Orang seni dan orang awam kata best! Chaiyok. Mesti tonton!
Berpusu pusulah mereka memasuki panggung bersama popcorn setinggi gunung.
Bagi yang bertudung labuh, berkupiyah, serta warga tua yang dah sakit lutut yang masih ada sifat malu untuk turut serta kepanggung namun teronta ronta jiwa nak tengok, maka bersilang milanglah jemari mereka men’dail’ Astro first untuk melanggan dan menontonnya dirumah sambil menghirup kopi panas dan makan nugget bersama anak cucu hingga terlupa, bahawa duit yang mereka bayar untuk cerita itu ditayangkan kerumah mereka juga merupakan dosa dan maksiat sepertimana dibelanjakan dipanggung!
Ada yang mengetap bibir. Gerammmmmm disamping mengunyah nugget goreng yang masih panas melihat si Maya Karin yang sememangnya panas walaupun berstatus alJanda. Kus semangat!!!!!!
Ada juga yang menanggis sedih mengikuti jalan cerita dan menghayati watak watak yang dizalimi dalam cerita itu.
Dan tak ketinggalan ada yang terkejut tupai dan terkesima menonton ‘ombak rindu’ yang telah dilacurkan yang meliorkan kerinduan mereka.
Itu adalah sebahagian species manusia yang rindukan hiburan.
Tidak kurang juga lahirnya pengkritik pengkritik yang tak bertauliah.
Kutuk sana. Kutuk sini. Komen sana komen sini.
Ada yang kata, ‘ ini bukan ombak rindu tapi ombak maksiat!”
Anehnya, dalam mereka mengucapkan kata kata demikian, mereka tengok juga berkali kali adengan yang mengombakkan dada dan getaran rasa itu.
Bukan tengok sambil lalu, lalu berlalu! Tapi di pause. Direwind balik dua tiga kali untuk melihat ‘ si Maya yang Qorin ( kembar ) berbaring lesu bersama pasangannya si macho, Aaron Aziz yang membantu melajukan lagi darah muda yang masih belum disentuh nikmat dunia dan menegangkan kulit situa yang dah nak tercabut nyawa!
Ada yang mengomel, ” cerita ini best tapi …. tak patut sangat watak ‘seorang kerani’ didalam novelnya diubah menjadi ‘ seorang ustazah’ yang menjual diri bila difilemkan! Merosakkan imej islam aje!” kata mereka.
Tak patut! Tak patut! Memang memalukan!
Ada juga pengkritik pengkritik ‘ dakwah’ yang mengatakan, ini tak sepatutnya digembar gemburkan di media dan ditonton kerana mengalakan maksiat!
Bagi aku semuanya benar dan tidak ada apa nak dihairankan!
Apa nak dihairankan, jikalau penulis novel dan pengarahnya adalah jahiliyah yang tumbuh dari rahim jahiliyah dan hidup dalam dunia jahiliyah!
Masakan dia boleh melahirkan filem yang beridentitikan islam yang menepati syarak!
Sudah pastinya dia menukilkan idea filemnya mengikut fikrah dan acuan jahiliyah yang dia sendiri tidak faham dosa pahalanya. Dan sudah tentu target filemnya adalah untuk komersial dan keuntungan dunia sebagai matlamatnya!
Penyelesaiannya?
Memang masih ada dan terbuka luas.
Kalau Indonesia boleh menyelesaikannya dengan ‘ Ketika cinta bertasbih”, “Laskar Pelangi” Cinetron2 islami dan berbagai lagi. Kenapa tidak kita?
Masaalahnya, adalah orang dakwah seperti kita ini! Masaalahnya ….Tiada langsung kreativiti!
Pendekatan dakwah dan tarbiyah kita yang kita lalui terlalu jumud dan semu!
Sebabnya kita ditarbiyah mengikut buku, dan natijahnya sudah pasti kita tidak mampu berdakwah mengikut realiti.
Kita hanya menunggu dan menadah tangan menanti mad’u mad’u hebat datang kepada kita tanpa berusaha mencari mereka mereka. Juga mengharapkan syuyukh syuyukh kita sahaja yang memberi idea kepada kita untuk dilaksanakan, sedangkan kita tidak langsung mahu berfikir dan mencari idea idea baru untuk memeriahkan dakwah ini dengan pendekatan baru!
Tidakkah kita terfikir untuk melahirkan penulis penulis novel dan skrip? Pengarah pengarah filem, karyawan filem dan pencinta seni yang berjiwa islami yang didambakan oleh masyarakat kita dalam realiti kita!
Kalau pun kita tidak dapat melahirkannya dikalangan kita? Tidakkah kita terfikir untuk mendakwahi dan mendekati mereka mereka yang mahir dalam bidang ini yang berlambak dalam industri hiburan kita?
Itulah kita. Sikap prejudis kita.
Hanya pandai mengkritik tapi bukan menjadi penyelesai masaalah.
Kita cepat berpuas hati hanya sekadar melahirkan murabbi murabbi yang hanya mampu bersimpuh didalam halaqah seperti kita. Atau pun hanya melahirkan penulis penulis blog dan pencinta facebook yang tiada banyak menfaat dan menguasai massa dan meninggalkan tugas lebih mencabar untuk melahirkan penulis novel, pengarah filem, karyawan seni yang menjadi kehendak masyarakat?
Kita tidak langsung kreatif untuk meneroka sesuatu bidang dakwah yang masih tidak diteroka lagi! Tapi kita ghairah membuat sesuatu yang telah dibuat oleh ramai orang!
Contohnya blog.
Berapa ramai yang dah jadi penulis blog? Terlalu ramai. Terkadang seorang individu ada dua tiga blog. Dan adakalanya blog blog yang ditulis pun, tidak bersandarkan kepada ilmu dan kehendak semasa untuk meningkatkan darjat iman!
Dan ada blog yang kita lihat, sama saja pengisiannya.
Menulis tanpa banyak membaca.
Menulis tanpa kreativiti.
Menulis hanya dengan mengadaptasi.
Dan yang paling hina adalah menulis dengan menciplak karya orang lain!
Bukannya tidak bagus tetapi seni kitalah yang rugi. Tidak berkembang dan menguncupkan dakwah!
Kenapa tidak kita teroka bidang lain selain blog? Sebab itu dakwah kita tiada tawazun dan keseimbangan dimassa!
Apa pilihan masyarakat untuk berhibur sedangkan mereka amat dahagakan hiburan kerana itu adalah fitrah manusiawi!
Tak kanlah mereka hanya nak dengar bacaan quran sehari suntuk walaupun ianya berpahala!
Tak kan nak dengar nasyid Maher Zain saja … insyaalah insyaalah insyaalah sepanjang hari.
Atau dengar kuliyah Ustaz Kazim, Ustaz Don, Ustaz Azhar idrus sepanjang bulan?
Atau Melihat Utube utube badut badut politik dengan isu isu yang memualkan!
Itulah yang perlu kita fikirkan!
Orang dakwah kena banyak berfikir dan berkarya! Kerana kejayaan dakwah mutakhir ini bergantung sejauh mana kita mampu menguasai media massa disamping pengaruh tarbiyah pendidikan dan pergaulan!
Akhi,
Jadilah seorang perindu.
Selalu merindui ombak dakwah ini.
Kita sepatutnya menjadi setitis dari air laut dakwah ini yang harus teru mengalir dengan idea idea! Andai setiap individu dari kita mengalir dan terus mengalir dengan penuh kreativiti dan mencari aliran baru dari sungai dakwah itu. Pastinya aliran kita itu akan menjadi riak riak. Dan riak itu, jika ditiup kuat oleh angin iman yang kuat, sudah pasti ianya akan menjadi kerinduan yang terus berombak dan melahirkan gelombang yang akan memercikkan kecintaan ummah kepada deen ini.
Tiuplah rindu kita kepada dakwah ini supaya senantiasa berombak. Biarkan dia berkeping keping keping dan bergulung gulung hingga boleh merubahkan pantai jahilliyah yang semakin mendahului kita.
Begitulah sepatutnya penampilan rindu seorang da’i dalam menghayati jalan dakwah ini. Tidak semu dan tidak mati.
Disinilah harus kita hitung sejauhmana kita mampu untuk bersaing dimassa dalam mempengaruhi manusia dengan fikrah kita.
Marilah akhi, kita bangun kembali untuk memantapkan dakwah kita mengikut realiti agar ianya akan terus segar dan berpadu dalam nafas illahi.
Akhi ….
memang jalan dakwah ini perlu kreatif dan susah payah. Kerana zaman dan minat manusia tidak sama. Sebab itu kita jangan hairan dengan terpaan permasaalahan didalam kehidupan dakwah ini. Paling penting kita harus terus berusaha.
Seandainya ombak rindu kita besar kepada Allah dan kepada dakwah ini, jangan kita kaget dengan apa jua yang datang bersaing dengan kita, kerana jika kita tahu dan sedar, ada sasaran dan tujuan maha agung Allah sertakan kesusahan untuk kita menarik manusia ke jalanNya. Kerana Dia ingin menyempurnakan kerinduan kita kepadaNya diujung jalan ini.
Bagi yang setia dan sering hadir disini meski tiada entry terbaru ku, terus terang ku katakan bahawa rinduku sentiasa berombak kepada kamu ….
jumpa lagi
muharrikdaie – menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa.
Ina – hanya hanya melontarkan idea dan tidak lebih dari itu. Memang saya juga telah mengusahakan yang terbaik dalam medan dakwah ini umpamanya menulis novel namun novel novel dakwah selalunya ditolak oleh penerbit. Bukan kerana kualitinya tapi adalah kerana komersil marketnya tidak menguntungkan penerbit. Itulah yg terjadi.
Qalbun salim – insyaalah saya akan terus menulis jika berkesempatan.
Irhafiz – jalan ceritanya ok gak … cumanya banyak dedah dedah dan cium mencium yang bukan mahram….memang tidak sesuai untuk tontonan.
Tengok tajuk atas, ombak rindu atau rindu ombak, terus klik..
Sebab, ingat ada input menarik.. ada teladan baik daripada filem tersebut untuk diutarakan, kerana ramai orang duduk sibuk nak tengok…
Terfikir, apa salahnya search guna youtube, tengok iklan…
Apa..!!
Teruknya cerita… Pakaian, Pergaulan dll… (tapi tengok iklan je, kalau dah iklan pun teruk, apa lagi cerita)
Bagi kaum wanita, khususnya… (sebab biasanya kaum wanita yang minat cerita macam ni), tak payah tengok lah… Dapat dosa je…
Aku berserah di alas kakiMu, ya Allah
Belaian kasih atau hantaman palu
Akan kusyukuri, ya Allah, sebagai sentuhan-Mu
Emas tempaan untuk mahkota raja
Atau besi untuk kekang keledai
Bisa Dia gunakan untuk membentukku seturut kehendakNya
Aku ini tiada, aku ini bukan apa-apa lagi
Seperti apa pun Dia ingin membentukku, itulah yang terjadi
Aku akan mati dalam suka
Aku akan larut dalam kepayang
Hanya saat larut itulah nyata
Sesiapa yg akhirat itu tujuan utamanya. Maka Allah jadikan kekayaan dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina ( iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya. Maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah ceraiberaikan urusannya. Dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya ( iaitu dalam keadaan hina) - AlTarmizi
Sekadar Peringatan
Kawan kawan. Mohon kerjasama supaya jangan copy paste artikel saya dan memasukkannya didalam blog kamu semua dengan tidak meletakkan link. Saya bukan hendak nama dan apa pun kepentingan didalam menulis ini kerana semua penulisan saya adalah untuk kita semua berkongsi menfaatnya dan semestinya semuanya saya lakukan kerana Allah. Tetapi saya tak mahu saya pula difitnah dan dituduh menciplak artikel orang lain oleh bloggers yang pernah mengunjungi blog kamu sedangkan itu adalah artikel saya! Insyaalah sama sama kita jujur dalam berblog dan sama sama kita pelihara ukuhuwah ini dengan Allah supaya tidak menganiaya sesama kita. Baca dan copy lah artikel saya seberapa banyak yang kamu mahukan dan beramallah dengan apa yang boleh dimenfaatkan tapi jujurlah dalam berkarya. Saya mampu menulis pun adalah kerana ilham dari Allah dan copylah kerana Allah demi menyambungkan dakwah ini kemana mana. Maaf sangat sangat atas peringatan ini. Jazakallah jaza'.
Kawan …
Aku tahu
Aku bukanlah seorang daie yang hebat
atau seorang mujahid dijalan ini
yang boleh engkau tahtakan
Aku hanyalah sang pemimpi
yang mengimpikan sebuah kenyataan
dari impian impianku.
Impian yg hanya bergolek dan berputar putar
laksana embun dipermukaan kaca
lalu sepi
bergelimang malas dalam jiwaku
Namun ...
bila ku terbayangkan sekujur tubuh Sayyid Qutb
keseorangan hidup dan syahid dijalan ini
jiwaku kembali membakar
dalam sebuah erti cinta
dan aku ...
kembali menyusun langkah langkahku
menyusuri jalannya
menuju sebuah kedamaian.
Dihati kecil ku
menaruh harapan
agar ruh ku jua
akan bermukim di dada burung burung hijau
berkicau dan beterbangan
dipinggir pohon syurga …
menikmati cinta yang hilang didunia
sungguh, minat juga hendak menjadi pengarah movie islamik
tapi saya masih bersekolah menengah, dan mungkin tak terlibat dalam course2 berkaitan movie di universiti nanti.
tapi sekarang, dalam proses menulis novel. doakan..
Ina – hanya hanya melontarkan idea dan tidak lebih dari itu. Memang saya juga telah mengusahakan yang terbaik dalam medan dakwah ini umpamanya menulis novel namun novel novel dakwah selalunya ditolak oleh penerbit. Bukan kerana kualitinya tapi adalah kerana komersil marketnya tidak menguntungkan penerbit. Itulah yg terjadi.
Qalbun salim – insyaalah saya akan terus menulis jika berkesempatan.
Irhafiz – jalan ceritanya ok gak … cumanya banyak dedah dedah dan cium mencium yang bukan mahram….memang tidak sesuai untuk tontonan.
Terima kasih semua kerana masih setia.
Tengok tajuk atas, ombak rindu atau rindu ombak, terus klik..
Sebab, ingat ada input menarik.. ada teladan baik daripada filem tersebut untuk diutarakan, kerana ramai orang duduk sibuk nak tengok…
Terfikir, apa salahnya search guna youtube, tengok iklan…
Apa..!!
Teruknya cerita… Pakaian, Pergaulan dll… (tapi tengok iklan je, kalau dah iklan pun teruk, apa lagi cerita)
Bagi kaum wanita, khususnya… (sebab biasanya kaum wanita yang minat cerita macam ni), tak payah tengok lah… Dapat dosa je…
Insyaallah! mujahadah terus!
lama tunggu entry baru ..alhamdulillah! terus menulis!
lama tak bertandang ke sini,
sungguh kita perlu lebih kreatif dalam berdakwah dan menguasai media.
perlu lebih serius, dan tidak boleh sekdar puas dengan kejayaan yang sedia ada.
perlu lebih kreatif. perlu lebih inovatif!
insyaAllah
amin.
mungkin muharikdaie boleh buat video pula barangkali?