Sekadar nak check dan refresh hidayah


hidayah1

Asal kamu kesemuanya sesat kecuali Allah beri hidayah, maka mohonlah hidayah pada Allah

Hadith Qursi

Memang urusan hidayah adalah urusan Allah dan tidak dicampuri oleh manusia. Malangnya hidayah yang diberi percuma oleh Allah kepada kita sebagai suatu rahmat yang agung tidak kita pelihara sehingga hidayah sedikit demi sedikit hilang dari catatan sanubari kita tanpa kita sedari lantas terjunlah kita kearah kederhakaan kepada Allah.

Dalam sirah tercatit bagaimana matinya Abu Tolib yang banyak membantu Rasul mempertahankan islam tidak beriman sehingga akhir hayatnya kerana Allah tidak mengizinkannya sekalipun Rasullullah berulang alik 21 kali kerumah Abu Tolib sepanjang nazaknya dan mentalkinkan ( mengigatkan) agar beliau menyebut kalimat toyyibah namun tidak mampu dilakukan! Didalam Kitab Hadith Riayadhusolihin menyebutkan Abu Tolib dimasukkan kedalam neraka dengan dipakaikan terompah neraka selamanya yang kesannya mengelegak sampai keotaknya selamanya. Dan itulah seringgan ringgan azab neraka. nauzubillahi minzalik.

Inilah peringatan Allah kepada kita agar memelihara hidayah supaya hidayah ini kekal selamanya dalam hidup kita hingga kepada sakaratul maut. Supaya kita mati dalam iman insyaalah.

Beza Hidayah dan Taufiq

Ramai bertanya adakah hidayah ini datang dengan taufiq atau terdapat pengasingan disini?  maksud hidayah adalah petunjuk dan taufiq pula asalnya dari perkataan arab wafaqa’ iaitu persetujuan.

Terkadang manusia mendapat hidayah tapi tidak mendapat taufiq. Dia dapat petunjuk tapi tak dapat beramal dan bersetuju  dengan petunjuk dan lama kelamaan hidayah itu juga akan ditarik oleh Allah SWT. Taufiq juga boleh diterjemahkan kepada kesedapan beramal.

Jadi, sekiranya dia mendapat hidayah ( petunjuk ) dan tidak dapat taufiq ( persetujuan ) maka akan cacatlah iman nya dan lama kelamaan boleh kehilangan hidayah dan menjurus kepada kekufuran.

Sebab itu kita kena pupuk taufiq supaya sentiasa bersama dengan hidayah supaya kedua duanya tidak terpisah agar kita dapat merasai kemanisan iman.

Mengikut kupasan ulama’ hidayah terbagi kepada tiga~

1. Hidayah Tobiie ~ Hidayah berbentuk naluri dan kemahuan manusia

2. Hidayah Aqli ~ Hidayah aqal yang bila dimasukikan ilmu boleh membeza bergantung kepada maklumat

3. Hidayah Addeen ~ Hidayah Agama

Dan inilah hidayah yang kita syukuri menerimanya dari Allah sebagai hamba terpilih.

Apakah yang terkandung dalam hidayah?

1. Irsyad ~ tunjuk arah

2. Taufiq ~ Kemanisan dalam Ibadah

3. Ma’unah ~ Bantuan yang tidak disedari

4. Ilham ~ Bisikan baik dari malaikat Mulhim

5. Dilalah ~ dipimpin

Sebab hidayah ditarik ~

1. Menyekutukan Allah

2. Buat Zalim

3. dosa tidak bertaubat

4. Makan benda haram

5. Cinta Dunia

Antara jalan untuk menjaga hidayah

1. Buat kerja Dakwah

2. Iltizam dalam Jamaah

3. Duduk dalam majlis ilmu

4. Beramal akan ilmu

5. Bimbingan Guru

6. Berteman orang solih

Sahabah/ sohibah yang dikasihi. marilah kita mengejar cinta Allah dengan sentiasa koreksi diri terhadap hubungan dengannya. Rasullulah telah mendapat cinta Allah sehingga ia menjadi lebih tenang dalam membawa risalah kenabian. Cinta Allahlah yang menjadikan kesulitan menjadi mudah. Cinta Allah lah yang memberikan kesenangan dalm kesempitan dan cinta Allahlah yang menumbuhkan harapan dalam ketidak berdayaan.

Mari sama sama kita jaga iman agar kita semua disini ditemukan disaat saat kebahagiaan saling kenal mengenal dalam ribaan rahmatnya. Salam buat semua disini yang dirahmati Allah.

Alfakir iLaLLaH

muharrikdaie -menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: