Muharrikdaie

Menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

Terdamparnya cintaku dilembah Uhud


bukit-uhudRM10 sahaja?”  Ya jawab aku. ” Kenapa?” Aku bertanya kembali. ” Tak lah! Tak ada apa apa, saja tanya”.  kata Pegawai kaunter itu . Aku terus duduk menantikan buku Tabung Haji aku disiapkan dan itulah wang dari gaji pertama aku.

Telah lama aku berazam untuk ketanah suci. bukan sekadar nak menunaikan haji tapi aku amat teringin untuk melihat Lembah Uhud. Nak merasai aura uhud. Nak lihat tempat perjuangan Idola aku Rasul SAW. Nak dapat semangat Uhud supaya dapat kekuatan untuk menjadi bekal demi memantapkan profesion aku sebagai da’ie kerdil yang bercita2 besar.

Syarat mengerjakan haji adalah ” mampu ” dari segi keewangan. Memang kalau nak ikut mampu , 20 tahun lagi pun aku takkan mampu kerana aku bukan dari keluarga kaya yang boleh support aku. Aku tidak mahu menggunakan alasan itu sebagai ” rukshah” untuk aku menangguhkan niat aku.  Mampu istilah aku adalah apabila kita berusaha semaksimum mungkin. Mujahadah semaksimum mungkin barulah kemampuan itu boleh dijadikan hukum.

Aku tahu dengan RM10 itulah Allah akan menilai niat aku dan bagi ku RM10 itulah jihad aku dan usaha aku. Sekiranyalah aku mati sebelum sempat aku menunaikan taklif itu, aku yakin Allah akan lepaskan aku dari tanggungjawab itu. Itulah keyakinan dan ilmu yang ku pelajari.

Justru dari segi logiknya aku tidak akan mampu untuk mengerjakan haji dalam jangka waktu terdekat tapi telah ku katakan tadi bahwa Allah Maha Kaya dan dia telah mengizinkan aku pergi dalam jangka masa 3 tahun sahaja setelah aku tinggalkan kepentingan peribadi dan bersungguh sungguh untuk menyimpan dan mengabulkan impian aku yang selama ini aku mimpikan.

Allahuakbar! Allahuakbar! Batinku bertakbir tanda terima kasih yang tidak terhingga pada Allah.

Barangsiapa yang berjihad dijalan kami, pasti kami akan tunjukan jalan jalan kami

Hati ku tiba tiba sebak, entah kenapa! apabila Flight turun dimadinah. Aku tak dapat menahan airmata ku. Amat terharu kerana aku tak sangka dapt juga akhirnya aku jejaki Idola ku di negara yang amat dicintai beliau ini, sehingga beliau wafat disini.

“Aku mencintai mu Ya Rasullulah. Aku datang ya Rasul untuk bersama mu. Aku nak ucapkan terima kasih yang tiada noktahnya diatas islam yang kau bawa dalam keringat dan airmata serta darahmu yang suci hingga aku dapat menyedutnya kemanisan itu.” Hati ku menyusun kalimat kalimat itu seolah2 aku berhadapan dengan Rasullulah sewaktu hidupnya sedangkan waktu itu aku tahu aku berada dihadapan makamnya.

Dengan izin Allah aku dapat sujud dimana Rasul meletakkan dahinya diRaudhah. Aku sujud dimana Rasul sujud sehingga aku terpana begitu lama ditempat dahinya diletakkan hingga tidak terasa dihimpit dan dipijak oleh jamaah lain. “Aku tidak mahu selain dari nikmat perjuangan mu ya Habibbullah”. Bait bait doa itu menerjah dan menarik aku ke medan Uhud   …

Terlihat Abu dujanah mengikat kepalanya dengan kain merah tertulis ” nasrun Minallahi wa fat hun qarib” dan itulah ikatan maut setelah Rasul memberinya pedang beliau untuk dipimpin oleh Abu dujanah.

Sabda Rasullullah ~ Sebuah gunung yang kita cintai dan menyintai kita. Seseorang itu akan dihimpunkan dengan apa yang dicintainya. Kalau orang yang dicintainya masuk syurga, nanti ia akan dimasukkan kedalam syurga. Kalau ia mencintai dan mengkhidmati orang yang masuk neraka, maka orang itu akan masuk neraka. Demikian juga Gunung Uhud ini, ia akan masuk syurga dan menjadi satu bahgian darinya.

Imam Qastalani & Zurqani dlm Syarah Mawahibul laduniah II: 19

Banyak peristiwa dan mukjizat yang berlaku yang menjadi pengajaran dalam kehidupan kita sebagai da’i. Dan rasul selamanya tenang dan tabah pada hari Uhud. Antara mukjizat uhud ~ sahabat qatadah bin Nukman dikembalikan matanya yang telah terkeluar. Pipi rasul yang tertembus dan pecah gerahamnya dan tercabut giginya disembuhkan oleh Allah.

Teruk penderitaan rasul diUhud kerana perbuatan sahabat2nya. Dipukul kafir di muka Rasul sebanyak 70 pukulan sewaktu diperangkap didalam lubang yang besar namun diselamatkan oleh Allah sambil Rasul menyapu darah dan menyuci darahnya~

Rasul bersabda ”  Bagaimana akan menang sesuatu kaum yang telah melumuri wajah Nabinya dengan darah sewaktu Nabinya sedang berdoa pada Tuhannya dan  sekiranya ada setitis dari darah ini jatuh ketanah, nescaya turunlah azab Allah dari langit

Apa yang amat menyedihkan kekejaman kafir Quraish memotong setiap anggota tubuh badan syuhada’ islam satu persatu. hidung, telinga dan seluruh anggota dan dijadikan kalung dan rantai. merobek perut syuhada dan mengeluarkan isinya …

Tidak sempat aku habiskan sirah Uhud yang ku baca dimedan uhud ini yang diselang seli dengan airmata dan sehingga Uhud menjadi kecintaan ku pada jihad dan sentiasa membakar jiwa. Uhud mengajar ku menyintai perjuangan. ketidakputusasaan. istiqamah dan syajaah. Sesungguhnya cinta ku tidak akan hilang dan pastinya terus terdampar disini buat selamanya ….

Leave a comment