‘Aisyah, aku bermimpi melihatmu


mimpi-bertemu-aisyah1

Aku berkisah lagi.

Tentang Cinta.

Aku bermimpi melihatmu didalam tidur. Engkau dibawa malaikat. Dengan tabir sepotong kain sutera yang sangat bagus. Lalu Malaikat itu berkata kepadaku, ” Inilah isterimu! ” Setelah aku buka tabir itu. tampaklah wajahmu dan ternyata itu adalah Engkau wahai Aisyah

~ Rasullulah kepada ‘Aisyah

Anas ibnu Malik sempat menanya kepada Ummu Salamah tanpa berselindung

Mengapa jika bertemu Aisyah, Rasullulah langsung menciumnya sedangkan jika bertemu isteri yang lain, beliau tidak melakukan?” Tanpa rasa iri hati dan cemburu Ummu Salamah berkata ” Kerana Rasullulah tidak dapat menahan diri tiap kali bertemu Aisyah.

Kerana itu Aisyahlah banyak mencerita tentang gelora cintanya dengan Rasullulah.

Bagaimana mereka minum dalam satu gelas dimana Rasul meletakan bibirnya tepat dibekas bibir Aisyah.

Menggigit daging bersama sambil mendekatkan wajah mereka.

Aisyah bercerita bagaimana mereka mandi bersama saling berebut air dari satu bejana.

Aisyah berkisah bagaimana mereka berdua menonton orang2 habsyah bermain lembing dan meletakan pipinya dan bersandar bahu dengan manja.

Aisyah berkisah bagaimana mereka berlumba lari dan Rasul memberi kemenangan kepadanya.

Aisyah berkisah bagaimana dia bersyair dan Rasul menafsir.

Aisyah berkisah bagaimana mereka bercerita untuk menghidupkan cinta.

Aisyah berkisah dan mengadu bagaimana fitnah yang menimpanya.

Dan akhirnya Aisyah berkisah bagaimana Sang Nabi menghadap Penciptanya,

Sesungguhnya diantara  nikmat Allah yang dilimpahkan kepadaku, bahawa Rasullulah SAW wafat dirumahku, pada hari giliranku, berada dalam rengkuhan dadaku. Dan Allah menyatukan antara ludahku dan ludah beliau saat wafat

Inilah cinta manusia yang agung.

Cinta yang diasaskan kerana Allah.

Cinta yang benar.

Cinta yang menjadi contoh kepada ummat untuk membina Baitul dakwah yang menjadikan kasih sayang, kelembutan, keintiman sebagai jalannya untuk merajut cinta Allah.

Inilah yang telah dirakamkan dan dituliskan sepanjang zaman tentang Cinta yang diredhai Allah hingga kepenghujungnya …

Apa yang boleh kukatakan lagi selepas ini tentang cinta?

Rasul telah mengajarkan kita segalanya …..

Selawat dan salam padamu ya Habibullah.

الفقير إلى الل

muharrikdaie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: