Merindui salju

2009 November 27
by muharrikdaie

Malu untuk bercerita kisah lalu …

Namun disitu kutemui saripati hidup …

kisah perantauan ku …

kisah percintaan ku…

kisah kemanusiaan seorang manusia

perihal kasih sayang yang terpinggir dek kemiskinan

Ku hirup dingin udara dibumi Amsterdam dan terkadang kubungkus diri kerana diterkam angin yang jahat bila  suhu jatuh keparas minus dan  ditika aku mendaki puncak tentangan, menerjang bantu kesulitan, mengoda ujian demi ujian untuk memecahkan kemiskinan, kesengsaraan dan kepapaan lalu. read more…

Jangan pisahkan kami

2009 November 26
by muharrikdaie

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar

Walillah hil hamd

Ya Allah, hari ini aku kembali merindui Baitullah Mu. Aku kembali merindui tempat tempat suci Mu yang pernah kukunjungi 3 tahun yang lalu. Tika mana Engkau wahai Allah mengurniakan kepada aku Haji Akbar. Mengerjakan haji dihari Jumaat yang penuh keberkatan yang didambakan setiap manusia yang mengerjakan haji.

Disana terlalu banyak ku limpahkan airmata ku apalagi mengunjungi Badar dan Uhud.

Mengunjungi makam syuhada’.

Disana juga Engkau telah titipkan dalam ruh dan jiwaku supaya cintakan syahid. Cintakan dakwah. cintakan manusia disekelilingku yang masih terpingga pingga dengan agamaMu.

Disana aku banyak belajar kesabaran ditengah jutaan manusia.

Aku banyak belajar bagaimana untuk mendahulukan manusia lain dari kepentingan diri sendiri.

Aku bertemu dengan mujahidin mujahidin dan sahabat sahabat seperjuangan dan sefikrah berlainan bangsa dan rupa yang mana akhirnya kami semua bersepakat mengutamakan doa untuk kemenangan dan penyatuan Islam sewaktu berwukuf! Indahnya ukuhuwah itu sekalipun hanya sebentar cuma.

Begitulah kami Engkau ketemukan ya Allah.

Terasa dihati menyintai mereka. Aku sememangnya tidak dapat menyembunyikan cinta itu. Apalagi dijalan dakwah yang dipertemukan dalam tidak tersangka. Mungkin pertemuan ini disusun atur oleh Allah diatas doa doa yang telah kupanjatkan kesekian lamanya dan dalam kesabaran dan penantian yang panjang ….

Sememangnya menjadi kelaziman ku untuk terus berdoa dan berdoa agar Allah sentiasa bukakan kepadaku seluas luasnya pintu amal, menemukan aku dengan jamaah yang betul dan yang bergerak dalam manhaj arRasul serta menemukan aku dengan orang2 yang punya kesungguhan untuk terus bekerja dan bekerja supaya aku dapat bersama mereka mengabung semangat waja hingga kepuncak syurga! read more…

Bukan aku dan bukan kamu

2009 November 25
by muharrikdaie

Dunia dakwah dunia yang luas.

Seluas langit dan bumi.

Kita duat, hanyalah pengeraknya dan digerakkan olehNya.

Dakwah mengajar kita arti Tauhid. Erti keesaan Allah. Erti hak allah dan kekuasaan Allah. Erti tangungjawab. Dan dakwah dipenuhi seribu pengertian untuk kita menjana iman dan mengepam iman agar iman itu boleh menyelinap disegenap saluran darah dan sendi sendi kita dan akan terlahirlah aroma kehalusan seorang hamba hingga mencapai kepada makam ” hamba yang rabbani”.

Itulah dia, jika tarbiyah ini dapat kita hayati sedalam dalamnya.

Kita akan bekerja hanya untuk Allah.

Disini menguji niat kita. Dan niat itu kan terbukti apabila kita dapat melaksanakan kepatuhan yang berterusan. Kepatuhan yang tidak berpilih.

Kepatuhan kita kepada Allah dan ajaran Rasullulah bukan sekadar didalam program program rasmi yang kita anjurkan sahaja sebagai pelengkap takwim tahunan kita. ( Banyak program hujung tahun ni untuk diattend ) malah kepatuhan kita adalah sepanjang hayat dan selagi nyawa dikandung badan! read more…

Pasrah menanti

2009 November 22
by muharrikdaie

Siksanya untuk menulis bila sel sel otak terhenti dan berserabut dengan pertanyaan!

Apalagi hati yang kosong yang sentiasa terangan angan mengharap secebis kebahgiaan kurniaan tuhan…..dalam kesabaran yang terduga!

Ditambah dengan keletihan yang tidak berhujung untuk melengkapkan perjalanan seorang hamba dan abdi kepada RabbNya.

Dan akulah manusia itu seperti kawan2 ku yang lain merayap dibumi ini yang tidak ada hari, tidak ada weekend  sekalipun untuk melihat awan bergerak atau kebiruan langit untuk mencari sedikit kerehatan ….

Begitulah keadaannya …

hidup dalam cakrawala dakwah yang kekurangan pengeraknya …

Berkorban apa saja yang termampu dan  memberi sebagai muamalahnya …

Jual beli dan bisnis yang amat menguntungkan jika memiliki kejernihan niat …

serta  memberi yang terbaik dari yang baik

seperti seekor lebah !

Tarbiyah mengajar kita menjadi lebah.

Menghinggap ditempat yang baik.

Menghisap yang paling baik.

Dan menyebarkan yang terbaik.

Untuk menfaat semua manusia yang kepingin menjadi baik.

Begitulah Allah memilih kita ini untuk menjadi wakilNya!

Bukan untuk menjadi orang yang kalah tapi untuk melangkah menjadi kalifahtullah untuk memberi kebaikan dan kesejahteraan sebanyak banyaknya kepada manusia. Sebab itu kita harus meletakkan diri kita didalam tarbiyah, supaya dapat terus bertahan dengan segala macam mehnah ujian untuk terus menuju ” Al-Falah ‘ ( menuju kemenangan ) kerana mesej yang kita sampaikan kepada manusia dan mengajak manusia itu sememangnya melalui keperitan ujian sebelum mengarahkan kepada kemenangan!

Adakala didalam dakwah ini, kita jatuh. Kemudian kita bangkit dan jatuh lagi.

Seperti di Uhud dan Hunain!

Adalah semata untuk kita membangunkan kepercayaan diri yang luar biasa bahawa apa yang kita bawa ini adalah ” kebenaran”!

Kerana kebenaran sahajalah kita teruji dan diuji!

Seandainya rembulan ditangan kiriku dan matahari ditangan kananku. Aku tidak akan berhenti terhadap dakwah ini!

Betapa Rasullulah  mengajar kita kepercayaan diri dan thabat.

Melihat ujian sebagai kenikmatan dan kekuatan!

Jangan kita tinggalkan jalan dakwah ini kiranya kita tidak mahu kehilangan nilai diri dan jalan hidup yang mulia. Jalan hidup yang telah ditetapkan Allah untuk membela yang haq dan memberi wangian kepada manusia.

Kita tidak mahu jadi seperti lalat kerana ….

tarbiyah tidak pernah mengajar kita menjadi lalat!

Hinggap ditempat yang kotor.

mengambil yang kotor dan

menyebar kekotoran kepada manusia … read more…

Sisa cahaya bulan

2009 November 18
by muharrikdaie

Bahagia seorang sufi bila bersunyi sunyi dengan Rabbnya.

Bahagia seorang hafiz bila bertalaki dengan gurunya.

Bahagia seorang isteri bila berbaring di ribaan suaminya.

Bahagia seorang pelajar bila mera’i kejayaanya.

Apakah kebahgiaan seorang da’ie?

Hampir sebulan aku terpisah dengan adik2 akhawat binaanku.

Adik2 yang ku bina hampir setahun setengah dibawah tunjuk ajar dan jagaanku.

Perpisahan terasing yang sukar untuk dimengerti!

Dan aku sentiasa mendoakan agar mereka semua gembira mendapat naqibah yang baru setelah bertahun menunggu. Mudah2an mereka dapat melunakkan diri dan sentiasa istiqamah dan thabat dalam menempuh dugaan dan menjadi mutarabbi yang mempunyai jiddiyah yang tinggi dalam membentuk diri sebagai daiyah yang berkualiti.

Bersama mereka selama ini seolah olah memisahkan jiwa dan raga ku. Kerana terpaksa menjaga syaksiyah sehalus halusnya dan dalam masa yang sama terpaksa memasuki relung hati dan  kehidupan mereka.

Terpaksa meng “unisex” kan pemikiran dan jiwaku.

Bukan senang seorang ikhwah sepertiku  berhadapan dengan kerenah2 remaja 20an ini.

Dan terpisahnya aku sekarang menyatukan kembali jiwa dan ragaku, sekali pun sisa sisa rindu kepada mereka menganggu igauan ku.

Rindu seorang Ayah, seorang Abang, seorang Penjaga, seorang Motivator dan seorang Murabbi dan tidak lebih dari rindu itu menjadikan aku kemurungan beberapa hari.

Sunyi dan terasa  kehilangan!

Minggu minggu ku seperti hilang rencahnya!

Terngiang ngiang akan keletah keletah mereka berbincang dan bersuara mempertahankan hujah dan pendapat dengan penuh keiltizaman dan kesungguhan.

Terngiang ngiang ditelingaku suara suara alasan yang berbagai kerana tidak menunaikan tanggungjawab melaksanakan mutabaah amal mereka dan sayup2 kedengaran esakan tangis  bila di marahi dan ditegur justru mereka amat cepat menumpahkan airmata!

Dan terkadang membuatkan aku amat serba salah ….

membuatkan aku rasa resah…..

membuatkan aku terasa zalim terhadap mereka …

membuatkan aku terasa ingin memujuk ….

hingga terkadang diriku sendiri sentiasa berada dikesamaran!

…dan sememangnya mereka benar benar ” menyusahkan” aku dan menjadikan jiwa sentimental aku memakan diriku sendiri!

Kerenah kerenah mereka banyak merusakan tidur dan selera makanku sehingga berhari hari aku mengelamun memikirkan bagaimana untuk mentarbiyah mereka sesempurnanya, dengan keadaan begini dan aku sentiasa berhubung dengan mas’ul ku tentang ini dan seperti biasa jawaban ‘ sabar ‘ menjadi pengubat masaalahku!

Mereka semua memang “penganggu” hidup ku ….

…..namun ingin ku katakan bahawa aku bersyukur dalam “gangguan” itu, kerana gangguan itulah, aku ditarbiyah secara tak langsung dalam kehidupan ini!

Ditarbiyah untuk memahami jiwa seorang akhawat! Jiwa yang penuh keanggunan dan kemisteriusan yang selalu dilindungi dengan sifat mahmudah yang amat mudah dibentuk dan dilenturkan!

Aku bukan sahaja belajar menyabarkan diriku dengan wajah wajah ketidakpuasan mereka terhadapku, namun dapat membuatkan aku lebih berhati hati dengan akhlaq dan berdisiplin sebagai seorang ikhwah, malah aku belajar akan kehalusan jiwa mereka yang pelbagai warna yang mengindahkan!

Aku yakin merekalah bulan yang bersinar yang akan menerangi dakwah diKota Kuala Lumpur ini dengan potensi dan kesungguhan  serta kesedaran yang tinggi.

Aku amat berbangga, dengan pertolongan Allah, jiwa kemanusiaan, jiwa cintakan deen ini, jiwa pengorbanan yang ada pada mereka akan mengimarahkan lagi nuansa dakwah & tarbiyah di IPT yang semakin suram ini.

Sesungguhnya aku bukanlah orang yang terbaik menjadi murabbi mereka namun sekurang2nya sisa cahaya  bulan dalam diri ku ini dapat juga aku sumbangkan dalam mentarbiyah mereka.

Memang kamu semua adalah adik adik ku.

Adik adik yang amat lekat dijiwa ku hingga hari kiamat.

Aku bertanggungjawab menjaga keselamatan mu.

Menjaga syaksiyah mu.

Menjaga ibadahmu.

Menjaga masalah2 mu.

Hingga aku amat terasa bahawa kamu semua sentiasa hidup dalam setiap helaan nafas  ku!

Teringat aku, dalam duka membina kamu semua, kamu juga telah menceriakan jiwa aku yang terkadang kontang dengan iman kerana hidup harian yang tak keruan dek kerja yang berterusan.

Teringat bila mana dalam taaruf  pertemuan pertama kita, kamu hanya menamakan diri kamu semua dengan nama nama bunga supaya dengan alasan untuk mengelakan aku dari gangguan syaitan jika mengingat nama kamu yang sebenar!

Dan aku hanya senyum saja pada kamu dan ada nama nama bunga yang kamu namakan mengantikan nama kamu itu yang tak pernah aku dengar sehingga aku terpaksa membuka dictionary! heheh

Kamulah bunga bunga hutan yang meliar kecil yang rupawan itu yang hingga hari ini mendukakan perasaanku …

Callistemon laevis ( callis ), Diplotaxis muralis ( diplo ), Vitex trifolia ( Vitex ), Tulip Strawbery ( Tulip ) ….

Ingatlah akan daku dalam rabithahmu!

Aku sepohon filicium yang pernah melindungi dan meneduhi kamu dibawahnya!

Sekalipun tak bisa  menahan tempias hujan seperti berteduh dibawah bumbung  namun aku telah cuba sedaya upaya  menggigil kesejukan menahan hujan dari membasahi kamu sedaya aku!

Seandainya selepas ini kita tidak akan bertemu lagi dan aku akan pergi jauh dari kamu seperti yang kamu tahu, namun hari hari ku dan hari hari kamu yang kita lalui bersama banyak meninggalkan kenangan yang mencuit rasa  dan merendam jiwa serta banyak mengajarku mendalami dasar jiwa halus dan longlai seorang wanita yang penuh warna pelangi selepas hujan yang  amat bernilai bagi ruh dan kehidupan ku.

Sesungguhnya jiwa seorang akhawat itu penuh keindahan yang tidak terseluk oleh sedikitnya cinta!

Pesanku, walau dimana kita berada,

……bahawa kita adalah hamba yang tidak dizinkan oleh Allah untuk berhenti dari menyeru dan terus menyeru di kembara ini, kerana perjalanan kita dijalan dakwah ini tidak pernah berubah dan berhenti seperti matahari dan bulan yang terus bergerak mengikut manzilahnya ……..

dan itulah kita!

Salam teramat sayang buat kamu semua ….

Muharrikdaie

Milik siapakah hati itu …

2009 November 17
by muharrikdaie

Aku kembali berfikir dan merenung.

Betapa aku tersangat jauh pergi sehingga melupakan hari hari ujung ku.

Terlalu mengikut perasaanku hingga ku lupa hati yang ku jaja tidak siapa pun ingin memilikinya.

Dan hati itu terbiar dan liar sehingga hilang taaluq mahabbahnya.

Hingga hilang marak rindunya.

Hilang khaufnya.

Lantas membuatkannya sedih dengan kepahitan qada!

Seolah olah tidak redha dengan qadha!

Lalu terkunci pintu nikmat.

terkunci pintu faqir

hingga  terbukanya  pintu angan angan

membuatkan aku kehilangan mujahadah diri.

Hati yang ku miliki ini seolah olah bukan hati ku.

Kerana hati ku tidak begitu dulu ….

Maka milik siapakah hati ini?

Apakah ia dimiliki syaitan yang sentiasa mencari ruang memusnahkannya?

Atau dimiliki dunia yang dipapar kan berbagai keindahan yang menyengat?

Atau dimiliki oleh sebuah Cinta yang kosong? read more…

kemana aku seterusnya

2009 November 12

Ada adik adik nakal yang berziarah diblog aku bertanya,

” Akh masih mabuk lagi?” ( merujuk pada artikel ku mabuk kepayang )

Yeah …aku masih mabuk.

Mabuk dengan perasaan yang tiada endingnya!

Namun mabuk ku mabuk dalam redha Allah inysaalah.

Kita jangan tersalah. Duat bukanlah robot! Dan semestinya punya perasaan.

Perasaan adalah penghuni mahligai hati kita!

Terkadang dia menjadi penghuni yang baik dan terkadang menjadi penghuni yang suka mengusik kita.

Penghuni nakal.

Kadang perasaan ni boleh menjadi gelombang dan boleh mencetuskan perasaan geram dan marah!

Dan kadang perasaan ini boleh menjadi riak kecil yang mencetuskan rasa. Rasa cinta yang lembut dan wangi kiranya kita tidak kunci serapat rapatnya hingga kita takut kita sendiri pun tak boleh membukanya.

Sebab itu Syeikh Ali tantanwi berkata

Jangan kamu remehkan perasaan sebab manusia menjadi ” manusia’ dengan perasaannya. ia adalah tempat persinggahan dua hal, Iman dan cinta

Duat memang senantiasa bergelumang dengan perasaan. read more…

Mabuk kepayang

2009 November 6
by muharrikdaie

mabuk kepayang

Aku dah mula menjadi gila.

Gila menulis.

Dah mula mabuk.

Mungkin Mabuk kepayang. Dengan cita cita menulis yang telah bertahun terhenti!

Sehingga tak cukup tidur dengan  masa yang terbatas dengan kerja kerja dakwah yang memang tiada ujungnya.

Aku terasa ingin pergi jauh dengan menulis. Menulis buku. Aku mula bercatur dengan masaku. Boleh atau tak boleh. Mana satu yang ingin ku korban dan aqiqah kan?

Aku dah mula mendapat” feel “ untuk meneruskan secara serius. Menyambung kembali penulisan buku ku yang telah lama terhenti kerana berbagai ragam masaalah dan ditambah dengan kekeringan dan kekontangan idea serta masa yang terbatas serta ingin menyambung study ku.

Dah terasa nikmatnya kembali. Dapat muntahkan lahar lahar hidup aku yang penuh dengan batu batan dan batu granit yang tak boleh dipecahkan ini. Aku ingin menulis tentang perjalanan yang melepuh terbakar untuk ku kongsi dengan alam ini agar alam ini tahu bahawa aku adalah sebahagian maujud yang tersenarai dalam data hamba yang teruji!

Aku dah mula menyuruh bintang gemintang menunjukan arah untuk aku pergi seterusnya. Tidak kira kemana saja asalkan aku dapat teruskan perjalanan ini dan dapat menemui arah yang betul. Biar pun gurun, gunung atau apa saja yang didepan ku. Aku redah. Redah semau maunya kerana aku nak menemui saripati hidup yang sebenarnya! read more…

demi cinta ini …

2009 November 5
by muharrikdaie

Sukar untuk menyelami perasaan manusia. Lebih lebih lagi untuk mengintai sedalamnya relung hati dan jiwa mereka!

Itulah  jiwa seorang akhawat yang sentiasa berubah rubah. Keayuan wajah solehah yang sentiasa berwuduk itu tidak mungkin dapat menutup kelemahan fitrah mereka sebagai tulang rusuk Adam yang tidak lurus!

Untuk mendidik mereka, jiwa kita sebagai naqib ini harus kreatif, sabar dan kuat , semata untuk melawan emosi dan hormon mereka yang sering  bertukar ganti.

Menasihati mereka, membimbing mereka dan menegur mereka tidak hanya boleh dilakukan sekali atau dua kerana mereka cepat cair dalam merentasi ujian hidup sekalipun pada zahirnya kita melihat mereka kuat setelah melalui tarbiyah bertahun tahun. Kekuatan dan kelemahan mereka tidak dapat dijangka

Ada waktu dan tikanya, dalam kita melihat mereka kuat, mereka berubah menjadi rapuh dan tidak dapat mengawal kedatangan emosi yang mendadak.

Mereka seolah olah hidup didua dimensi. read more…

Hembusan segulung nafas

2009 October 31
segulung nafas
Akhi,
Ibnul Jauzi berkata

Umurmu akan mencair seperti mencairnya ais

Semuga Allah memberkahi sisa usia kita …

Bukan aku takut mati!

Jalan dakwah tidak pernah mengajar pengembannya untuk takut mati malah jalan dakwah menyuruh kita supaya cintakan mati kerana kematian itu adalah kerehatan bagi sang da’i!

Namun akhi …kematian juga mendekatkan kita kepada kesengsaraan neraka. Nauzubillah.

Aku amat takuti kecepatan umur kita dan waktu hidup kita ini tidak seiring dengan kecepatan kita menyelamatkan diri dari keazaban akhirat.

Aku  juga takut umur sisa ini tidak berfungsi sebagai pelindung kita dari menerima punishment dari Allah.

Aku takut hembusan gulungan nafas kita serta tarikannya tidak sebanding tarikan jihad dan tarikan dakwah yang sepatutnya kita lakukan  untuk kita terhindar dari lorong lorong murka Allah!

Ketika jumlah detik jantung dan aliran darah yang dipam dari dalam tubuh kita, apakah sama geraknya untuk kita menjauh dari bermaksiat kepada Allah atau sama geraknya kita menghayati tarbiyah dan beramal dengan nya atau tidak langsung kita peduli dengan perjalanannya … read more…