Cinta macam hantu raya


hantu-raya

Sebelum aku nak teruskan catatan blog aku malam ni, aku nak minta maaf pada semua pengunjung bahawa blog aku ni bukan blog cinta, bukan totally blog dakwah atau pun blog peribadi aku. Aku buat blog ini sekadar nak berkongsi pengalaman hidup. Nak berkongsi perjuangan dan pengalaman sebagai pendakwah. Nak berkongsi info info pasal islam pasal permasaalahan ummat …

Sebab itu aku pelbagaikan. Ada dakwah. Ada nasihat. Ada puisi. Ada cerita. Ada kisah kisah. Ada ilmu dan ada kisah perjuangan dakwahku.

Memang blog aku tak famous dan itu bukan niat aku sebenarnya berada disini kerana kalau aku nak famous lebih baik dari awal aku jadi artis, jadi musician, jadi penyanyi atau sekurang2 nya jadi pelakon theatre kerana dizaman jahilliyah dulu pun aku terlibat dengan ini semua.

Aku jadi blogger ni sebab aku nak jadi da’i serba boleh. Bukan nak buang masa berjam jam didepan PC. Sebagai da’i kita hidup ditengah ummat. Kita kena tahu segalanya sekali pun tak pakar. Hidup aku seharian begelut dan bercampur manusia jadi aku terpaksa belajar semua perkara untuk menarik hati manusia kejalan islam. Masyarakat anggap kita seperti penyelesai masalah.

Aku belajar rawatan islam, aku belajar homeopathy, aku belajar tarikat kesufian, aku belajar asas politik, asas ekonomi, kewartawanan dan agama dan aku terpaksa luangkan masa membaca semata mata untuk membantu masyarakat demi untuk menarik masyarakat pada islam.

Inilah pentarbiyahan yang ku dapat dari ajaran murabbi ku. Inilah yang ikhwan muslimin ajar kita. Inilah yang Rasul ajar supaya kita jadi khadam ummah dan akhirnya kita dapat menarik mereka kepada islam dan menghayati islam.

Jangan kita bertahun tahun dalam tarbiyah dan dalam dakwah tapi tidak dapat memahami tujuan berusrah dan berhalaqah serta berjamaah. Taklif  Rabbani sekarang terpikul keatas kita. Intima’ dalam dakwah adalah sebahagian aqidah kita. Dalam dakwah kita hendak tundukkan manusia pada sistem Allah dan fokus kita adalah pada hati manusia dan untuk itu kita kena jadi serba boleh.

Serba boleh yang ku maksudkan adalah setelah kita ditarbiyah dan berusrah bertahun tahun dalam marhalah ta’sis ( pengasasan ) ini  sepatutnya  kita dah boleh jadi Al -Amil ( pekerja islam) atau Mufakkir ( yang berfikir untuk islam ) atau Jarid ( Pejuang ) atau Al-Mudif ( Produktif ).

Kita tidak mahu berlama dalam tarbiyah tapi tidak ada output untuk disumbang kepada masyarakat dan kita hanya syok sendiri saja diatas amal amal fardi yang kita lakukan dan ini bukanlah sesuatu yang produktif kerana produktif mengikut AsSyahid ” berapa ramai manusia yang dibina”. Oleh itu jadilah da’i yang produkktif dan serba boleh.

Maafkan aku atas tulisan ini kerana ini adalah jawapan yang ingin aku beri kepada seseorang yang telah mengemail aku dan telah memberi komentar diatas tulisan aku diblog ini.

Sebelum aku akhiri, aku ingin menjawab satu lagi email dari seorang adik  ini tentang bagaimana nak menjauhkan ” CINTA” dalam hidupnya!

Ini jawapannya :

Aku juga sampai sekarang  dikejar cinta. Entah kenapa? Cinta tak boleh dipisahkan dari hidup aku walaupun aku dah faham cinta dan tribulasinya. Terkadang aku lari dari cinta. Cinta kejar aku. Aku duduk. Dia bersimpuh depan aku. Aku baring. Dia mengiring dekat aku. Aku tunduk. Dia duduk atas belakang aku. Bagi aku cinta ni macam hantu raya. Macam Qorin yang lahir bersama kita dulu. Oleh itu jangan lari dan jangan jauhi dia. Hadapi dia dengan apa saja. Dengan senyum. Dengan Tawa atau pun airmata …dan akhirnya agar Allah lindungkan maksiat darinya dan ditemukan cinta itu dalam redhanya. Insyaalah.

Harap berpuas hati dengan jawapan ini kerana ini sahaja yang termampu untuk aku jawab.

Wallahuaklam. Salam sayang dari ku buat semua.

2 responses to “Cinta macam hantu raya

  1. lia noviana November 29, 2009 at 4:44 am

    hadoh tukh foto kliatan rekayasa banget sih…………………
    itukan foto hantu alas bangil booooooooooooz!!!!!!!!!!!!!!!!

  2. meYouR's October 25, 2009 at 3:49 pm

    ak skong ngan ko..ak x benci gler ngan cinta 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: