Pengerak jiwa jiwa
Semua proses kehidupan merupakan manifestasi cinta. Tanpa cinta tidak akan ada gerakan pd alam semesta! Jln dakwah adalah jln cinta & pendakwah juga harus mempunyai jiwa pencinta!
Email untuk jalinan ukuhuwah
muharrikdaie@gmail.com
muharrikd@yahoo.com
Entry terhangat
Entry pilihan
Entry terdahulu
tetamu ku sejak: 19 Feb 09
- 138,224 hits
feedjit
Sudilah komen
Pesan Rasul
Sesiapa yg akhirat itu tujuan utamanya. Maka Allah jadikan kekayaan dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepada nya dengan hina ( iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya. Maka Allah akan letakkan kefakiran nya antara kedua matanya. Allah ceraiberaikan urusannya. Dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdir kan untuknya ( iaitu dalam keadaan hina) - AlTarmizi
Sekadar Peringatan
Kawan kawan. Mohon kerjasama supaya jangan copy paste artikel saya dan memasukkannya didalam blog kamu semua dengan tidak meletakkan link. Saya bukan hendak nama dan apa pun kepentingan didalam menulis ini kerana semua penulisan saya adalah untuk kita semua berkongsi menfaatnya dan semestinya semuanya saya lakukan kerana Allah. Tetapi saya tak mahu saya pula difitnah dan dituduh menciplak artikel orang lain oleh bloggers yang pernah mengunjungi blog kamu sedangkan itu adalah artikel saya! Insyaalah sama sama kita jujur dalam berblog dan sama sama kita pelihara ukuhuwah ini dengan Allah supaya tidak menganiaya sesama kita. Baca dan copy lah artikel saya seberapa banyak yang kamu mahukan dan beramallah dengan apa yang boleh dimenfaatkan tapi jujurlah dalam berkarya. Saya mampu menulis pun adalah kerana ilham dari Allah dan copylah kerana Allah demi menyambungkan dakwah ini kemana mana. Maaf sangat sangat atas peringatan ini. Jazakallah jaza'.
Kawan …
Aku tahu
Aku bukanlah seorang daie yang hebat
atau seorang mujahid dijalan ini
yang boleh engkau tahtakan
Aku hanyalah sang pemimpi
yang mengimpikan sebuah kenyataan
dari impian impianku.
Impian yg hanya bergolek dan berputar putar
laksana embun dipermukaan kaca
lalu sepi
bergelimang malas dalam jiwaku
Namun ...
bila ku terbayangkan sekujur tubuh Sayyid Qutb
keseorangan hidup dan syahid dijalan ini
jiwaku kembali membakar
dalam sebuah erti cinta
dan aku ...
kembali menyusun langkah langkahku
menyusuri jalannya
menuju sebuah kedamaian.
Dihati kecil ku
menaruh harapan
agar ruh ku jua
akan bermukim di dada burung burung hijau
berkicau dan beterbangan
dipinggir pohon syurga …
menikmati cinta yang hilang didunia
Twitter Updates
- @adefahrizal @dakwatuna bagaimana dengan muharrikdaie.wordpress.com/2012/05/27/gha… :) 2 hours ago
- seorang daie yg memberi cinta itu seolah olah semilir sinar yang dapat dirasakan oleh mad'unya menyusup menerangi qalbunya. itulah cinta 2 hours ago
- begitulah sepatutnya cinta yang perlu ada dalam kehidupan sang daie 2 hours ago
- semakin tumbuh cinta dalam hidup ini semakin meninggi nilai nadi kehidupan 2 hours ago
- Cinta adalah kunci kesetiaan, keakraban dan kebersamaan dan ia adalah fenomena keindahan dan kesejukan hidup! 2 hours ago

Bila saya baca tulisan muharrikdaie saya selalu rasa bersemangat.saya rasa muharrikdaie sangat bagus,baik,bersemangat dan semua yg bagus2 ah.baca suara rinduku ni buat saya macam sedar oh muharrikdaie pun orang biasa jugak,ada masanya macam ni.tapi muharrikdaie selalu nak mencari kemanisan dalam dakwah itu sendiri.dan itu menjadi inspirasi jugak untuk saya.semoga Allah permudahkan!:)
hafizah – terima kasih menjadikan blog saya pencetus semangat … maaf atas tulisan tulisan berbentuk jiwang2 begini kerana terkadang saya menulis untuk orang lain dan bukan untuk diri saya dan adakala saya suka tulis tulis begini untuk mencetuskan ilham dan mencernakan bait bait kata …….saya tak selalu tulis begini. Kadang2 saja. Ambiklah apa yang baik disini … dan abai dan ignore tullisan2 yang tidak membuahkan amal ……… saya pun amnusia juga dan penulis terkadang perlu mencetus inspirasi. Kalau awak nak tahu … syed qutb juga menulis tentang cinta sekadar untuk mencetuskan bait bait sastera didalm tulisan. Insyaalah.