Category Archives: nasihat

tiada erti kesetiaan

kakiAssalam buat semua yang ku kasihi

Entah kenapa semenjak dua menjak ini aku amat teruja untuk terus menulis disini. Entah apa yang menariknya atau yang menolaknya, sungguh aku benar benar tidak tahu tetapi bila saja aku letakkan jemari ini dikeyborad notebook ini, ia terus bergerak bagai memetik piano untuk mengalunkan lagu Lau kana bainana ya habibi. Lagu yang menjadi background hidup aku. Lagu yang menyentuh hati dan alis mataku. Dan yang mencurahkan airmata kerinduan yang teramat!

Kalau dulu, jemari ku ini seolah olah lumpuh tetapi kini tidak lagi. Kalau dulu jemari ku ini turun bagai serpihan kapas yang turun slow motion pada keyboard notebook aku, tetapi kini ia normal. Kalau dulu fikiran ku semak dan bersepah tetapi kini aku telah mampu untuk menyusunnya kembali.

Alhamdulillah, aku telah pulih. Pulih dari kekakuan. Pulih dari kekeringan dan sumpahan! Read more of this post

Rintik hujan yang lebat

rintikAssalam ….

Awan itu bukan saja kelabu … malah ianya menampung luapan terlalu berat untuk ditatang … dan telah pun gugur dalam rintik hujan yang lebat …”

Bait kata yang diemail kepada aku itu seolah olah menghembuskan kegundahan pengucapnya. Dan sudah cukup membuatkan tidurku terganggu. Mematahkan selera makanku. Dan membuat aku bermenung jauh.

Aku rasa aku perlu membantunya. Tetapi bagaimana?

Apakah harus aku menadah hujan itu? Atau basah bersamanya? Atau hanya mendoakan yang terbaik buatnya.

Tetapi …..

Di dalam hati ku tetap bermonolog, ” Sudah pasti ada satu musibah yang mendatanginya. Apakah dia ditinggalkan memikul beban seorang diri!” Allahhu Allah. Nauzubillahi minzalik. Muga muga tidak begitu. Tetapi siapa tahu. Mungkin takdir ingin mengujinya

Aku bersangka begitu kerana begitu puitis bicaranya. Selalunya seseorang yang tidak pandai berpuisi lantas dia berpuisi, sudah pasti  jiwanya benar benar telah retak seribu.

Agaknya itulah yang berlaku pada teman akrab ku itu sekarang!

Apalah yang boleh aku lakukan? Read more of this post

Jangan pernah kalah dalam hidup ini

istidrajAkhi Muslim …. Assalamualaikum & apa khabar semua?

Seperti biasa aku nak mohon maaf! Kerana apa? Kerana janji demi janji aku taburkan untuk kerap menulis tetapi seperti selalunya, aku tak mampu untuk menulis sekerap mungkin buat kamu. Kamu pun tahu, daie kerdil sepertiku tidak banyak masa yang ada dan kelemahan ku adalah tidak boleh buat banyak perkara dalam satu masa. Memang tak boleh fokus. Cuma dalam twitter sajalah yang aku mampu menyampaikan message hatiku!Pernah menjenguk twitterku? Cuba cubalah. Mungkin ada menfaatnya.

Akhi, aku seperti kamu, terpaksa mengurus kehidupan. Semua perlu diisi. Dari hal peribadi hinggalah kepada hal umat ini. Sebenarnya tidak mudah. Kerana masa terlalu pantas dan cemburu melihat kita! Apa lagi bagi orang seperti aku yang teramat lemah dalam pengurusan masa ini. Read more of this post

bulatan gembira adalah bulatan keruhanian

Salam semua.

Maaf  … aku semakin jarang menulis disini. Namun aku tetap rindukan blog ini. Kerana diblog inilah aku banyak belajar erti cinta rindu dan tanggungjawab.Diblog ini jugalah tempat aku membina rasa, meluah rasa, berkongsi cerita dan memahami manusia.Bukan itu saja, malah di blog ini juga aku banyak didatangi kawan kawan jauh dan dekat yang ingin mengenali aku.

Dan aku juga banyak kehilangan kawan kawan dan teman dakwah serta adik adik yang pernah satu ketika dulu amat suka berkunjung kesini kerana sebuah salah faham. Tidak perlu aku ceritakan kenapa? Tetapi cukuplah aku katakan bahawa ‘ Fitnah” itu amat berbahaya bagi hidup seorang manusia. Read more of this post

Disini sebuah pengajaran buatmu

Assalam buat semua

Izinkan aku menulis kembali. Setiap kali ingin aku menulis disini. Aku teringatkan dia …. yang pernah mengingatkan aku supaya terus menulis dan menulis. Muga kawan ku itu selalu berada dalam redhaNya.

Memang lama aku tak menulis. Terkadang  serasa bagai diusir mentari dan dilindungi awan sehingga aku kehilangan cahaya untuk menyuluh hati sendiri dan jalan dakwah ini. Adakalanya serasa dipanggil panggil oleh suara hati untuk terus mengisi ruang ruang dakwah yang ada ini meski tidak ramai yang membaca tulisan tulisan ku ini.

Dari dulu aku tahu, memang mudah mencetus semangat tetapi sukar untuk mempertahankannya sepertimana mudahnya kita berbuat tetapi sukarnya untuk istiqamah! Sebab itulah aku gagahkan juga hati ini untuk terus menulis agar sikap ‘ijabiyah’ ( positif ) yang sering kutanam dalam hati ini dapat terus maintain dalam apa pun amal yang aku lakukan.

Memang kelihatan senang untuk bersikap ijabiyah ini sesenang menghidupkan lilin namun ianya sukar andai kita tidak benar benar faham bahawa sikap beginilah yang perlu ada pada kita untuk memenangkan islam! Read more of this post

apabila murabbiku bersuara

Minggu ini memang minggu tension bagi aku. Walau pun ku cuba untuk tenangkan diri tapi terasa sangat rasa bersalah. Apa lagi aku disms oleh murabbi ku kerana ia ingin untuk menziarahi. Kalau ingin diziarahi murabbi, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena! Atau ada sesuatu yang penting yang ingin dibincangkan dengan aku.

Puas aku muhasabah diri. Nak kata aku bersalah kerana tak melaksanakan mutabaah amalku yang banyak itu , tak jugak! Kalau  aku tersangkut pun, cuma amalan penghujung malam saja. Itu pun sebab aku sering balik lewat awal pagi! ( alasan!!!!!!) Read more of this post

Jamaah dulu dan sekarang

Akhi wa ukhti

ingatlah kata kata ku ini dari sedikit pengalaman  dijalan dakwah ini …

Ingatlah! Bahawa seorang da’ie sudah tentu tidak akan duduk diam tanpa amal kerana sifat itu sebenarnya adalah keaiban orang beriman. Sebagai seorang daie kita harus juga mengambil peluang untuk sentiasa berada dalam zon mentarbiyah dan berbakti.

Ingatlah! Bahawa yang paling bahaya bagi kita adalah “menganggur” dalam mentarbiyah dan berbakti kepada ummah. Read more of this post

murabbi dan cintanya

Salam khusus buat ukhti/akhi LADA jua buat pembaca yang budiman …

Merujuk kepada komen dalam post saya yang lalu ( Bukan sekadar mencari pahala) oleh seseorang yang menamakan diri sebagai Lada, saya terpanggil untuk menjawabnya disini walau pun tidak sepedas mana soalan itu. Insyaalah.

Saya pasti jawaban ini bukanlah satu penyelesaian kerana penyelesaian ini satu yang complicated walaupun mereka terjerumus didalam masaalah yang sama.

Rasanya tidak ada satu pola penyelesaian yang sesuai untuk semua persoalan sebab seperti yang saya kata, manusia ini banyak ragamnya sepertinya ragam orang bercinta dan orang yang memutuskan cinta dengan belahan jiwanya!

Ada yang memutuskan cinta dengan kejutan dan terkejut. Ada yang memutuskan cintanya kerana terpaksa. Kerana Ibu dan ayah. Kerana nak mewah.  Kerana nak yang lebih muda.  Kerana tak sabar dan berbagai ragam lagi. Read more of this post

…kerana cinta kita terlalu istimewa

Buat adik adik ku yang ku kasihi dijalan ini.

Semuga Allah meredhai kamu semua.

Aku ingin meminjam kata kata Ibnu Taimiyah didalam kitab Qawa’id Dzahabiyah fi Al Ukuhuwwah Al Islamiyah ~

Aku tidak suka bila salah seorang muslim disakiti. Apalagi ianya salah seorang dikalangan kita dan sahabat kita. Aku tidak menyukainya keadaan itu dzahir dan batin. Aku tidak mengecam sesiapapun dari mereka. Aku juga tidak akan mengeluarkan kata kata untuk mencaci dan menyindir mereka. Bagi aku mereka tetap terhormat dan mulia ….

~ Ibnu Taimiyah~

Begitulah aku adikku.

Aku tidak ingin menyakiti sesiapa dengan tulisan ku atau menyindir sesiapa disini. Aku tahu ada hati hati yang terluka dan ada hati hati yang bersangka! Read more of this post

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 172 other followers