Email seorang murabbiyah …


Ikhwah/Akhawat

Memang benar kata kata  ….

” Tangan yang mengoncang buaian itu, boleh mengoncang dunia”!

Itulah hakikatnya dan mulianya seorang wanita bila telah diproses dan dicerna sehingga ia amat bernilai terhadap deen ini.

Bukan mudah untuk melahirkan wanita wanita sebegini kiranya kita hanya bergantung kepada tarbiyah dalaman kerana tarbiyah didalam jamaah tidak menjamin suksesnya mereka jika selepas itu mereka dibiarkan tanpa pemantauan dan dibiarkan bersendirian tidak mempunyai teman untuk membantu menguatkan dzatiyah mereka.

Justeru itu jamaah harus memikirkan sesuatu seperti mengwujudkan keluarga angkat dikalangan mereka. Gandingkan mereka  mengikut kesesuaian dan keserasian supaya  mereka sama sama dapat  bersifat taawun dan bahu membahu dalam melaksanakan amal amal fardhi dan jama’i.

Mereka juga harus dimotivasikan secara berterusan kerana wanita amat memerlukan motivasi untuk meng stable kan emosi dan keistiqamahan mereka agar sentiasa seimbang  dengan  kesungguhan peribadi mereka.

Wanita yang tidak  dikawal dan tidak di motivasikan mudah lesu. Mudah tension. Mudah putus asa dan mudah cair dan larut dalam iklim ujian dan suasana persekitaran.

Mereka bukan saja cepat lemah terhadap diri dan perjuangan mereka tapi juga  boleh menjangkitkan virus  kelemahan itu kepada zauj zauj mereka kerana didalam diri mereka terdapat sesuatu yang special yakni ” influence power ” yang kuat sehingga terkadang boleh membuatkan zauj zauj mereka yang lemah hamasahnya tersungkur  bagai gajah gajah Abrahah yang terkena jatuhan batu dari burung burung Ababil!

Begitulah realitinya wanita dan sebab itu mereka memerlukan pokok yang kuat untuk menumpang kerana wanita ini ibarat dahan! Andainya pokok itu reput pasti kedua duanya akan menyembah bumi.

Wanita selalunya terbabas bila keseorangan kerana tidak tahan pressure diatas masuliyah yang dikendong dan menjadi kebiasaan pada kita melihat mereka semakin lemah dan longlai  apabila telah berwalimah kerana pertambahan masuliyah itu dan suamilah  satu satunya tempat untuk mereka berpaut sebelum melalui proses kematangan mereka.

Dan sebab itu aku kata wanita ini ibarat dahan dan memerlukan pokok yang kuat untuk mereka menumpang kerana kefuturan rumahtangga dakwah bukanlah disebabkan oleh dahan itu tetapi adalah pokok tempat dahan berpaut!

Tidak semudah untuk menjadi wanita solehah!

Tidak mudah untuk menjadi isteri solehah!

Apalagi untuk menjadi mas’ul. Menjadi murabbiyah!

Tidak semudah yang disangka. Lebih lebih lagi menjadi murabbiyah untuk mendidik anak binaan dikalangan akhawat akhawat yang bermacam ragam dan songehnya!

Menjadi murobbiyah memerlukan sifat qawammah ( penguasaan ) yang menyeluruh dari semua aspek. Lebih lebih lagi dari aspek emosi kerana pertentangan dari aspek emosi selalu berlaku dikalangan sohibah dan murabbiyahnya.

Ada orang kata, menjadi murabbi atau murabbiyah ini mudah apabila kita telah melalui prosesnya. Memang betul. Tapi harus kita ingat, ada satu lagi syaratnya!

Ia itu ‘ penerimaan’ atau ‘ acceptance’.

Persoalannya. Apakah kita boleh diterima oleh mutarabbi kita? Boleh menerima cara kita mentarbiyah mereka. Cara kita mengauli mereka kerana inilah intipati kepada muntijnya sesuatu halaqah itu.

Sebab itu murabbiyah harus dapat menerima dan menangani realiti keragaman ahli binaannya. Mengelakan iktilaf. Mengelakan dari diskriminasi kasih sayang dan terbebas dari nafsu dan menjaga keikhlasan.

Hanya ini yang mampu aku berkongsi dan menjawab email kamu wahai sang murabbiyah yang tidak aku kenali diatas pengalaman cetek aku. Muga muga pembaca juga dapat berkongsi pengalaman agar dapat kita meluaskan lagi uslub dakwah dan pentarbiyahan ini dalam melaksanakan dakwah ilallah ini.

Hanya kepada Allah kita mohon pertolongan.

……..dan adalah menjadi kewajiban Kami menolong orang orang mukmin. ( ArRum 47 )

الفقير إلى الله

muharrikdaie – menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

About these ads

4 responses to “Email seorang murabbiyah …

  1. muharrikdaie April 27, 2010 at 7:02 am

    Mbak – Saya dah sambung tulisannya …teruskan membaca.

    Dianah ~ Lama tak nampak awak di blog ini. Sibuk sangat kah? Semuga sukses dengan kerja baru ni. Pekasam ikan buat lagi ke?

    Iman ~ nanti saya jawab soalan sensitif ni. Rasanya ramai yang tak suka topik begini. Jadi kontroversi pulak blog saya nanti.

  2. Iman April 26, 2010 at 7:27 pm

    salam..

    apa pendapat akh muharrik daei jika ada di kalangan ikhwah atau akhwat yg ingin baitul muslim dari kalangan bukan ikwah dan akhwat?

    jzkk..

  3. Dianah April 25, 2010 at 3:54 am

    salam saudaraku yang jauh..

    jarang2 sudah saya ber blog hopping sekarang.. namun tetap menjenguk sekali sekala… semoga terus tetap di jalan dakwah ini.. doakan saya sekali ya… :)

  4. jalandakwahbersama April 20, 2010 at 11:53 pm

    Ditunggu sambungan tulisannya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 171 other followers

%d bloggers like this: