Muharrikdaie

Menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

Tag Archives: Tazkirah

refresh kefahaman kita

Akhi,

Harumnya jiwa kita ini adalah kerana kita berada didalam jamaah dakwah. Jamaah yang telah kita beri 100 peratus wala’ untuk bersamanya hingga keakhir hayat kita. Jadi, usah lagi kita merungut dengan kerenah kerenah jamaah yang sentiasa meminta yang terbaik dari masa masa kita.

Memang banyak kita lihat setelah berlama didalam jamaah dakwah ini akan jatuh bangunnya ikhwah dan akhwat yang dulu amat kuat memeluk ketaatan kepada jamaah ini. Malah terkadang kita sendiri pun serasa boleh gugur akan ujian ujiannya jika tanpa pelukan kefahaman yang matap dan iman yang teguh dalam mengharungi tribulasinya.

Dari sini, terkadang kita harus kembali kepada basic kefahaman tentang intima’ kita. Kita harus refresh balik bahawa intimma’ kita didalam jamaah dakwah ini mahu pun kepada islam ini bukanlah dengan tujuan untuk mengungkung kehidupan kita dan mengikat kita sehingga kita rasa kita terjajah balik dan tidak merdeka untuk berbuat apa saja dan menggunakan masa hidup ini untuk perkara lain tetapi jadi lah kita seperti orang yang tahu membalas budi dan bersyukur dengan kurniaan dan nikmat iman islam dan jamaah ini. Dan balas budi yang aku maksudkan disini adalah hendaklah kita membela islam kembali setelah kita diselamatkan oleh Allah dari kekufuran dan memberi kita islam.

Akhi, cuba fikir … diwaktu kamu jahil dahulu dan tidak mengenal islam. Siapakah yang menyelamatkan kamu? Siapakah yang mendakwahi kamu? Jamaah manakah yang menjaga kamu dan menyusun atur kehidupan kamu sehingga kamu kini kuat dan hebat didalam circle islam sehingga kamu boleh pula untuk membawa manusia kepada islam? Tidakah mereka para duat yang dihantar oleh Allah untuk mendakwahi kamu? Menyelamatkan kamu? Memeberi kamu ilmu dan menyusun atur kehidupan ibadah dan melatih kamu menjadi para duat seperti mereka?

Akhi, antum kena ingat bahawa islam yang kamu dapat itu bukan lah agama peribadi tetapi adalah untuk dikongsi. Kerana itu kamu wajib menjadi matarantainya agar ia terus berjalan di mukabumi ini. Justeru itu jugaklah jamaah harus mengekang pergerakan hidup kamu dan memutabaahi hidup kamu supaya kamu sentiasa konsisiten dan ikhlas serta tsabat dalam menjalani hidup kamu sebagai seorang daie dimana saja kamu berada selama lamanya! Dan sudah pasti kamu tidak akan rasa merdeka kerana kamu sentiasa diawasi oleh para murabbi dan  ikhwah ikhwah lain dengan amal dan kerja kerja dakwah. Disinilah eratnya ukuhuwah kita.

Akhi, Sebenarnya kita banyak berhutang dengan dakwah dan tarbiyah ini. Dengan para murabbi dan ikhwah kita yang lainnya yang telah bertungkus lumus mendidik kita dari seorang yang jahil kepada seorang yang hebat. Bukan seminit dua mereka peruntukan masa bersama kita tetapi bertahun tahun untuk memberi taujihat kepada kita. Melayan kerenah nafsu kita yang degil ini. Membantu kita dari fizikal dan jiwa malah menolong kita dengan wang ringgit. Terbeban hidup mereka kerana kita.

Apakah selepas itu untuk kita balas budi dan jasa mereka? Sudah tentu mereka tidak inginkan apa apa kerana tarbiyah mengajar mereka untuk mengutip untung dan labanya diakhirat tetapi apa yang mereka inginkan dari kita adalah penyambungan contribution kita kepada dakwah ini. Itu saja!

Apa yang perlu ada pada kita sekarang adalah ketaatan. Ketaatan inilah yang menjurus kepada kita supaya kita tidak akan terus merungut dengan kerja kerja islam yang berlambak ini dan juga sentiasa di mutabaahi oleh jamaah terhadap kita.

Sekali lagi kukatakan. Jangan rasa terkongkong. Jangan rasa terpenjara. Dan jangan rasa diawasi kerana itulah sifat jamaah dakwah untuk memastikan kita berjalan dalam keadaan teratur menuju syurganya.

Wallahuaklam. Ambillah tulisan ini sebagai pandua untuk kita terus tsabat dijalan dakwah ini.

alfakir illalah

muharrikdaie – dalam mood menulis

 

Jangan pernah kalah dalam hidup ini

istidrajAkhi Muslim …. Assalamualaikum & apa khabar semua?

Seperti biasa aku nak mohon maaf! Kerana apa? Kerana janji demi janji aku taburkan untuk kerap menulis tetapi seperti selalunya, aku tak mampu untuk menulis sekerap mungkin buat kamu. Kamu pun tahu, daie kerdil sepertiku tidak banyak masa yang ada dan kelemahan ku adalah tidak boleh buat banyak perkara dalam satu masa. Memang tak boleh fokus. Cuma dalam twitter sajalah yang aku mampu menyampaikan message hatiku!Pernah menjenguk twitterku? Cuba cubalah. Mungkin ada menfaatnya.

Akhi, aku seperti kamu, terpaksa mengurus kehidupan. Semua perlu diisi. Dari hal peribadi hinggalah kepada hal umat ini. Sebenarnya tidak mudah. Kerana masa terlalu pantas dan cemburu melihat kita! Apa lagi bagi orang seperti aku yang teramat lemah dalam pengurusan masa ini. Read more of this post

dimanakah dunia kita letakkan

Akhi …

Dunia ini sarat dengan keindahan!

Biar pun dia indah, kita tidak dibenarkan melahapnya. Kerana kita diutus sebagai hamba untuk menguruskannya. Tidak lebih dari itu. Andai kita mengunakannya tidak menjurus kepada ubudiyah kepada Allah maka kita juga seperti tengkorak yang kosong. Seperti polong yang tidak bertuan. Itulah andaian yang boleh ku buat terhadap dunia yang sering melalaikan aku ini!

Memang tidak mudah untuk kita tidak mencintainyanya! Apa lagi untuk meninggalkannya! Dan islam juga tidak menyuruh kita meninggalkannya tetapi menguruskannya. Tapi persoalannya, apakah mampu kita menguruskannya dengan jasad hati dan jiwa kita yang kosong dan tidak seimbang ini untuk menguruskan ‘ seorang wanita cantik’ yang merayu dan mengoda kita selalu?

Walau secantik mana pun dia ….. Rasul dan para sahabat serta para duat tetap meletakan dunia itu dibelakang mereka. Bagi mereka dunia adalah jambatan dan jalan. Dunia adalah tempat menyeberang dan bukan tempat bersenang senang. Mampukah kita seperti mereka, tidak merasa gembira bila bertambah tambah nya nikmat kekayaan dan kejayaan kita? Mampu kah kita tidak merasa berduka lara andai segala harta dan kenikmatan meninggalkan kita? Read more of this post

cinta yang tersembunyi

Izinkan aku menulis lagi di kesempatan ini. Biar pun saat ini Allah berikan sedikit ujian kesihatan untuk dimuhasabahkan.

Waktu beginilah, baru aku terasa sebuah kerehatan dan kedamaian.

Merasai sebuah cinta dalam kolam ujian. Merasai tertambatnya hati ku bersamaNya. Merasai  sifat kehambaan dalam keagunganNya.

Terasa sangat hakikat keberadaan aku dalam wujudNya dan betapa lalainya aku untuk memahami cintaNya. Sedangkan cintaNya yang tersembunyi itu tidak pernah berkelip walau selahdzah sekali pun dari kehidupan aku biar pun dalam kondisi aku  melupakanNya.

Begitulah cintaNya akh! Bersembunyi disebalik ujian ujianNya. Namun, adakalanya sukar juga untuk kita menerima hakikat itu disaat kita ditemani kesakitan yang tidak tertahankan ini. Kalaulah tidak kerana tarbiyah aqidah dan kefahaman tentang ujian ujian kehidupan didalam perjuangan ini yang pernah kita pelajari, pastinya sukar untuk kita redha dan untuk kita pasakan kecintaan disaat ini!

Memang! Ujian itu bukanlah suatu musibah kerana terkadang ianya adalah nikmat yang membuat kita semakin akrab denganNya. Read more of this post

Beginilah wajah dakwah

Banyak orang menyangka menapaki jalan dakwah ini mudah.

” Apa susahnya. Kan nabi kata sampaikanlah walau satu ayat pun. So kita sampaikanlah apa yang kita mampu. Kan itu dakwah juga?” Begitulah suara suara yang banyak kita dengar.

Betullah tu. Cumanya takkanlah lepas kita sampaikan satu ayat tu kita biarkan orang yang kita dakwahi itu berlalu begitu saja. Apa pulak kesannya? Tak mungkin dakwah begitu yang dimaksudkan Nabi. Read more of this post

mandi wajib dan wajib dakwah

Maaf, tajuk macam gempaq dan 18sx

Namun tidaklah begitu! Dan tidaklah pernah aku terniat untuk ‘ melucahkan’  tulisan aku disini, tetapi adalah untuk menyatakan kepada kamu, bahawa kita harus serius dalam permasaalahan hukum yang telah ditaklifkan kepada kita, kerana tidak ada satu pun dari ‘zarah’ kehidupan kita ini terkeluar dari hukum dan peraturan deen ini! Termasuklah dalam perkara mandi yang kita rasakan kecil dan tidak ada apa apa itu, hinggalah kepada sebesar besarnya perkara yang mana kita terikat dan terpatri dengan hukumiyah dan ketentuan Allah.

Aku tak nafikan, mungkin korang semua tahu akan perkara ini, namun tidaklah  seserius merasainya hingga ke ulu iman! Sebab apa yer? Mungkin sebab kita dah biasa mengambil mudah akan aturan hidup ini atau memang attitude kita sering memandang kecil satu satu perkara yang kita rasa menyusahkan kita!

” Ada aku kisah!!!!!” Agaknya itulah yang sering di’ monolog’ kan oleh suara hati kita terhadap hidup yang sering kita remehkan ini! Termasuklah masaalah hukum ini. Kita taram saja ikut kehendak kita. Asal buat! Itulah sikap kita. Read more of this post

secebis muhasabah

Aku tahu sahabat sahabatku … kamu rindukan kalam sufiku. Namun hidup aku tidak seperti kamu. Punya masa untuk merindu. Terkadang aku juga ingin memberi rindu. Namun rindu ku terlalu cemburu …dibalik masa yang sentiasa memburu.

Allahumma sholi ‘ala muhammad.

Hidup manusia ini memang panjang perjalanannya. Namun ada juga antara kita melihatnya pendek. Pendek pada kasat matanya. Sebab ia memandang pada neraca buana ini. Ya mungkin! 50 tahun, 60 tahun atau 70 tahun. Memang pendek. Pertukaran malam siang dan timbul tenggelam matahari membuat kita semakin merasa hidup ini amat pendek. Namun disisi kefahaman tentang kehidupan sebenarnya, hidup ini adalah abadi. Abadi bermakna selama lamanya. Bermulanya kita dari alam rahim kemudian dunia, kemudian barzakh dan kemudian akhirat lalu berhenti pada keabadian. Tidakkah semua itu kehidupan? Read more of this post

Tarbiyah ‘ala malaysia’

Sepuluh tahun dulu selepas berlalunya zaman jahiliyah aku, dan aku mula mengenal islam dan jamaah hinggalah sekarang, maudhuk kebanyakan tarbiyah didalam gerakan islam tidak pernah berubah! Usul Isyrin, Maza yaani. Fikh ad dakwah, Haza addeen, Zilal dan Sirah Nabawiyah telah menjadi kitab wajib bagi tahapan Tahmidi atau pun yang baru mengenali tarbiyah.

Walau pun aku dikenalkan dengan buku buku tersebut, namun tidak pernah kami habis membincangkannya didalam halakah kerana murabbi ku lebih cenderung membawa nota nota yang didapatinya daripada Murabbi Ikhwannya yang beliau pernah bersama mereka sewaktu diluar negara dulu.

Maudhuk itulah yang menjadi perbincangan utama kami, selain Usul isyrin yang menjadi kitab panduan yang wajib, hinggalah kehari ini. Buku buku lain, kami hanya membacanya secara fardhi saj dan membuat perbincangan dan diskusi pula cuma pada waktu waktu daurah atau pun tamrin sahaja. Read more of this post

aku selalu memikirkan mu

Salam buat semua kamu yang masih sudi kesini.

Terima kasih kerana masih menganggap blog ini sebahagian dari tatapan matamu.

Aku berbahagia bersama kamu semua. Memang aku berbahgia, terutama pengunjung pengunjung ikhwah dan akhawat dari indonesia yang sering memenuhi ruang blog aku. Insyaalah. Sebab itu aku selalu memikirkan kamu. Memikirkan, bagaimana untuk terus menulis sebaik mungkin buat tatapan kamu supaya kamu semua mendapat menfaat dari tulisan aku. Aku tidak pernah pun untuk mencairkan hati kamu dengan tulisan aku supaya kamu suka aku dan sebagainya seperti yang disangka oleh sesetengah manusia yang negatif terhadap aku! Read more of this post

leburkanlah dirimu …

Salam dakwah buat semua.

Akhi,

Kita sudah tidak punya waktu. Hanya waktu ini yang tersisa. Dan yang tersisa inilah saja batas waktu yang ada untuk kita leburkan diri dijalan dakwah ini yang membentangkan amal kita antara kelahiran dan kematian kita!

Semuga kamu semua diberi kekuatan untuk terus menyeru dan menyeru manusia terhadap ubudiyah kepada Allah serta tidak jemu jemu untuk membina iman sebagai bekalan. Read more of this post