Islamlah! nescaya kamu selamat

Dibelakang para Da’i ada para Da’iyah


kawinAlangkah indahnya sistem islam ini. Alangkah cantiknya susunan dakwah ini. Alangkah tersusunnya tanzim ini jika ini yang berlaku! betapa seorang da’i akan terangkat semangatnya hingga kepuncak kerana dorongan da’iyah dibelakangnya. lihat saja isteri Hanzalah! Lihat saja Isteri Al-Banna dan lihat saja Isteri AsSyahid Abdullah Azam dengan teguh sabar dan berani tidak membenarkan sesiapa mengucapkan takziah kepadanya dan anaknya atas kesyahidan suaminya kerana dia mengerti akan perjuangan suaminya dan dia mengerti bahawa suaminya tidak mati bahkan akan terus hidup dan mendapat rezeki dialam keyakinan bersama burung burung hijau yang berkicau yang menjadi penemannya.

Inilah beberapa cerita dari ribuan kisah tentang peranan akhawat dalam inovasi dakwah dan kemampuannya dalam menemukan jalan baru, idea idea segar, semangat yang menyala dalam bingkai kerja dakwah demi untuk melajukan lagi proses amal islami.

Akhi … wanita adalah rakan kongsi kita dalam dakwah ini. mereka memerlukan kita dan kita juga memerlukan mereka dan dari segi hak dan tanggungjawab adalah sama antara kita dan mereka dan kerna itulah matlamat perhubungan bukan sekadar untuk berseronok sahaja tapi bekerjasama menjaga kelansungan dakwah dan bersama memikul beban hidup.

Apakah peranan kita? Apakah kita hanya ingin menjadi lelaki yang hanya menjadi peneman isteri dibilik tidur? Apakah kita hanya ingin menjadi lelaki yang romantis seperti seorang Romeo? Apakah kita hanya menjadi lelaki yang hanya membisikan kata kata cinta pada sang isteri yang inginkan belaian? Atau kita ingin menjadi Rijalludeen Rabbani yang dapat membentuk generasi dan meneyelamatkan generasi.Janganlah kita sekadar berpuas hati melihat bakal bakal isteri ataupun isteri isteri yang kita nikahi bertudung labuh, mendidik anak anak pakai kupiah dan mengajaknya berulang alik kesurau atau masjid tanpa kita memberi perhatian dari juzuk juzuk jihad dan tarbiyah dan dakwah sehingga kita ketandusan generasi pejuang tanpa kita dapat saf kan mereka dalam jamaah yang akan mengantikan kita! Ingatlah deen ini tidak terdiri diatas rakaat rakaat ….

Sekiranya akan datang, tidak disafkan anak anak ini, ditakuti mereka akan jadi generasi KFC generasi Starbuck generasi Mc Donald dan berbagai lagi sehingga jadilah mereka seperti ayam daging, seperti harimau di zoo yang dikurung ruh dan jiwa jihad mereka dan jadi pengecut apabila berdepan dengan cabaran mendatang ….peranan inilah yang harus dimainkan oleh wanita intifadhah ini dan kuncinya adalah dari tarbiyah antum ….

Akhi … ingatlah fitrah seorang wanita jika tidak mendorong laki laki untuk melakukan kebaikan maka ia akan menjadi pembantunya dalam kejahatan … betapa banyak da’i yang gugur kerana isterinya ….betapa banyak pemuda yang jadi lemah kerana menurut kata ibunya ….

Oleh itu dalam tausiyah ringkas ini sama sama kita renungkan bahwa amat perlu dilibatkan isteri antum dalam amal jama’i. Jangan biarkan isteri masing masing hanya duduk dirumah dalam keadaan kebekuan dan kejumudan.

Ingatlah … kita memerlukan wanita intifadhah dalam rombongan dakwah ini …disamping mereka membentuk anak2 antum dirumah dengan tarbiyah islam jangan dilupai bahawa masih banyak tanggungjawab masyarakat yang perlu diisi oleh mereka …. bantu dan bimbinglah mereka agar menjadi bukan sahaja isteri solehah tapi isteri intifadhah yang dapat meniupkankan semangat juang dalam diri antum ketika antum berada dalam kefuturan ….

Akhi … sekiranya antum masih keseorangan tercari cari mutiara dakwah yang ingin dijadikan teman berdoalah! insyaalah mudah2an akan datang sinar itu namun teruskan berdoa kerana terkadang cahaya yang disangka mentari itu hanya satu kerlipan yang terus hilang …..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: