Percikan cinta seorang da’ie


Aku adalah insan bertuah. Tuahnya bukan seperti ayam yang nampak di kaki. Atau seperti hang Tuah yang nampak di Tamingsari nya. Tapi tuah ku adalah tuah akhirat. Tuah kerana aku telah diberi Allah anugerah islam dan iman. Bukan islam keturunan yang ku anuti 22 tahun dulu yang hanya memahami  solat dan puasa serta hari raya saja. Tapi adalah islam ‘ sunnah ‘. islam yang ingin menghidupkan kembali sunnah Rasullulah didalam kehidupan peribadiku.

Hari ini aku seperti baru dilahirkan semula dari rahim islam setelah lama berkepompong dalam dalam tarbiyah. Aku adalah manusia baru. Dan akan melalui hari hari baru ku setiap hari dalam menyempurnakan amanah Tuhan ku.

Teman teman ku juga adalah teman teman baru. Cara bertutur ku juga berubah. Kalau dulu aku menggunakan bahasa ‘saya dan ‘awak saja tetapi sekarang sudah berubah menjadi ‘ ana dan anta’. Walau pun terkadang aku rasa ‘ terkedu’ dan sumbang menggunakannya, tapi aku harus biasakan kerana kini aku telah bergaul dengan sekelompok manusia yang ingin kembali ingin membangunkan sunnah dalam kehidupan mereka. Merekalah yang masayarak mengelarkannya sebagai orang dakwah. Dan aku kini telah menjadi sebahgian mereka. Sebahagian dari islam. Sebahgian dari penyambung lidah rasul kepada umat  yang dipangggil umat dakwah!

Tahun baru begitu pantas berlalu sedangkan agenda tarbiyah masih tidak dapat kulaksanakan sepenuhnya. Sekiranya aku mati tika ini, apakah jawapan dan alasan yang akan ku berikan pada Rabbul Izzati?

Sepertimana alasan2 yang mengunung yang telah kuberikan kepada murabbiku semasa aku berada dalam tarbiyah ini. Aku tersentak! kenapa baru sekarang aku tersedar!

Inikah hidayah?

Inikah anugerah?Telah lama aku lontarkan budaya keluhan dalam diriku setelah aku melalui jalan Tarbiyah ini. Aku tak bisa mengeluh lagi. Aku ingin lontarkan jauh jauh sifat kemelayuan yang menebal dalam diri aku.\

Sifat merajuk.

sifat sensitif.

Sifat tidak boleh ditegur dan berbagai sifat peninggalan nenek moyang terdahulu yang membuatkan aku ketinggalan dalam mengali potensi diri ku.

Ironinya aku tidak mahu menjadi melayu yang negatif dan pasif. Aku ingin terus bangun dan terus berlari sebagai seorang islam yang benar2 komited dengan agamanya.

Aku telah banyak belajar dari kehidupan ini. Aku telah banyak rugi. Rugi masa dan kesempatan. Rugi dengan usia mudaku yang berlalu tanpa sekelumit pahala yang dapat aku infak kan untuk meraih syurga!

Bila aku imbaskan kembali nostalgia hidup ku. Aku pasti menangis kerana raqib dan atiq pasti tidak dapat memadamkan dosa dosaku yang lalu dalam catatannya sekalipun mereka mengasihaniku.

Oh Tuhan …. jadikanlah baki usia ini dapat aku gunakan sebaiknya dalam misi dakwah ini.

Aku berazam untuk terus menulis dalam blog ini. Aku memang minat menulis, bersajak dan bersyair.

Zaman persekolahan dahulu aku bercita2 untuk menjadi penulis.

Ingin menghasilkan buku sendiri namun aku tak tahu kenapa cita cita itu padam begitu sahaja.

Rasanya aku ingin menyambung kembali cita cita itu sekiranya berkesempatan.

Sekurang kurangnya aku ingin menghasilkan perjalanan hidupku, dakwah ku dan kehidupanku dijalan dakwah ini dari hasil pengalaman yang ku raih selama ini.

Aku ingin generasi dakwah ku nanti membacanya supaya mereka tahu cita cita besarku terhadap deen ini supaya mereka dapat menyambung perjuangan ku.

Mungkin ramai sahabatku tidak mengenali sejarah silamku kerana taaruf aku bersama mereka hanya berlegar sekitar keluarga dan aktiviti semasa.

Justeru itu aku memikirkan lebih enak rasanya aku mengenalkan diriku diblog ini agar taaruf bersama mereka lebih mendalam lagi dan akan menambat ukuwahfillah dengan lebih erat lagi.

Aku tahu, aku tak punya banyak masa untuk menulis kerana kesibukan bekerja dan melaksanakan tanggungjawab terhadap dakwah ini tapi aku tiada pilihan.

Aku perlu mujahadah ddan terus mujahadah dan mengurukan masa sebaiknya sekali pun blood pressure ku naik mengunung kerana tekanan dan tak cukup tidur.

Ubat ku makin banyak quantitinya. Doktor yang merawat aku pun setiap bulan pun dah mula jemu menasihatiku kerana tidak mendengar nasihatnya.

Apakah yang aku boleh lakukan! Selain bertawakkal.

Muga Allah lindungkan aku dari perkara perkara yang tak diingini berlaku.

Imam Ghazali berkata

Sekiranya manusia itu hidup 60 tahun usianya dan tidur 8 jam sehari maka dia menggunakan masa tidurnya selama 20 tahun sepanjang hayatnya

Tersentuh saraf ku mendengarnya sebab aku telah banyak mengiakan waktu, bukan sahaja tidur tetapi banyak perkara yang tidak berfaedah yang telah aku lakukan.

Aku tidak mahu perkara itu berulang lagi. Aku berazam untuk menfaatkan setiap detik dalam hidup ku mulai saat ini. Itulah azam dan doaku.

Tahun ini aku berazam untuk menghabiskan lima buah kitab haraki dan pengkajian sejarah dan perjuangan serta sirah rasullulah SAW. Aku memang minat membaca. Terutama buku2 yang puitis bahasanya. Sastera karangan samad said, tongkat waran dll.

Dalam puisi aku amat meminati penulis Zaihasra. Aku juga minat sejarah dan sejarah paling pilu yang pernah ku baca adalah kejatuhan Andalus yang akan aku tuliskan nanti panjang lebarnya akan datang.

Dan itu lah tempat yang ingin kulawati satu hari nanti bila berkesempatan. Bagi aku membaca memerlukan ruh. Tanpa ruh membaca aku tidak dapat menhayati.

Aku juga ingin melihat sahabat2 sehalakah ku kuat membaca. Aku cuba memotivasi mereka tapi hingga kini kulihat tiada respon yang memberansangkan.

Antara sebab daifnya sesuatu halakah disebabkan ahlinya tidak serius untuk menimba ilmu. Jadilah halakah itu didominasi murabbinya dan pastinya kejumudan mengambil ruang.

Ini yang banyak menyusahkan hati ku. Banyak yang harus ku lakukan untuk sahabat2 halakah ku. Mungkin ini memerlukan proses …dan aku tetap mengambil masuliyah ini untuk memastikan halakah ku menjadi halakah yang muntijah.

Tahun ini aku diamanahkan untuk mengambil alih ” Amanah Tarbiyah ” dari sahabat qiyadah ku.

Aku tahu tugas ini berat namun aku akan cuba laksanakan sebaik mungkin supaya perjalanan takwim dan program dibuat sebaiknya. D

isinilah nanti akan menguji kreativiti dan pengalamanku juga akan membongkar segala kelemahan ku.

Tapi aku yakin sahabat pasti akan membantu, terutama murabbiku pasti akan banyak mengajar aku. Ini yang mengembira dan menaikan semagat ku untuk terus bekerja dan berfikir.

Aku memang meminati bidang tarbiyah dan ingin terus belajar kerana dengan memikul tugas ini sedikit sebanyak akan mengubah cara hidup ku untuk beramal dan meningkatkan ketakwaanku kepada Allah.

Cita cita ku ingin melihat jamaah Islam dimalaysia ini menjadi satu.

Ingin melihat daulah dan benderanya berkibar.

Ingin merasai hidup dibawah naungan islam dan naungan wahyu.

Aku suka keselesaan dan selagi tiadanya khalifah dan hukum islam diwujudkan aku akan terus berjuang untuk ketenangan dan keselesaan itu.

Murabbi ku berpesan agar jangan terlalu selesa berada dibawah naungan demokrasi kerana boleh mengundang kesyirikan.

Inilah cita cita terakhirku.

Aku akan terus memarakan semagat dalam jiwa ku meskipun aku keseorangan dan apa yang ku pinta adalah semuga sahabat2 sejamaah ku dapat bersama sama menjamah tarbiyah ini supaya kita dilahirkan semula menjadi amilin yang bertanggungjawab dengan deennya.

Tahun ini juga qiyadah telah memberi title baru kepada nuqaba’ termasuk aku sebagai murabbi.

Besar tanggungjawab ini yang harus dipikul.

Inilah satu anugerah. Anugerah Allah yang tak pernah aku terfikirkan. Dan bagiku Allah telah membukakan pintu pintu amalnya buat ku.

Aku bukan bangga dengan title ini tapi aku berharap dengan title ini aku akan terus dapat memberi sumbangan yang sebaik mungkin untuk melaksanakannya dan aku tahu inilah peluang aku untuk memperbaiki diriku, untuk mengorek potensi kepimpinan ku dan terus menggali mutiara2 yang terpendam dalam diri ku sekiranya ada dan segala galanya ingin ku berikan kepada deen ini dan aku ingin menjadi murabbi sebenarnya dan bukan murabbi yang fakir disisi Allah!

Jumpa lagi ….

muharrikdaie ~ terus bergerak menuju khilafah

One response to “Percikan cinta seorang da’ie

  1. minah October 19, 2009 at 5:11 am

    dah nak akhir tahun ni, macamana azam dah terlaksana ke belum

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: