Muharrikdaie

Menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

Kenapa orang dakwah takut kawin


angkat-biniAku tersentak bila aku pula ditanya soalan ini oleh seorang akhawat tentang persoalan ini selepas mempengerusikan forum Bicara Maulidurasul malam tadi. Sepatutnya Ustadz2  yang ditanya. Sebab mereka ahli penal.Bukan nya aku. Sebab aku bukan Ustadz. Cuma sesekali aje aku dipanggil Ustadz. Itu pun Ustadz bidan terjun. Ni yang aku takut ni berhadapan dengan audien yang gila gila dan brutal ni. Aku terima jadi pengerusi ni pun sebab dakwah! Sebab aku suka rumuskan forum yang disampaikan oleh Ustadz ustadz yang berforum dalam kerangka dakwah.

Peluh aku dah mula membasahi jubah yang sesekali aku pakai ni. Jubah istimewa. beli kat Mekah. Kalau pakai jeans dan tshirt favorite aku tak lah nampak peluh yang berjuntai juntai tu. Nasib baiklah otak ni tak jemn. Sempat aku lontarkan persolan ini pada ustadz . Ustadz  tersenyum melihat aku. Dia tahu isi hati aku kerana dia murabbiku. Dia tahu aku boleh menjawab soalan itu. Mungkin lebih baik dan bernas dari apa yang ingin ia sampaikan.

” Pertama nya sebab da’i ni tak cukup duit.” Ustadz memecah suasana. ” Bukan tak ada duit tapi tak cukup duit.” Ustadz tersenyum tapi serius. Persoalan itu terus dijawab hingga kepenghujung, sehingga memuaskan hati yang bertanya.

tears2

Inilah dilemma yang berlaku dalam kehidupan seorang da’i. Kena bayar pinjaman. Kena tanggung keluarga, kena infaq jamaah, kena buat dakwah dan berbagai lagi. Bagi yang kaya tidak timbul masaalah sebab semua keluarga akan uruskan. nak kawin bukan nya senang. sekurang kurangnya kena ada RM10,000 cash. Masih murah lagi dibandingkan negara lain. Itu pun bagi keluarga perempuan yang tak demand ataupun keluarga perempuan yang tak kaya dan berstatus bangsawan. Kalau yang berstatus. Alangkah malangnya. Pakai putuslah cinta yang dibina. Pakai robeklah hati. Pakai luluhlah jiwa. Pakai mengalirlah airmata.

duitSebenarnya itulah harga yang perlu dibayar dalam sebuah perkahwinan. Terkadang bukan keluarga perempuan yang inginkan begitu tetapi oleh sebab keadaan yang memaksa. Apalah yang boleh dibeli dengan RM10,000! Nak buat persiapan kawin. Kad jemputan. Kalau buat kenduri pun hanya 500 orang ahli keluarga saja yang boleh dijemput kerana catering seorang dicharge RM10.00 paling murah yang lauknya ayam masak merah belum masuk sewa khemah dan benda lain lagi. Aduh…. malangnya jadi generasi sekarang. Generasi yang hidup dalam kebendaan dan benda menjadi penghukum segala ketentuan Tuhan.

Beginilah sempitnya hidup manusia sekiranya meninggalkan ajaran Nabi dan Alquran. Menyusahkan benda yang senang. ” Tak bolehkah akad nikah dan wang belanja kawin RM80 dan buat kenduri kesyukuran disurau saja,makan nasi ayam dalam talam!” Tanya seorang teman nak memecah masaalah. Semua tersenyum tanpa jawapan.

Ada pun semua itu boleh selesaikan! tapi mungkin caranya tidak dipersetujui semua orang dan tak perlu solusinya disini, takut jadi kontroversi. Maka sunyilah da’i, berjuang tanpa pembantu disisi. Daiyah pula ghaib menghilangkan diri mencari yang boleh menjamin diri untuk hidup 100o tahun lagi.

Dari perspektif dakwah memang merugikan. Figur figur yang hebat dan ada talent dikalangan daiyah hilang begitu saja sebab terpaksa menurut kehendak keluarga dan kehendak keadaan. Da’i pula dihantui perasaan takut untuk meminang daiyah2 ini kerana kekurangan2 material dalam hidupnya tapi tak seorang pun ingin membicarakan persoalan ini kerana masing2 telah disaluti budaya, keadaan dan bi’ah yang tak solehah ini lantas menutupi matahati mereka akan kehendak dakwah dan hukum agama.

Terencatlah pembinaan madrasah dakwah. Keluarga dakwah. Yang bernasib baik dan dimakbulkan doa dapat lah pasangan yang sekupu. walaupun sekupu hanya pada benda, rupa dan keturunan. Agama? Mungkin ada. tapi yang berfahaman rutin. yang hidup nafsi nafsi. ana ana. anta anta. Qiyadah, murabbi dan naqib pening kepala. Anak anak usrah akhawatnya terus single sehingga menjadi mak dara. Yang teruna memilih selera.Yang dah nikah pula hilang tanpa berita dibawa suami yang buta agama. Apa nak buat. Dah jodoh. Kalau ditolak soul menderita. Diterima mungkin bahgia. Terpaksa gamble dalam hidup. Untung batu tenggelam, untuk sabut timbul. Tiap malam bangun tahajjud munajat minta Allah jadikan suami tentera fikrah. Ahli jamaah. Agar cita cita dalam halakah dimakbulkan Allah. Setahun, dua tiga dan empat. Anak lahir mengikut abjad. Sibuknya hanya Allah yang tahu. Pagi hantar anak nursery terus kepejabat. Petang balik badan dah penat. Malam pula memerah keringat. melayan suami yang tak tahu penat. Niat nak bangun malam buat munajat. Terbangun pagi pun ingat tak ingat.

Itulah dia tasaur pernikahan. Luar indah didalam gundah. Tanpa rancang tanpa planning. Derita yang datang. Tarbiyah yang dilalui bertahun tahun tidak dapat dimenfaat. hubungan dengan Allah semakin pudar. Menjaga aurat pun semakin longgar. Tudung labuh dah semakin singkat. Dulu kosong sekarang berikat ikat. Sarung kaki  tidak dijaga. Jubah pula nampak berbunga.

Dunia terus berputar. Nuansa jamaah dan naungan jamaah tidak bermakna. Semua meletak nafsu diatas agama. Jamaah semakin mengecil. Lesu dan lena.

Ummat diluar semakin lemah.Maksiat semakin bersilat. Hingga ramai gadis gadis melayu sudah tidak suci lagi. Perhubungan sex sudah tiada rahsia. terkejut dan pilu apabila hanya dilakukan diatas motor mat rempit ditepi tepi jalan. Bagai babi dan anjing yang ditemani syaitan.Pencegah maksiat dah tak cukup kakitangan. Hospital2 dah dipenuhi oleh baby baby haram yang dibuang. Muruah bangsa dan agama sudah tidak terkawal lagi. Da’i2 menghadapi masaalah dakwah kerana berkahwin dengan tak sefikrah dan ada setengahnya ditarik telinga sehingga gugur dijalan dakwah. Daiyah pula beku dirumah menjadi hamba suami yang sentiasa ghairah, melayan anak dan membelai serakah …..

Salah siapa? Salah kita. Tidak berani. tidak sabar. tidak hati hati. tidak bertawakkal dalam memilih jodoh … akhirnya terpikullah kita kayu api itu. Mengadap Allah dalam kepenatan ….

Inilah hukum karma bila Quran dan Sunnah diabaikan …

8 responses to “Kenapa orang dakwah takut kawin

  1. Cikgu August 11, 2011 at 10:19 am

    Mengapa masih tegar sendiri walau ada yg rela bersusah payah bersama… Yang rela dibimbing ditarbiyah… Yang tidak memandang harta dunia… Yang minta untuk dipimpin ke syurga… Mengapa…………..

  2. khadijah February 12, 2011 at 12:17 am

    tak paham & sesak dada baca,kenapa mcm tu sekali?kan ke Allah tolong sape yg tolong agamaNya?

  3. hanisaleeya March 10, 2010 at 5:19 pm

    SalaAm..

    Gerun mengenang alam yang belum tiba masa lagi..

    Di manakah dia “sang pembimbing” yang ana mimpikan dulu?
    Belum tibakah masanya, Ya Ilah?
    Ana sudah kewalahan hidup sendiri..

  4. nuurhati September 6, 2009 at 3:17 pm

    Itulah dia tasaur pernikahan. Luar indah didalam gundah. Tanpa rancang tanpa planning. Derita yang datang. Tarbiyah yang dilalui bertahun tahun tidak dapat dimenfaat. hubungan dengan Allah semakin pudar. Menjaga aurat pun semakin longgar. Tudung labuh dah semakin singkat. Dulu kosong sekarang berikat ikat. Sarung kaki tidak dijaga. Jubah pula nampak berbunga.

    nauzubillah … !

    nak anak usrah akhawatnya terus single sehingga menjadi mak dara. Yang teruna memilih selera.Yang dah nikah pula hilang tanpa berita dibawa suami yang buta agama. Apa nak buat. Dah jodoh. Kalau ditolak soul menderita. Diterima mungkin bahgia. Terpaksa gamble dalam hidup. Untung batu tenggelam, untuk sabut timbul. Tiap malam bangun tahajjud munajat minta Allah jadikan suami tentera fikrah. Ahli jamaah. Agar cita cita dalam halakah dimakbulkan Allah. Setahun, dua tiga dan empat. Anak lahir mengikut abjad. Sibuknya hanya Allah yang tahu. Pagi hantar anak nursery terus kepejabat. Petang balik badan dah penat. Malam pula memerah keringat. melayan suami yang tak tahu penat. Niat nak bangun malam buat munajat. Terbangun pagi pun ingat tak ingat.

    …..

    hmm.. solusi?

    • muharrikdaie September 6, 2009 at 11:13 pm

      Pandangan saya ~ Semua pihak kena main peranan esp. ibu ayah.Janganlah demand sangat! Terimalah ala kadarnya bakal menantu asalkan menantu itu dapat membimbing isteri kearah keredhaannya. bab rezeki ni insyaalah, kerja Allah cumanya kemewahan tidak dijamin tetapi rezeki dalm jaminan Allah.

      Bagi akhawat, janganlah terlalu desperate nak kawin, jodoh juga kerja Allah paling penting usaha kita mencari yang boleh membimbing kearah keredhaaNya jgn asal kan lelaki, terima saja! kerana implikasi perkahwinan adalah terhadap generasi mendatang hingga keakhirat.

      Ada juga dikalangan akhawat yang nak kawin dengan sama jamaah dengannya walaupun ada ikhwah dari jamaah lain yang ingin melamarnya! Memang idealnya begitu. Tapi Islam tidak mensyaratkan begitu asalkan berfikrah sudah memadai, kerana bab sama jamaah ini adalah perkara yang boleh dibincangkan kerana matlamat perjuangan adalah sama cumanya gerak kerja dan time table saja. Kenapa kita harus levelkan fikrah kita sampai kedasar sedangkan islam ada penyelesaiannya!

      Bagi ikhwah ~ utamakan akhawat. Janganlah terlalu memilih yang cantik dan body mengiurkan. Tak kemana! Bukan tak penting tapi itu perkara secondary. Semua orag ada citarasa tapi jangan kita abaikan citarasa Islam. Isteri didunia ini hanya lah peneman dan pembantu untuk menjadi kita lebih takwa bukan untuk pemuas nafsu dan untuk berbangga dengan kecantikan isteri. Berpada padalah asalkan sejuk dimata dan sejuk dihati. Isteri yang kekal hanyalah ” Bidadari ” syurga” yang dijadikan oleh Allah dari isteri kita didunia yang sama sama mencari dan bantu membantu dalam takwa.

      Bagi saya, ini bukan satu teori tapi haruslah kita sama2 fikirkan demi Islam, demi generasi islam akan datang …

      Wallahuaklam

      • irhafiz September 7, 2009 at 10:37 pm

        Asas menjadi pendakwah semestinya banyak berfikir. Apa sahaja yang ingin dilakukan pasti diteliti terdahulu secara terperinci. Bukan apa, bimbang ia tidak selari dengan agama.

        Terkadang juga, fikirnya kita hingga terlalu takutkan risiko. Selalu terlintas difikiran, adakah ia adalah jodohku yang sesuai? Adakah ia berkekalan, dan bahagia juga berkekalan? Bagaimana pula dengan karung seluar, penuhkah atau kosongkah nanti?

        Hal inilah yang kerap mengganggu para daie daripada melepasi title bujang.

        Ada juga yang terpikat dalam usia belajar, ketika masih di kampus. Terpikat dengan sesama fikrah juga, perlukah disegerakan perkahwinannya atau bagaimana? Sebabnya seolah-olah ada syarat baru untuk berkahwin, “habis belajar!!”

        Semua bercita-cita mencari bahagia, dibalik istana yang dibina, namun ia tidaklah mudah belaka, mencari teman sefikrah yang beragama, teman disaat hati terluka, teman tika hati gembira.

        Bukan dekat destinasi yang dituju, sudahlah begitu.. jalannya pula berliku-liku, hajat hati inginkan pembantu, namun kerap fikiran jadi buntu… masih mencari-cari siapa sebenarnya diri itu.

  5. umaq April 10, 2009 at 6:00 pm

    Daie memang susah nak kahwen tapi bila dah kawen rumah tangganya senang dan lapang.

    Tak kawen juga lagi. Ni belum jadi daie.

Leave a reply to muharrikdaie Cancel reply