Fikh Cinta


cintaallah

Cinta adalah sesuatu yang abstrak untuk dibicarakan

Ia mungkin menjadi satu yang kontrovosi untuk diperdebatkan.

Apalagi untuk menerimanya secara lapang dada dan husnul Dzan ( Baik sangka )

Terkadang cinta bagai musuh bagi sesetengah manusia.

Ada yang menjadikan cinta sebagai teman akrab yang paling abadi dan ada yang menganggapnya satu dongengan yang tiada erti.

Itulah cinta yang disukai dan dibenci!

Memang cinta tiada definasi.

Ia ditakdirkan menjadi kata tanpa benda.

Tak terlihat tapi terasa.

Itu kata pujangga cinta yang punya jiwa halus untuk dimengerti.

Cinta bagai badai yang boleh memindahkan gunung pasir ditengah gurun.

Bagai tsunami yang menjamah bumi.

Menyeret segala benda yang ditemui dihadapanya!

Ia bagai api.

Membakar  serakusnya.

Ditakdirkan menjadi kekuatan.

Angkara murka yang mengawal dan melindungi kebaikan.

Cinta adalah satu legenda.

Legenda yang tidak pernah selesai.

Alangkan Rabiah Al~Adawiyah, Ar Rumi dan Iqbal telah melaungkan tentang  cinta dalam prosa dan puisi cinta mereka justeru telah mengangkat darjat mereka menjadi auliya’ Allah, apakah kita yang buta tentang cinta dari alam jiwa ini tidak boleh menerima nya secara positif dalam membina emosi kita kearah tasawwur cinta yang sebenarnya!

Memang!

Cinta itu amat rumit.

Kerana ianya terletak pada antagoni antagoninya. Dalam kerumitan itu jugalah pesonanya menyebar pada kerja dan pengaruh pada kehidupan manusia.

Seperti kata pujangga cinta.

” Kita tidak perlukan definasi cinta dan tidak perlu penjelasan tentangnya sepertimana kita tidak perlu penjelasan keterikan mentari untuk kita merasakan teriknya. Kita hanya perlu tahu cara kerjanya.

Cara itulah kerjanya.

Mungkin inilah yang dikatakan ” The Art of loving “.

Seni mencintai.cinta-burung

Mungkin cara pandang manusia ” Melayu ” terhadap cinta ini terlalu negatif . Ataupun mungkin mereka telah dibekukan oleh genetik nenek moyang mereka sehingga mereka tidak dapat melihat cinta ini dalam satu perspektif yang luas yang dapat memberi kekuatan untuk melonjakkan motivasi diri kepada sesuatu perkara.

Memang apabila dilihat pada minda masyarakat melayu, mereka lebih suka menghukum kepada sesuatu perkara yang mereka jahil sehingga mereka kabur dengan pandangan primitif mereka.

Mereka hanya melihat ‘ tassawur ‘ cinta itu hanya pada dua susuk tubuh lelaki dan perempuan yang melakukan maksiat pada Allah.

Hanya pada  kata kata goyangan rindu dan ayat ayat cinta yang dialunkan pada irama nafsu.

Seperti pada nostalgia filem filem ” Semerah Padi dan Laila Majnun” sehingga menyempitkan erti cinta yang sebenarnya  seperti mana sempitnya ruang esophagus  pada penyakit ” Achalasia”.

Kita semua pastinya  menolak ” Cinta ” yang berlandaskan hawa nafsu sekalipun ianya memang wujud dalam diri kita secara fitrah kerana deen ini mengajar kita untuk menolaknya kerana ianya menjuruskan kedurhakaan kepada Allah, tapi untuk menganggap cinta itu merosakan adalah sesuatu tuduhan yang melulu sebab  cerita  cerita  dari ayat ayat quran banyak menyatakan tentang cinta.

Hadith2 dan Atsar juga mengiringinya.

Namun sebab ketiadaan Fikh Cinta ( Fikh itu hanya istilah saja bermaksud kefahaman ) itu membuatkan kita asing dengan pengertian cinta yang sebenarnya.

Sebenarnya dan seandainya cinta ini kita fahami secara jujur sudah pasti ianya menjadi satu badai motivasi dalam kehidupan kita untuk melakukan perubahan.!

Dari Lemah kepada kuat, dari negatif kepada positif dan seterusnya …

Cinta tidak lahir dari rahim alam ini secara sendirian.

Tapi ianya lahir dari semangat pertanggungjawaban.

Cinta yang kuat dan kukuh adalah manifestasi dari ” Sense of responsibility ” yang terus menerus bergelora dalam jiwa sang pencinta kerana ” Cinta adalah tindakan”.

Bukan kata kata atau janji manis yang berjela jela tanpa kesudahan!

Justeru itu mencintai adalah satu keputusan besar dalam hidup kita.

Seperti keputusan lainnya, keputusan untuk mencintai juga mengandungi beban dan risiko.

Maka semua pekerjaan yang harus dilakukan atas nama ” Cinta ” mengandungi makna yang amat tinggi iaitu;

Seberkas Amanah, sebuah Tugas dan sebuah Janji.

Justeru itu didalam Fikh Dakwah kita diajar tentang “AlHubb” atau mahabbah atau cinta kerana …

kewajipan mencintai Jamaah, mencintai Tanzim dan mencintai Dakwah serta menghayatinya secara ” Kaffah” adalah satu tuntutan yang berbentuk thawabit dan bukan secondary sehingga kecintaan itu membina susuk susuk yang konsisten dalam Jamaah dalam berjuang mengembalikan khalifah dibumi ini.

Justeru itu kita lihat dakwah yang mekar adalah dakwah yang dipenuhi oleh duat yang mempunyai naluri cinta yang halus sehingga segala apa yang mereka lakukan adalah atas dasar Cintakan dakwah semata!

Hidup mereka dengan dakwah!

Infaq mereka untuk Dakwah.

Jihad mereka kerana dakwah.

Hatta sehingga pemilihan jodoh untuk walimah (perkahwinan) mereka pun juga atas dasar cintakan dakwah dan kesenambungan dakwah dan bukan atas dasar kecantikan kebendaan atau postur tubuh pasangan walau itu pun satu tuntutan namun dakwah adalah ‘Priority” nya.

Didalam perkahwinan, fikh cinta adalah perkara utama yg perlu kita fahami sebelum melangkah keruang  masuliyah itu kerana disitulah  terkandungnya  sebuah trilogi  bebanan yang harus di pangku dan dijunjung oleh setiap kita apa lagi bagi seorang ikhwah yang merupakan ketua sebuah Baitul dakwah itu yakni

SEBERKAS AMANAH.

SEBUAH TUGAS

DAN

SEBUAH JANJI.

Akad Nikah adalah satu perjanjian yang keras dimana seorang lelaki mengambil alih hak pewalian dari ayah perempuan yakni akad!

Satu kontrak dan satu perjanjian dengan seorang wali manusia dan dengan sang Pencipta yakni Allah.

Mengambil perempuan dari perlindungan sang Ayah adalah satu amanah Allah.

Disitulah sang suami kena menghormati, menjaga dan mendidik isterinya sehingga dia menjadi sebaik baik hamba disisi Allah lantas jika seseorang yang tidak lagi menyintai isterinya dan ingin membatalkan kontrak itu ia tidak diizinkan  menzaliminya zahir dan batin dan harus melepaskan isterinya secara baik mengikiut syarat yang telah ditetapkan oleh kitabullah!

Inilah cinta yang tulus.

Cinta yang sunnah dan cinta yang diredhai Allah yang melahirkan ” Semangat pertanggungjawapan’ sekira kita memahaminya.

………seterusnya melahirkan cinta yang tulus dan agung disisi Allah, kerana ia membuat pandangan mata hatimu mampu menembus batas batas kebenaran kepada hakikat abadi yang membawa keribaan Allah dihari keabadian.muka-cinta

Sekadar buat renungan bagi yang punya naluri kecintaan ….

muharrikdaie ~ selalu kehilangan cinta

5 responses to “Fikh Cinta

  1. al_marjan April 13, 2012 at 12:13 pm

    assalamualaikum
    tersenyum bila tengok tajuk..kalo buat tajuk forum, confirm ramai student datang
    tapi bila baca isinya, confirm ramai student terlentok..
    pernah alami situasi begini ketika menganjurkan 1 program
    ramai yang datang kerana tajuk
    apabila isi dikupas lebih kurang seperti di atas, muka2 kebosanan kelihatan..

  2. muharrikdaie March 12, 2010 at 4:28 am

    hanisaleeya > sedap nama tu. Ada makna ke?
    Waduh waduh waduh … tak terjawab saya komen awak disetiap artikel saya. Walau apa pun terima kasih atas kesudian menziarahi saya yang selalu dikontroversikan dengan cinta ini heheheh ….ambilah apa yang menfaat dari tulisan saya dan buanglah apa yang tidak perlu kerana saya tidak boleh memberi dan menulis darai apa yang mamapu oleh saya.

    Terima kasih sekali lagi.
    Insyaalah

  3. hanisaleeya March 10, 2010 at 5:32 pm

    SalaAm..

    Bila agaknya saat itu akan tiba?

  4. cintailahi November 11, 2009 at 5:35 am

    dah nak walimah ke?artikel berbunyi macam dah nak menyahut akad.hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: