Soalan maut bagi sang da’i


stressAssalaamualaikum Ustadz”. Walalaikumsalam. Jawab aku. “Saya nak tanya sebab ada masaalah ni”.  “Silakan …kalau saya boleh jawab saya jawab sebab saya pun tak berapa pandai” Jawab aku pada seorang ibu ni. Aku dah cover awal dah. Kalau tak boleh jawab tak lah aib sangat! Memang aku tak pandai. Aku bukan lulusan agama apalagi untuk mendalami agama. Aku sekolah sekular. Kalau tanya portugis serang melaka tahun berapa tahulah aku.

Bab agama ni sekadar fardhu ‘ain asas oklah. Sebab itu aku amat takut kalau bagi kuliyah di masjid atau disurau walau pun ada permintaan. Kehadiran aku kat masjid dan surau kat KL ni pun sebab rela terpaksa. Ganti Ustadz juga sahabat2 yang ada uzur dan tak dapat menghadiri. Sebagai da’ie aku kena gagahkan juga walau pun aku memang tak gagah. Selalunya dalam hati sentiasa tergantung kalimat yang tak henti kuzikirkan ” Ya Allah tolong aku, ya Allah tolong aku”. Dan selalunya memang Allah tolong aku untuk jawab soalan soalan maut.

” Selalunya Ustadz saya dalam haid rasa stress sangat, tak tahu nak buat apa. Nak Ibadat tak boleh. Nak baca quran tak boleh. Biasa Ustadz ustadz lain bagi tahu, suruh saya berzikir. Memang saya buat, tapi berapa lama yang harus saya buat. Lama lama jemu ustadz.” keluhnya. “Tak ada ke amalan lain yang boleh buat saya ceria dan bertenaga”. Tanyanya. Seperti biasa ” peluh peluh makrifat”  ku mula memainkan peranannya. Menerjah liang liang ruma yang semakin membesar. Sejuk, dingin, suam seluruh badan mula terasa. Zikir ku ” Ya Allah tolong aku” bertambah laju. Kalau ikut speed kereta, dah mula naik dan naik sampai 80km sejam. Dalam pada itu otak ku mula berlari kebelakang mencari nostalgia ilmu yang telah aku lalui. Kot kot aku pernah come across ilmu ini.

” Alhamdulillah” kata hati aku. ingat balik masa aku jadi Fasilitator kat Biro Tata Negara dulu waktu torcher pelajar pelajar nak pergi overseas, aku pernah ditanya soalan yang agak sama. ” Syukran ya Allah, Syukran Ya Allah”. Bisik hati aku. ” begini kak”. Aku menyambung setelah terhenti seketika.

” Apa yang saya tahu melalui pembelajaran saya, masaalah haid ni memang menganggu fizikal dan emosi akak”. Aku bercakap dgn confident level yang agak tinggi. “Juga akan buat akak letih badan dan tak tenteram fikiran sebab akak jauh dengan Allah kerana tak dapt melakukan Ibadah2 ” Mahdhah” seperti puasa sunat, solat sunat rawatib dan berbagai lagi. Saya sarankan cuba Akak keluarkan tenaga dengan kegiatan joging ke, berkebun ke dan bila letih akak tidur. ” Aku bercakap macam seorang doktor.

” Ini rasa saya boleh membantu mengimbangkan jiwa dan fikiran akak. Kemudian untuk mengisi kosong hati akak, akak bacalah buku, komik ke, yang akak minat. Dari segi amalan buatlah kegiatan islam yang bersifat social kalau nak ibadah sendiri tak boleh, akak banyalkkan infaq. Ia akan imbangkan spiritual akak nak ganti ibadah sunat yang akak selalu buat waktu tak uzur tu”. Terlopong dia dengar aku cakap.

” Lagi satu jangan lupa, ajaklah suami akak jalan jalan. ramas ramas tangannya waktu jalan jalan, kalau dia ramas balik, kira ada magnet lagilah tu”. Aku melawak dan semua jemaah tersengih. ” Sebab kak, waktu ini saya rasa emosi wanita akan merasakan dirinya tak guna sebab semua orang jauhkan dirinya termasuk suaminya. Saya teringat ada riwayat ketika isteri Ibnu Abbas sedang haid, dia tidak mahu berhias. ” Untuk apa saya berhias sedang saya dalam haid”! Katanya.

” Nasihat saya lagi, sekiranya dalam hidup ni, akak lemah satu bahagian, carilah kekuatan dari bahagian yang lain untuk kita buat balance atau seimbang dan insyaalah, mengikut ilmu kesufian keadaan ruh juga akan seimbang sekirannya jasad kita seimbang” Aku menutup bicara.

” Terima kasih Ustadz. Terima kasih, baru saya rasa tenang ” Aku tersenyum dan dalam hati aku berdoa mudah2an aku akan dapat wujudkan usrah dikawasan ini dan inilah sebahagian dakwah yang murabbiku arahkan supaya kami cari pengaruh dan sebarkan dakwah disetiap tempat.

Bertawakkallah pada Allah disetiap tika. Apalagi bagi da’i yang kerdil dan tiada berilmu seperti aku.

3 responses to “Soalan maut bagi sang da’i

  1. Rumaisha Hassan April 23, 2009 at 5:23 am

    SALAM…posting yang menarik dan memeberi manfaat…ada baiknya juga anda link kan blog ini…izinkan ana…syukran..semoga allah sentiasa memberi ilham untuk menulis…wassalam…fi ria’yatillah…

    • muharrikdaie April 23, 2009 at 6:06 am

      silakan ukhti …

      dan ana sentiasa mendambakan doa antunna semua agar Allah kurniakan ana kekuatan untuk menulis yang dapat memberi menfaat sebagai amal yang kerdil dan doakan agar ana sentiasa istiqamah dengan iman dan dakwah ini dan di berikan kekuatan menghadapi segal tribulasi sehingga pertemuan dengan Allah dan bersama Rasul termakbul sebagai cita cita yang tidak pernah ana padamkan ….

  2. Rumaisha Hassan April 23, 2009 at 4:59 am

    SALAM…memang zaman sekarang ni orang ramai akan bertanya sesuatu diluar jangkaan…ini masih dikira kecil….ada lagi perkara besar yang diluar jangkaan kita bakal ditanya…tepuk dada tanya ilmu dan iman kita dimana?….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: