Hati hati menjaga hati


hati-hati-memberi-hati” Bergegas jer balik ” Tegur officemate petang tadi. ” Selalu stay sampai kul 7 ” Dia sambung bertanya. ” Ada date”  jawab aku. ” kena cover usrahlah tu”. Dalam hati, tau pun… mana nak pergi lagi? Bukan aku ada masa nak lepak lepak. Rutin biasa. Dari office terus ke program. Esok sama juga. Hari hari mengadap jemn. Atas jalan raya sekurang kurangnya 5 jam sehari. Memang sibuk. Balik rumah cuma basuh baju dan strika baju jer.

Kalau tanya, semua orang sibuk. Satu KL kata mereka sibuk. Tak seorang pun kata dia tak sibuk. Dgn kesibukan inilah banyak datang virus virus penyakit. Lebih teruk penyakit social. Hubungan keluarga jadi terbatas. Masjid jadi kosong. Kuliah kat masjid pun banyak tiang dari orang. Dan yang lebih teruk dakwah tak berkembang. Sebab da’i pun kata dia sibuk. Tak der masa! Nak luang masa pada mad’u pun tak sempat. Kekadang usrah pun tak dapat datang. Orang lain kena cover atau tangguh jer minggu depan! Ini kes berat bagi yang mengelar dirinya da’i. Ambik jalan ” Escapism “. Lebih parah nak doa untuk mad’u pun tak sempat dek kerana terlalu sibuk untuk kepentingan diri sendiri. Sehingga mad’u pun dah pakai ayat standard ” Kami faham  naqib sibuk “. Atau lebih ICU lagi bila handle usrah tak der persiapan! Itu yang naqibnya bekerja. Kalau naqib nya masih study ….lagilah banyak sibuk agaknya?

Betul ke sibuk? Atau time management tak betul! Ini soalan maut.

Kaji punya kaji …dapatlah jawapannya. Rasullulah lagi sibuk. Perintah negara tapi dalam sirah tak pernah jumpa pun beliau kata dia sibuk dan tak sempat nak layan ummatnya. Nabi sulaiman perintah semua makhluk tapi burung hud hud tak datang usrah pun nabi sulaiman tahu sebab beliau memang concern dengan mad’u nya! Relevan ke contoh ni? Dah tu nak ikut sapa lagi. Bukan ke nabi tu qudwah hasanah!

Itulah kesibukan yang ada pada kita yang perlu kita perbetulkan supaya kita tak abaikan walau seorangpun mad’u kita kerana kita adalah contoh mereka. Lebih lebih lagi, mad’u yang nak menumpang kasih kita. Nak perhatian. Kita kan ayah dan Ibu pada Mad’u. Atau mama dan papa pada mad’u yang berbangsa mat salleh. Walid dan Ummi  pada mad’u berbangsa Arab. Tugasnya tetap sama. Menjaga Aqidahnya. Menjaga ibadahnya dan memberi kasih sayang yang masthataq tum ~ sekadar kemampuan.

Bukan apa? Kita takut mereka jauh hati. Kecik hati. Terasa hati. Impaknya pada warisan dakwah. Pada ukuhuwah. Sayangkan?.. kalau mad’u yang tak cukup kasih sayang menjauh dari kita? Apa nak jawab ngan Allah. Tak kan nak cakap kita sibuk …Kita pun tahu Allah datangkan mad’u pada kita berupa rahmat dan anugerah untuk menaikkan darjat kita dan juga berupa bala’ jika kita kesampingkan!

Sebenarnya bukan saja kita kena jaga hati mad’u. Kita pun kena jaga hati kita. Kena rawat dia agar jadi qalbun salim. Bukan senang nak jaga hati. Nak jaga hati kena hati hati.

Hati banyak warnanya. Ada hitam ada putih dan ada yang merah jambu. Yang hitam lain caranya begitu juga yang putih dan yang perlu hati hati nak memberi hati, yang merah jambu warnanya. Tak boleh ikut suka hati dan kena hati hati. Sebab yang nak menerima pun punya hati. Kalau silap beri hati dan tak hati hati, yang dapat hati tu terasa hati. Kesian juga tengok orang yang terima hati dari orang yang tak hati hati dan yang suka mainkan hati ….kerana yang paling kita takut adalah Pencipta hati ….

Oleh itu Hati hati menjaga hati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: