ketika cinta harus memilih


Salam kedamaian ….

Jangan ditanya kenapa lama aku menghilang dan jarang menulis!

Dan tentunya satu hari nanti blog yang bertemakan ‘muharrikdaie’ akan jemu dibaca dan akan lenyap ditelan waktu.

Sesungguhnya ini perkara biasa dalam dunia dakwah dan dunia penulisan ini. Yang patah kan tumbuh. Yang hilang kan berganti.

Yang berganti pasti akan lebih muda dan lebih advance lagi penulisan dan garapan mindanya disamping hebat lagi perjuangan dan semangat mereka mendakwahi manusia!

Jauh disudut hati ini, memang ingin berlama dalam bidang yang kita minat dan cinta ini namun bila waktunya telah sampai untuk kita harus memilih, kita harus melangkah jua  …

Begitulah masa berputar dan sebagai  insan yang semakin beranjak petang usianya seperti aku ini, pastinya harus mulai belajar untuk menjadi golongan syuyukh! Menjadi bayang disebalik tabir jamaah yang sesuai dengan  usia dan pengalaman untuk membimbing dan membantu generasi muda demi menguatkan pilar jamaah ini!

Sudah pastinya  jalan berfikir dan jalan bekerjaku banyak tertumpu kepada perancangan dan pembangunan jamaah.

Malah hidup bermujahadah juga perlu tinggi dan ini mengajar aku untuk menjauhi harum dunia untuk mengapai keharuman yang lebih wangi lagi dalam menghidupkan ruh perjuangan dan mencerahkannya dalam mengejar hasrat hidup dan cita cita yang senantiasa lapar untuk menemui Tuhannya!

Apalah yang  ada lagi dalam hidup kita ini wahai ikhwah ku!

Permulaan kehidupan yang telah kita lalui. Pertengahan kehidupan yang sedang kita lalui dan pengakhiran yang tidak pasti!

Seandainya permulaan kita jernih, tidak semestinya pertengahan dan pengakhiran kita juga jernih!

…kerana dakwah ini bukanlah satu jaminan dan satu barang yang mempunyai nilai ” guarantee “ yang selama lamanya kekal pada diri setiap da’ie itu jika dia tidak istiqamah dan thabat serta tahan uji diperjalanan ini!

Tahukah kamu ikhwah ku, bahawa semakin usia kamu merangkak tua, semakin itulah ketat hidup ini dalam kelam kabut tribulasi tribulasi yang akan menghimpitmu. Disinilah kamu harus kuat dan kental melaluinya kerana ditakuti  dipenghujung usia itu akan terburai segala keikhlasan yang selama ini telah kita pertahankan! Takut! Dipenghujung usia ini tidak dapat kita pertahankan  ‘sifat kehambaan ” itu dan kita menjadi hamba yang lalai dan derhaka. Dipenghujung hidup inilah dapat kita tahu apakah benar” kebenaran janji janji” kita! Dipenghujung itulah ….pembuktian segalanya!

Mudah mudahan selama ini kita bukanlah ‘ Abdullah Bin Ubai’ yang bersembunyi didalam relung dakwah dan berpaut pada wahan dunia yang berputar …

Tika masih bernafas ini dan ketika cinta masih lagi memberi ruang untuk kita memilih, pilihlah dakwah ini menjadi kekasih kita  dan barulah  disinilah kita  boleh bermukim selama lamanya dalam menghayati sifat hamba ini hingga dipanggil Allah  biarpun adakalanya kita rapuh seperti istana pasir dan adakalanya kita kuat seperti karang ditengah lautan justeru kita tidak perlu lagi keliru  dengan hidup ini!

Pertahankanlah kehidupan ini dengan penuh ghairah dalam bayang keindahan dakwah  ini, kerana disitu terselit senyum senyum pembawa pembawa risalah lalu!

Sejatinya aku bukanlah seorang murabbi dan orang yang layak menasihati kamu kerana aku tidak sehebat mana!  Cuma disini aku hanya  ingin berkongsi cerita agar semangat kita tidak pudar dan senantiasa  semerah bara yang menanti masa untuk menyala seperti obor Sayyid Qutb untuk menerangi alam buana ini!

Kamu pun tahu aku hanyalah seorang lelaki biasa dan bukanlah sosok tubuh yang kuat yang memiliki ilmu deeniyah yang luas mahu pun kapasiti intelektual yang mumpun.

Justeru aku juga bukanlah seorang sufi yang punya kesolihan sejati  yang punya ibadah yang rapat dilangit biru atau punya semangat juang yang hebat serta gagah berani namun aku tidak akan pernah mengalah meskipun aku bertatih dijalan dakwah ini. Dan tentunya akan aku gunakan apa saja kemampuan yang ku miliki, samada menulis berceramah dan memberi tausiyah asalkan aku dapat menyumbang!

Akhi, aku juga bisa sakit dan bisa terluka. Aku juga  bisa rasa sepi dan bisa disapa dingin dalam bingkisan raga namun dalam hati ku, telah ku patrikan sebuah keinginan untuk melihat wajah Allah dan hidup bersama Rasul diakhirat nanti. Itu sajalah cita cita yang masih hidup yang membuatkan aku tidak boleh mengelak dari satu kebenaran kerana bagi aku Allah berkuasa untuk menunaikan hajat suci itu meskipun selama ini kegamangan jalan dan segala cita cita dunia indah ini telah dirampas oleh takdirnya untuk menguji aku!

Akhi,

dijalan dakwah ini buatlah sesuatu!

Jangan kamu intima’ kemudian kamu duduk saja. Jangan kamu berukuhuwah sekadar untuk gembira dan membaja rasa. Jangan kamu meneguk tarbiyah sekenyang kenyangnya kemudian kamu berdengkur lena mengeraskan ilmu didada.

Kita menadah tarbiyah bukan saja untuk pahala tapi untuk menghancurkan sistem yang ada! Sistem yang menjerut hukumiyah Allah dibumi tercinta ini. Kita telah lama terpenjara dalam sistem ini sehingga terkadang kita rasa selesa dan lupa bahawa keselesaan itu boleh membawa kita mencium neraka. Selesakah kita makan minum dan beranak pinak dalam sistem ciptaan manusia ini?  Terus terusan berdosa tanpa usaha?

Karena itu kita berada didunia penjara ini. Dunia dakwah dan tarbiyah yang mengikat nafsu dan mengharamkan kerehatan buat kita selama lamanya selagi kita tidak mendaulatkan deen ini disinggahsananya!

Adakah selama ini kamu fikir seperti yang aku fikir. Seperti Almursyid fikir dan ditembak beratuskali didadanya  atau seperti Syed Qutb berfikir sehingga idealismanya membawanya ketali gantung! Mereka semua mati bukan kerana musuh yang kuat tapi kerana Iman mereka yang menancap kokoh di dadanya, mewarnai putih tulang-tulang mereka dan merah aliran darah mereka!

Ketika cinta memberi pilihan bagi mereka, mereka memilih mati untuk terus hidup.

Apakah kekuatan yang mereka miliki hingga mereka sanggup mati?

Pastinya ” TAUHID bahasa langitnya dan CINTA terjemahan buminya!

Cinta bukan sebarang cinta tapi cinta yang ada dihati. Cinta yang berwariskan Muhammad SAW. Bukan seperti cinta yang kita fahami!

” Akhi, zaujah ana kena pindah kat Sabahlah selama setahun sebelum tukar kesini. Dan ana rasa ana terpaksa kena ikut dia kesanalah. Dan insyaalah ana akan gerakkan dakwah disana!”  Suatu hari sahabatku yang baru bernikah ini meminta excuse dengan menyuarakan “hujah yang kuat itu” untuk berpindah ke Sabah kerana zaujahnya bertukar kesana kerana promotion.

Mas’ul ku tersenyum sambil berkata, ”  Ana kalau boleh minta anta fikir dulu akh, kerana jamaah amat memerlukan anta disini! Lagipun zaujah anta pun orang sabah dan dia pun tinggal dengan keluarganya. Taklah perlu risau sangat, sementara kami dapat penganti anta.”

Tapi  rasa ana, ana kena pergi jugaklah”. tegasnya tanpa dapat dipujuk lagi.

Begitukah ketika cinta harus memilih?

Kita juga mengatakan cinta pada dakwah tapi bila diuji berjauhan dengan isteri atau suami kerana tugas dan sebagainya, kita dah mula sugul sedih rindu dendam hingga lemah dakwah dan perjuangan sehingga hilang mood untuk berdakwah.

Justeru doa doa munajat kita pun sudah beralih untuk suami dan siisteri sahaja dan bukan lagi pada ikhwah dan dakwah.

Rabithah kita pun, kita hanya gambarkan wajah suami atau isteri kita saja hingga lupa wajah2 mutarabbi dan mad’u yang mengharapkan ruh doa dan kekuatan dari kita!

Hubungan kita dengan Allah mulai keroh. Ingatan kita pada Allah mulai rapuh. Hati kita mula kesat hanya sanya kerana seorang manusia yang kita kata  “teman dakwah ” sebelum walimah dulu, tapi hakikatnya suami atau isteri kita itu hanyalah teman ” biology’ kita sahaja! Kita merinduinya bukan kerana kita ingin kuatkan dakwah kita. Kita meratap dan call dia setiap jam bukan kerana untuk kita muhasabah akan  mutabaah amal dan atau berbincang kerja kerja dakwah dengannya. tapi hanyalah untuk melepas perasaan rindu yang teramat amat rindu hingga mengalir airmata menahan gejolak rasa! Aduhai …begitu nafsu kita mengatasi dakwah!

Memang kita malu dengan Allah.

Akhi ..

Dimana level tarbiyah kita sekarang? Dimana level Dakwah kita sekarang. Dimana level ukuhwah kita sekarang?

Disaat saudara kita diserata dunia mengalami penderitaan, kesakitan , tekanan dan penindasan kita masih mampu untuk berolah raga, bergembira dan bersukan yang memaksa kita mengeluarkan wang yang banyak untuk memuaskan naluri kita.

” Akhi, ana rasa nak anjurkan sukan jetski kita”? Suatu hari teman ku beri pandangan.

” Kenapa tidak anta buat satu program dalam hutan yang tidak mengeluarkan belanja yang banyak yang mana boleh kita dermakan ke Palestin atau Pakistan, malah program dalam hutan ni dapat jugak kita rasa penderitaan mereka!” Cadang mas’ul ku. ” Kita buat program riadhah ni bukan untuk memuaskan nafsu kita untuk bersantai bergelak ketawa tapi adalah untuk melatih fizikal kita! Bukan tak boleh kita adakan program seronok2 tu tapi rasanya tak sesuai saat ini kerana saudara saudara kita amat memerlukan bantuan dan tak sepatutnya kita berseronok tatkala mereka menghadapi saat dukacita!” Sambung mas’ul ku lagi.

Begitulah rencah rencah dakwah dalam kehidupan harian ku yang aku lalui …

Oh ya, Bagaimana kehidupan dakwahmu mu disana? Mungkin lebih hebat lagi ….

Insyaalah, aku akan ke Bandung minggu hadapan selama seminggu. Bertemu sahabat dan sohibah kita dari PKS . Ingin meneguk pengalaman dan berkongsi cerita dengan mereka yang akan aku kongsikan dengan kamu semua disini … doakan aku.

jumpa lagi

muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

About these ads

2 responses to “ketika cinta harus memilih

  1. ana_fina October 21, 2010 at 7:03 am

    post yang tidak mengecewakan bagi seorang daie yang inginkan jiwanya dgerakkn d jln ini…jazakallah =)

    sangat terkesan..trutama pd
    “Jangan kamu intima’ kemudian kamu duduk saja. Jangan kamu berukuhuwah sekadar untuk gembira dan membaja rasa. Jangan kamu meneguk tarbiyah sekenyang kenyangnya kemudian kamu berdengkur lena mengeraskan ilmu didada”..- ana mnta izin copy + share pd shbt2 ya..

    doakan smuanya thabat, benar…tidak ada jaminan kita brada d jln ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 171 other followers

%d bloggers like this: