Tag Archives: Hambatan dakwah

Dalam pelukan cinta

zuhud

Begitulah Rasullullah. Dipeluk cinta. Dipeluk lagi. Dipeluk dan dipeluk. Sehingga dalam helaan nafas itu tersebut nama yang dicintanya Allah. Allah dan Allah. Walau dalam ketakutan. Dalam kepeluhan. Dalam kedinginan dan menggigilnya badan. Cinta memasuki relung hati.

Indah sungguh tarbiyah Tuhan. Hingga cinta memesona sepanjang zaman.

Dengan cinta pertama itulah bergeraknya Rasul dalam dakwah ini sehingga Islam itu dapat disedut oleh kita dengan pengorbanan demi pengorbanan duat terdahulu. Berbekalkan cinta itulah Rasul mengajar para sahabatnya sehinggalah kepada kita mesej itu bertali arus.

Dan cinta Dakwah itu adalah cinta kita. Matarantai dari Rasul. Dan cinta itu meminta semuanya dari kita. Meminta fikiran kita. Perhatian kita. Sehingga tidur baring duduk dan berdiri dakwah meminta cinta itu sehingga menganggu kita sehingga dalam mimpi.

Memang itu tabiat dakwah. Menyedut dan memamah kehidupan kita. Memamah tenaga kita. Tulang belulang sehingga daging kita berkecai dan bercerai berai. Itulah bebanan dakwah yang perlu kita terima tanpa hujjah.

Dimedan dakwah tiada senda loka. Semua penderitaan. Lihat mus’ab. Lihat Umar. Lihat dan lihat duat mutakhir. kehidupan dan perjalanan hidup mereka. Diseksa, sehingga koyak rabak tubuh badan. Dibunuh, namun dakwah terus hidup mengejar zaman. Read more of this post

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 167 other followers