Dakwah dan tarbiyah

Islamlah! nescaya kamu selamat

Tausiyah buat a’dha/mutarabbi


usrah1Kesedihan adalah naluri fitrah yang Allah lahirkan dari rahim alam ini sebagai tanda kekuasaannya terhadap makhluknya … Kesedihan juga boleh membangunkan jiwa jiwa sehingga mencapai jiwa jiwa auliya’. Tapi kesedihan yang bagaimana?

Ohhhh… kenapa aku bicarakan isu ini pagi ini? Memang aku sedih sehingga membuatkan kereta aku hampir terbabas malam tadi apabila pulang dari halakah. Keaiban dan rasa malu menghantui diri aku apabila mengenangkan rumusan kehadiran a’dha2 jamaah terutama adik adik aku dibawah jagaan aku amat menyedihkan.

Sekiranya kamu tahu wahai adik adik akan kecintaan aku kepada kamu pastinya kamu akan turut bersedih bersama aku dan semestinya kita semua akan membangunkan potensi diri kita untuk mengembangkan sayap keimanan kita untuk terus memakmurkan tarbiyah ini.

Adik adik ku, sebagai qiyadah yang diamanahkan untuk membina kamu, aku dari detik kedetik mencuba sesungguhnya membaiki diri aku semata mata untuk melahirkan haibah pada diri aku supaya aku dapat dijadikan qudwah oleh kamu. Aku amat ingin kita sama sama bangun dari kelemahan ini. Bangun untuk merealisasikan janji dan benarnya syahadah kita terhadap Allah. Betapa indahnya kebersamaan kita kerana Allah. Tali yang mengikat kita adalah kesatuan fahaman dan sama tujuan.

Ingatkah kita setiap jumaat diwaktu matahari masuk kepersadanya, kita sama sama membaca wazifah al kubra. Aku munajat bersama sama mu. Aku tadahkan kedua tangan ku bersama sama mu. Kita sama sama bermohon agar Allah memberikan kita Iman yang sebenarnya. Bukan iman olok olok, bukan iman hanya di bibir, bukan iman hanya pada bait bait munajat itu tapi adalah iman yang akan mendatangkan natijah kita untuk menjadi da’i yang akan menjadi hujah diakhirat nanti.

Dalam sebak munajat itu hati aku melayang jauh mencari Allah dimana airmataku mengalir lesu. Aku teresak esak dalam membayangkan dosa dosaku. Aku membayangkan wajah wajah kamu semua agar Allah satukan kekuatan kita untuk menerjah syaitan dan nafsu yang telah lama berkampung dihalaman hati kita. Aku mohon akan kejernihan itu agar selepas itu tausiyah ku yang berbekalkan wahyu akan dapat masuk menyelinap didalam aliran aliran darah kamu agar membolehkan kamu menjadi muharrik yang dapat mengerakkan perjalanan yang panjang ini.

Adik adik yang sangat aku kasihi, Aku mengasihi mu kerana Allah. Teguran dan tausiyah ku kerana Allah. Aku tidak minta apa apa dari kamu semua kecuali aku inginkan kamu dapat memahami deen ini dan dapat menggunakan sedikit mujahadah untuk dijadikan permulaan perubahan kamu. bangunlah adik adik ku. Sekiranya kamu dapati aku lemah, kuatkanlah aku sepertimana ditika ini aku amat melihat akan kelemahan kamu. Ibadah kamu. Mujahadah kamu. aku tidak pernah su’ul dzan terhadap kamu semua tapi dari kematangan dan pengalaman aku, aku tahu kamu amat memerlukan rawatan. jangan kamu biarkan sakit itu. Kelak aku takut malaikat yang sentiasa menziarahi kamu teringin untuk mendekati mu. Pastinya aku menyesal sekiranya malaikat itu memanggil kamu dalam keadaan kelemahan kamu. waktu itu aku tidak dapat memaafkan diri ku yang tidak dapat membina kamu selama ini.Tidak dapat membawa kamu kepada alam asalnya.

Adik adik yang kukasihi … Ingatkah kamu sewaktu aku mentaujih kamu agar kamu sentiasa memerhatikan ungkapan Alghazali bahawa ” dai yang merehatkan diri dirumah tanpa membuat apa apa adalah satu kemungkaran!” Ingatkah? Dan aku tidak mahu kamu begitu. Aku tidak mahu kamu mengulangi peristiwa Tabuk kali ke 2. Tabuk banyak mengajar aku dalam hidup ini. aku tidak mahu tertinggal lagi dalam kafilah dakwah ini ….kerna aku tahu sekiranya aku tertinggal aku tidak akan dapat menyusuri mereka lagi, aku tidak dapat menyusuri Idola ku untuk mendapatkan keabadian cinta dan syafaatnya. Aku ingin kamu juga seperti aku …..bersemangat seperti aku ….berusaha seperti aku …..walaupun aku tak sehebat mana dipandangan matamu tapi sekurang kurangnya aku ingin menjadi susuk terbaik disebalik deen ini. Aku tahu Allah tidak melihat natijah perjuangan ku tapi Allah hanya ingin melihat kerja kerja ku, amanah2 yang ditaklifkan pada ku ….

Adik adik ku … ada dikalangan kamu ada yang telah menerima ujian yang berat dalam hidup mu. Sepatutnya dalam keadaan ini kamu sentiasa bersama dengan Allah, bersama Jamaah demi untuk mengembalikan kekuatan untuk bertarung dengan musibah dan ujian itu. jangan kamu meminggirkan diri. Syaitan amat banyak mendekatmu.Memujuk dan membisikan berbagai bagai fitnah untuk kamu terus lemah dalam menghadapi sebahagian episod hidup ini.

Ada juga dikalangan kamu yang suka buat membuat kerja sendiri dan mengabaikan arahanku. Merasakan diri kamu hebat dari sahabat sahabat yang lain sehingga meninggalkan amal jama’i. Kekadang aku lihat sifat sifat jahilliyah yang cuba kutanam telah kamu hidupkan kembali dan kamu racuni sahabat sahabat halakatmu.Waktu inilah aku lihat amal2 yang kamu nampak hebat pada dirimu sebenarnya adalah amal2 yang dhoif bagimu tanpa kamu sedar. Aku nampak kekeruhan wajahmu tanpa sinar. bertaubatlah kamu. peliharalah akhlakmu diwaktu kita bersama. jagalah hati hati sahabat supaya tidak terluka oleh perbuatan perbuatan syaitan yang ada dihatimu. jangan kamu jadikan amal2 kamu sebagai fatamorgana. aku amat mengenali dirimu sepanjang kita bersama dan kerna itulah aku menegurmu atas kapasiti ku sebagai murabbimu.

Adik adik yang amat amat aku kasihi …
Sebelum aku labuhkan tirai tausiyah ini, aku amat mengharapkan komitment kamu semua supaya kita bangunkan kembali jiwa jiwa jihad kita yang sering kita lafazkan dan semburilah virus futur dan malas ini dengan kesufian kerana kita hari ini telah luput dalam banyak medan ketaatan, ketidakhadiran dalam banyak medan dakwah hilang dalam kesempatan mulia. Kita luput dan tidak hadir bukan pada satu dua atau tiga medan ketaatan tapi mungkin puluhan ratusan malah ribuan oleh lebih dari itu disepanjang kita berada dalam dakwah ini. Tapi kita belum juga menyesal dan menanggisi momentum momentum itu!

Pernahkah kita bertanya, kenapa boleh kita jadi begitu adik adikku? Mungkinkah kerana Allah amat mengetahui bahawa kita masih belum tulus berjuang dijalannya? belum begitu ikhlas dalam keimanan padanya. Lalu kerna itu, Allah menjadi tidak terlalu peduli pada kita, apakah kita termasuk barisan orang orang yang melakukan ketaatan, berdakwah dan berjuang atau sebaliknya! Atau mungkin juga tidak pernah bersedih apalagi mencucurkan airmata kerana kita tidak punya apa apa untuk dipersembahkan kepada Allah!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: