan membuahkan natijah amal yang berterusan sehingga tertunduknya kita kealam abadi bertemu Rabbul Jalil dalam keadaan kita berpegangan tangan menuju syurga yang dijanjikan.

Sesungguhnya, ukuhuwah ini adalah satu rahmat yang tidak ternilai harganya dan yang tak boleh dibeli dengan isi bumi ini andai kita dapat menghayatinya sepenuh penghayatan. Jangan kita ingat ukuhuwah ini hanya tamat diblog ini saja tetapi sesungguhnya akan dipersoal diakhirat nanti akan kewujudannya dan kehadiran kita disini.

Marilah kita rasa kebersamaan kita bersama Allah dimana saja kita berada dan berdiri. Marilah kita bersama merasakan kewujudan Rakib dan Atiq yang sentiasa mencatit amal baik dan jahat kita disebelah kiri dan kanan kita dan dengan perasaan itu nanti pasti akan menatijahkan ubudiyah tauhid yang kuat, mantap dan mapan yang membunga dan membuahkan masuliyah lantas menyedarkan kita akan taklif rabbani yang di bebankan atas kehadiran kita oleh Allah dimuka dunia ini untuk menyelamatkan seberapa ramai insan yang tersasar dari jambatan hidup yang telah diacukan dengan acuan Allah.

Oleh itu ikhwah/ akhawat

Ana mengambil sebahagian bebanan taklif rabbani ini membuka Klinik Cinta ini semata mata untuk menyelesaikan permasaalahan kita yang telah terkena bahang yang tidak dapat dielak oleh sesiapapun yang bergelar manusia termasuk diri ini supaya cinta yang indah kurniaan Allah ini kita pacu dengan Alquran dan sunnah serta ijmak dan hukum feqah dan kesufian serta penyelesaian yang hikmah mengikut tatacara dakwah dan tarbiyah supaya tidak menambahkan penyakit kepada yang ada penyakit cinta yang terlarang.

Ana tidak mahu mengambil pendekatan ” menghukum” kerana menghukum tidak akan menyelesaikan masaalah tapi ana lebih cenderung mengambil jalan penyelesaian yang bersifat tarbiyah agar kita tanamkan kesedaran dalam diri pesakit supaya kesembuhannya nanti akan membangunkan kembali jiwa jiwa yang telah terkapar oleh virus virus iblis dan nafsu tak terkawal kepada jiwa tentera tentera fikrah, rijal rijal dakwah yang insaf dan hamba hamba Allah yang bertaubat supaya jiwa jiwa ini dapat bangun dan berlari ke medan dakwah yang mana menyatukan tenaga dan fikrah kita untuk menyelamatkan seberapa ramai manusia yang berada disekeliling kita termasuk ahli keluarga kita sendiri.

Ikhwah / akhawat yang teramat ana kasihi.

Antum dan antunna semua adalah sebahagian dari titik titik darah juang yang ada didalam saraf ana dan bantu ana dalam program ini supaya kita dapat mengambil sedikit ruang sebagai da’i untuk menyelesaikan permasaalahan kronik ini dalam bentuk apa jua pun. Komen. pandangan. nasihat. Kaunseling dan sebagainya dan bantu sekadar mampu sekiranya ada soalan soalan  yang perlu kita bincangkan dalam page diatas. Ana tidak mampu untuk melakukannya secara individu dan mungkin kita boleh share pandangan dan ilmu. Insyaalah

Marilah sama sama kita wujudkan amal jama’i dalam blog ini supaya blog ini jadikan yang dapat dimenfaatkan oleh kita semua.

Sebenarnya tercetusnya idea ini adalah kerana banyaknya email yang ana terima dari adik adik yang meminta ana memberi pandangan dan bantuan untuk menyelesakan permasaalahan mereka dan ana sebenarnya tidak mampu untuk membalas semua email yang diterima disebabkan kesibukan kerja kerja dakwah dan tarbiyah yang membataskan ruang untuk ana berada di depan internet ini.

Sekali lagi ana mengharapkan sokongan dan komen serta idea dari pengunjung semua, bagaimana harus kita mantapkan lagi Klinik ini. Disamping itu ana juga akan wujudkan Klinik Fikh Wanita dan Soal jawab deen yang akan ana page kan diatas dan semua persoalan bolehlah ditulis atau dimailkan pada ana dan ana akan ana jawab mengikut ruang masa yang ada secepat mungkin.

Kerjasama semua pengunjung amat ana harapkan untuk menjayakan projek dakwah ini dan kepada Allah ana kembalikan kesyukuran agar sentiasa membuahkan idea kepada ana untuk melaksanakan dakwah semaksimum yang mungkin sebelum dapat melihat wajahNYA diakhirat nanti.

ADUHAI ALLAH!

JAUHKANLAH KAMI DAN ANAK KETURUNAN KAMI DARI PERBUATAN ZINA’.

WAHAI ALLAH!

JAUHKANLAH KAMI DARI HAL HAL YANG MENDEKATKAN DAN MENGARAHKAN KEPADA PERZINAAN.

WAHAI ALLAH!

KABULKANLAH DOA KAMI

AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: