Duhai naqib, kawinkan kami


kawinkan-kami

Menjadi naqib kepada usrah akhwat tidaklah mudah. Aku terpaksa menjadi Ayah dan Abang kepada mereka meski pun tiada pertalian darah tapi ikatan aqidah itulah yang tidak dapat melarikan aku dari tanggungjwab itu. Pahit manis payau dan kelat harus aku telan bersama sama mereka!

“Lain pulak genre tulisan naqib kali ini?”  Tegur seorang anak usrah aku. ” Tulisan apa?”  aku bertanya. ” Dalam blog tu semalam. Alah pasal naqib komen kawin tak mampu  tu, pasal cari jodoh tulah!” Dia mengomel. ” Dah sampai masa ke?” Dia cuba hint. Aku mendiamkan diri sambil membelek kitab yang ingin aku bincangkan malam tadi sambil melemparkan senyum walaupun pahit.

Memang itulah peribadi aku yang telah dilatih berhadapan dengan provokasi, senyum dan terus senyum untuk tidak mengecikkan hati anak usrahku. Mereka memang dah immune dengan sikap aku. Setuju ke? tak setuju ke? Senyumlah jawapannya.

Provokasi

Aku tahu terkadang anak usrah aku suka memprovoke aku.

Kalau aku sambung memang tak kan ada endingnya. Masa usrah pun terbuang begitu saja. Perempuan! Fitrahnya begitu.

Bukan senang nak mengelola halakah akhawat ni. Tapi apa yang boleh aku buat. Tuntutan Dakwah.  Kerana sekarang ni nak cari Naqibah pun susah. Naqibah yang dilahirkan dari jamaah pun ada yang dah ghaib tanpa wasiat. Kalau ada pun semua nya sibuk hal rumahtangga dan sememangnya tak boleh salahkan mereka juga kerana  nak pikul tanggungjawab rumahtangga bukanlah satu teori yang boleh kita gariskan kecuali mengalami sendiri perkara tersebut.

Lainlah kalau suami mereka itu ahli jamaah dan ada fikrah. Pastinya mereka membantu isteri menguruskan rumahtangga dan mengizinkan isteri melaksanakan tanggungjawab dakwah dan jamaah.

Itulah isu yang selalu  aku ulang ulang kan pada sahabat2 yang telah berumahtangga agar dapat bekorban sikit dan memberi isteri kebenaran demi dakwah ini.

Aku tak ada pilihan. Terima saja masuliyah itu tanpa dapat menolak apabila diarahkan untuk handle dua halakat akhawat. Dah dua tahun bersama mereka.

Ada yang dah bergelar ibu, isteri dan ada yang masih bujang.

Bersyukur jugak kerana dapat juga mendalami jiwa perempuan dan permasaalahan hidup mereka. Hati dan perasaan mereka. Psychology  mereka. Sedikit sebanyak dapat juga membantu menyelesaikan masaalah hidup mereka dan melonjakkan potensi diri mereka untuk menyumbang pada dakwah disamping  dapat memberi motivasi pada mereka supaya dapat mendidik keluarga kearah keluarga dakwah.

Bukan semua yang dapat menumpukan pada dakwah kerana memang mereka terlalu sibuk dengan kerjaya masing masing. Lebih lebih lagi yang  bekerja dibidang profesional. Apa lagi kalau memikul dua tanggungjawab surirumah dan kerjaya. Begitu juga yang menjadi surirumah sepenuh masa. Sibuk dengan anak anak dan kerja kerja yang tak pernah habis.

Emosi

” Memang betul cakap naqib.” Dia menyambung.

” Hal orang dakwah ni siapa pun tak mau ambik tahu. Lebih lebih lagi kami ni. Perempuan.Yang masih bujang  dan dah semakin tua ni. Bukan sahaja masyarakat tak highlight dan peduli masaalah kami even jamaah pun tak mau ambik tahu!”

” Kekadang kami pun tak tahu dekat siapa nak mengadu. Kami perempuan. Ada perasaan malu. Maruah kami pun nak jaga juga. Sepatutnya jamaah tengok kami macam ni. Umur dah nam masuk 30an ni. Tanyalah! Tak kan kami yang nak mulakan dulu. Malu kami naqib!”

Aku hanya diam mematung diri sambil mendengar.

Aku lihat memang sifulanah ni betul betul serius. Aku lihat berkaca matanya dan tergenang sesuatu didalamnya menahan perasaan.

Sebenarnya bukan jamaah tak ambik tahu, malah ramai pasangan jamaah dah diuruskan. Matchmaking. Tapi terkadang masaalah ” taste ‘ nilah, yang membuat masaalah jodoh akhawat ini tak banyak dapat di solve kan.Ini perkara naluri. Masing2 ada citarasa dan cita cita tersendiri.

Apalah guna sebuah perkahwinan kalau tidak ada chemistry.

Lihat saja Zaid , anak angkat Rasul yg akhirnya bercerai. Bukan disebabkan tak soleh tapi tak ada kimianya. Apalagi kita sebagai manusia biasa ni.

Penghalang jodoh

Bukan itu saja, terkadang kedua dua setuju, ibu bapak pulak jadi penghalang. Memilih. Kalau keluarga berfikrah benda senang. Petik button aje dah boleh jalan tapi kalau keluarga tu fikrahnya ” kelabu asap ‘ alamat problemlah dan selalunya jamaah jadi mangsa fitnah.

Jamaah yang dipersalahkan. Apalagi kalau pemilihan jamaah tu ditakdirkan tak bahgia, alamat gempa bumilah jamaah ni. Ribut taufan lah, tsunamilah dan dipanah petirlah jamaah ni.

button

Jamaah ni bukanlah agensi mencari jodoh atau tempat membahgiakan pasangan tapi jamaah dakwah. Jamaah yang nak membawa manusia dari zulumat ti ilannur  dari kegelapan kepada cahaya. Cahaya aqidah. Cahaya Islam. tapi itulah, bila fikir balik, nak selesaikan masaalah kefahaman dan masaalah  ahli pun sukar, apalagi nak selesai masaalah ummah.

Itulah tribulasi jamaah dakwah yang terpaksa diharungi!

Kalau masing masing sedar dan bertanggungjawab alangkah cepatnya proses tarbiyah ini. Tapi sebagai pemimpin kita kena akur dengan fitrahnya.

” Insyaalah, ana akan bawa masaalah ini pada majlis murabbi akan datang” Kata ku untuk menutup cerita.

” Ana hanya bagi pandangan saja Naqib, bukan nak susahkan! Kami kalau boleh, tak nak sangat kawin kalau bukan dengan ikhwah. Tapi, kalau ikhwah pun biarkan kami begini, dan memilih milih pasangan, siapa nak bela kami? Dia mempersoalkan dengan penuh perasaan.

Suami Brutal

dera

Kami memang takut kalau kawin dengan bukan ikhwah. Kami tak nak tidur satu bantal, mimpi lain lain.Kami bercita cita islam, mereka ada agenda lain.Banyak kami tengok hidup sejarah akhawat dan sohibah kami dah tak ikut islam dan menjurus kepada jahilliyah. Terkadang ada yang jadi mangsa dera. Bukan saja dera perasaan, dera fizikal dera sek pun ada. Itu yang kami takut. Pasal nak bina rumahtangga islam ni jauh sekali, apalagi nak bina keluarga dakwah seperti yang naqib selalu tekankan! Tentu jauh sekali kan …”  Tambahnya minta sokongan.

” Sekuat mana pun fikrah dan tarbiyah yang diasuh pada kami, pastinya lama lama cair jugak, bila bertembung dengan suami yang tak islamic ni ! Apa lagi nak mentarbiyah mereka! Teori bolah lah! Gerenti tak jalan punya kerana ketua rumahtangga adalah dalam tangan mereka. Jarang sekali kami lihat kawan2 diluar tu dapat apa yang dikehendaki, seperti yang dijanjikan masa belum kahwin dulu. Malah ada kawan kawan pejabat kami dipergunakan. Jadi hamba sek dan diperlakukan seperti dalam porno dan tempat mereka mengikis duit.! Selalunya merekalah yang menguasai semua!”  From head to toe. From pocket to handbag!”.  Kalau melawan dipukul. Dia terus berhujjah. Seram sejuk aku mendengarnya. Memang benar kata fulanah ni.

“Dengan ikhwah sekurang kurang nya adalah belas kasihan, adalah pertimbangan, sebab mereka faham agama! Kalau brutal dan brengsek sekali pun taklah sampai tangan naik ke muka. Paling maksimun jatuh talaq! Tapi kalau dengan yang tak ada agama, silap silap gantung tak bertali.  Dengan ikhwah kalau ada krisis pun adalah tempat nak mengadu dan merujuk. Dengan jamaah. Sekarang ni manusia macam macam gila. Bukan gila saja tapi gila gila. Muka yang nampak suci macam lepas tayammum dan innocent serta macho macam Bradd Pitt pun belum tentu lagi perangainya. Terkadang lebih ganas dan brutal dari mat rempit. Itu yang amat kami takut. Kus semangat! Simpang malaikat 44. Jadi sementelah  naqib dah raisekan isu ni, kan elok dibincangkan keperingkat pimpinan secepat mungkin supaya mereka lebih serius lagi untuk menangani masaalah kami!” Dia memberi pandangan dengan penuh semangat sambil melontarkan tanggungjawab itu pada aku. Meremang bulu roma dgn pidatonya. Terasa dia pulak yang jadi naqib/naqibah aku.

Aku akui dan bersetuju benar dengan hujahnya walaupun penuh emosi tapi yang tak setujunya sebab perempuan ni suka ambik jalan pintas. Gopoh. Rush. tak sabar dan selalu pushy. Dah lama aku  menahan derita dengan telatah mereka. Faham benar cara mereka berkomunikasi kalau nak sesuatu. Semua nak cepat. Nak tarik nafas pun tak sempat. Kalau boleh ” kun faya kun”. Semua nak macam magic. Tapi bila berhadapan dengan Emak ayah, dengan keadaan yang mencabar. Cepat mengalah. Gadai prinsip. Dah banyak kali aku berhadapan dengan situasi mereka yang bersemangat ni. Faham benar conclusion nya. Sebab tu aku banyak berdiam dari menyokong sekali pun hujah mereka memang bernas tapi bila, tindakan, cair mair lah …….kita yang support dari belakanglah jadi mangsa. Tonggang langgang macam rumah setinggan kena ribut.

kena-pukul1Aku teringat dulu, bila cuba menolong seorang akhawat yang tak mau dikahwinkan dengan sepupunya kerana bukan ikhwah dan aku berhadapan dengan keluarganya untuk mempertahankan prinsipnya dan akhirnya dia cair dan aku nasib baik tak jadi arwah. Kalau syahid tak apalah. Tapi kepala berjahitlah. Sejak itu aku serik. Kena tengok keadaan dulu kalau nak backing pun. Tu yang aku takut dan berhati hati dengan perempuan ni. Memang fobia. Banyak kalau aku nak ceritakan dengan pembaca kisah akhawat ni kerana aku hidup bersama mereka. Banyak pahit dari manis. Tapi tak semua akhawat yang macam tu. Mungkin aku belum jumpa lagi yang benar benar berstatus Mujahidah! Rasanya tak lama lagi kot …

Marriage Planning

Sememangnya dan sepatutnya pendakwah kena merancang perkahwinan dengan baik. Kita berkahwin bukan sahaja untuk membina tempat tinggal, berkasih sayang, berzuriat dan melalui hari hari biasa seperti makhluk lain yang kerdil dan hina maknanya.

Perkahwinan kita adalah perkahwinan akhirat. Perkahwinan yang hidup. Perkahwinan yang bernyawa. Perkahwinan yang dapat memastikan tarbiyah yang sentiasa berjalan mengikut manzilahnya serta melalui fasa fasa untuk meniti terminal terakhir sehingga keluarga yang dibina tidak terpisah diakhirat!

Apalah guna sebuah perkahwinan yang hanya bahgia, bergelak ketawa dan bercanda didunia tapi mengalirkan airmata diakhirat.

Apalah guna sebuah perkahwinan yg dibina hanya terhenti disebuah perkuburan.

Apalah guna sebuah perkahwinan yang akrab didunia dan menjadi musuh dihadapan Allah!

Dapatkah perkahwinan begini melahirkan citra cinta dari dua keping hati, dua susuk yang terus bercinta dan membelai hingga kesyurga?

Adakah naluri cita cita ini berkembang dalam sanubari kita?

Atau kita serahkan pada nasib dan keadaan menentukankan?

Atau kita terima sesiapa saja asalkan kahwin?

Atau kita yakin boleh mentarbiyah suami yang tiada fikrah mengikut kita?

Yakinkah kita?

Mungkin ini langkah pertama perlu difikirkan seblum apa apa tindakan….

baitulmuslim

Inilah keluarga yang sepatutnya kita idam dan doakan. Inilah keluarga dakwah yang diajarkan supaya kita menghayati dan membinanya!

“Macammana pandangan naqib?”. Dia terus menyambung. ” Ana setuju” Jawab aku tegas. “Cuma tak berani nak gerenti masaalah ini selesai. Insyaalah ada penyelesaiannya. Dan ana rasa kita bincang kemudian dalam agenda lain lain hal selepas ni, sebab Usrah kita pun tak mula lagi kan….”?

Dia tersenyum malu diikuti suara tawa anak usrah yang lain.

 

 

Ya Allah temukanlah anak usrahku dengan seseorang untuk menjadi peneman mereka dalam perjalanan yang panjang dan berliku ini. kasihani mereka ya Allah kerana mereka amat mendambakan kasih sayang dan keluarga dakwah yang diredhai olehmu ya Allah.

الفقير إلى الله

muharrikdaie

 

7 responses to “Duhai naqib, kawinkan kami

  1. hanisaleeya March 10, 2010 at 5:25 pm

    SalaAm..

    Masih menanti..
    Menanti..
    Menanti “sang pembimbing” yang dimimpikan dulu..
    “Sang peneman”
    “Sang penghibur duka”

    Ana sudah cuba sedaya upaya menghilang bayangmu, tapi tak berjaya juga.
    Apa benar dia jodoh ana?
    Kerana dalam doa ana tak pernah lupa..
    “Kalau dia bukan jodoh ana, tolonglah hilanghan bayangnya dari fikiran ana, Ya Ilah. Ana bimbang hajat tak sampai, nanti ana salahkan Ilah yang telah mencipta ana. Kalau harapan ini bakal kesampaian, tolong bimbing ana sehingga tiba saat yang dinantikan. Jangan biarkan ana sesat, Ilah..”

  2. tariq_dhiya' December 31, 2009 at 4:13 am

    Semoga masalah dapat diatasi segera

  3. tariq_dhiya' December 31, 2009 at 4:12 am

    Seharusnya ikhwah mentarbiyyah lebih ramai kaum muslimin,
    supaya masalah ketidak seimbangan bilangan antara ikhwah dan akhawat dapat diatasi,
    seterusnya memudahkan proses baitulmuslim kedua2nya…

  4. kahfi8 December 30, 2009 at 4:55 pm

    salam,

    nape tarikh kat atas tu 9 april?

  5. nuur May 25, 2009 at 5:29 am

    hmm.. terdapat juga situasi dimana akhwat ramai..ikhwah sikit..dan yang sikit nii pulak pilih bukan akhwat ..hmm..

    seharusnya baitul muslim itu memperkasakan kedua peribadi muslim ini bagi menggulir roda dakwah dengan lebih laju lagi..
    Inilah matlamat utama pemilihan ikhwah dan akhwat oleh mana2 peribadi muslim yang dibina..

    wallahualam…

  6. umaq April 10, 2009 at 4:48 pm

    ana setuju. Tapi bagi ana pernikahan ini sebenarnya syariat alam dan tarbiyah jinsiyah.

    kalau kita faham konsep ia bukanlah susah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: