Islamlah! nescaya kamu selamat

dunia yang memenatkan


tired3Betapa bahagianya hidup ini sekiranya apa yang kita mahukan terlaksana. Apalagi dalam mencari harta yang boleh menjadikan kita senang melakukan ibadah, dakwah dan menyelesaikan masaalah peribadi serta membeli cinta duniawi yang memang fitrah untuk memilikinya. Idealnya!

Betapa nikmatnya hari hari yang akan dilalui andai dapat mewarisi harta harta qarun yang batil itu untuk dituangkan kedalam dakwah ini. Tidak perlu tergopoh gapah dalam kesejukan subuh untuk mencari rezeki sehingga mengabaikan wirid wirid dan keheningan subuh bersama ilahi.

Memang indah dan nikmat apabila membayangkan banyak keindahan duniawi yang ingin kita gapai apalagi dapat kita menfaatkan dalam kerangka amal yang memudahkan dakwah ini bergerak laju tanpa halangan dari kebendaan yang sering tidak mengizinkan.

Memang kadang kadang terasa sulit mengecap keindahan berdakwah dan beramal dalam keadaan tersepit sempit dan semput nafas nafas untuk membudget yang memang tidak boleh dibudget. Itulah kehidupan dan itulah dunia kita yang dimasuki oleh hamba hamba pilihan.

Jika di interview akan diri ini tentang harta, ingin sekali aku jawab dalam apa yang disabdakan oleh Rasullulah SAW

” Tidak mengapa kekayaan bagi orang yang bertakwa pada Allah. Tapi kesihatan bagi orang yang bertakwa pada Allah adalah lebih baik dari kekayaan. Dan jiwa yang baik termasuk nikmat yang paling besar” ( HR Bukhari ).

Indahnya jiwa ini jika dipujuk oleh hadith yang sentiasa memotivasikan kita supaya tidak menjadikan harta sebagai alasan tidak menjalankan kerja dakwah. Kerana banyak lagi source yang ada selain harta boleh kita gunakan andainya kita kreatif dalam berdakwah.

Semuga Allah sentiasa memimpin kita untk mengujudkan keinginan keinginan yang baik untuk beramal dan memberikan kita kekuatan untuk bertahan dan tidak terjerat oleh belitan dunia dan tarikan dunia sehingga kita letih untuk menapak tangga tangga akhirat.

Apabila Rasullulah melewati seekor bangkai kambing. Rasullulah menyebut inilah dunia. Tapi Rasullulah juga mengajar kita untuk melihat dunia dalam perspektif positif. Walaupun dunia nilainya lebih rendah dari sayap nyamuk tapi menyikapi dunia dengan benar juga termasuk nilai2 yang diajarkan.

Sebab itu Sufyan Althauri seorang sufi mengatakan

” Harta pada zaman ini merupakan senjata bagi orang beriman “

Banyak sekali cerita salafus soleh untuk kita singkapi ttg perjalanan kehidupan mereka dan bagaimana mereka menggunakan harta yang soleh itu kerana kebanyakan mereka adalah terdiri dari yang banyak harta tetapi amat dermawan kepada deen ini.

Oleh itu …wahai ikhwah dan akhawat …

bekerjalah kita jangan sampai titisan harta dan rezeki soleh kita melawan keredhaannya.

Jangan sampai rezeki yang sedikit ini menjadi sebahagian kedurhakaan kita kepada Allah.

Prinsip kita adalah sepertimana yang dikatakan oleh Sa’id bin Jabir apabila ditanya tentang pembaziran harta dengan bermewah mewah. Jawab Sai’d

“maksud pembaziran dan mengia iyakan harta adalah jika Allah memberimu rezeki dan harta yang halal lalu engkau infakkan untuk jalan yang diharamkan Allah”.

Teruslah bekerja sekalipun ia berupa dunia yang memenatkan kerana disana adalah sebahagian nafas ibadah kita …tired

Hanya itu yg dpt dikongsikan ….agar kita semua berada dalam naugan wahyu Allah selalu …Insyaalah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: